Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


"Pelancaran Mogok Lapar Untuk Kebebasan –Hunger Strike for Freedom"

Hentikan Penyeksaan- Bebaskan Tahanan ISA !

ISA adalah satu lesen yang digunakan untuk menyeksa orang yang ditahan agar membuat pengakuan tanpa diingininya!

Mogok lapar untuk Kebebasan adalah satu protes rakyat secara AMAN terhadap keganasan ISA!

A) Matlamat Kita ?

Aksi mogok lapar ini bertujuan mencapai matlamat tuntutan kita agar

1) Mereka yang ditahan bawah ISA dilepaskan

2) Penghapusan akta ISA

Pelancaran Mogok Lapar Untuk Kebebasan akan dilancarkani:

Tarikh: 10 Mei 2001 (Khamis)

Masa: 1 pm.

Lokasi: Pintu masuk depan Hotel Istana ,Jalan Chulan,KL
(berdekatan dengan Bukit Bintang) Perlancaran ini dijalankan sereantak dengan bentuk aksi protes di depan hotel tersebut.

Penyertaan kamu sekalian yang prihatian amat dialu-alukan!

Siapa kita ?

Aksi Mogok Lapar Untuk Kebebasan adalah aksi yang dilakukan oleh sekumpulan wanita, pemuda/pelajar, artis dan ahli keluarga tahanan ISA demi memberi sokongan kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GIM). Sokongan sepadu kita diberikankan kepada mereka ( 10 orang tahanan ISA) yang telah ditahan tanpa pembicaraan hampir selama 30 hari!

Pusat Mogok untuk menjalankan Mogok Lapar Untuk Pembebasan akan dimaklumkan ketika Sidang akhbar. Kami akan menyiarkan segala aktiviti mogok ini melalui Web-Cams di mana maklumat/aktitivi terkini kita dapat dinampak di dalam laman mayar (Intenet) secara langsung. Aktiviti budaya akan dijalankan setiap hari agar aksi bantahan ISA dapat disertai oleh masyarakat ramai. Maklumat aktiviti selanjutnya akan dimaklumkan kemudian.

B) Kamu mengalu-alukan pendaftaran kamu sebagai ahli yang ingin menyertai mogok lapar/berpuasa serta menjadi sukarelawan kempen ini :

Untuk sesiapa yang ingin menyertai kami, sila menghubungi:

Email: manifesto_rakyat99@yahoo.com atau

manifesto_rakyat@yahoo.com

Tel: 873 78380 atau 017 –873 2795 atau 012- 325 7670 atau 012-376 9496

Sila maklumkan kepada kami tel/fax/email kamu serta jua jenis aktiviti yang kamu ingin sertai !

C) Syarat menyertai MOGOK Lapar ?

C.1) Kami amat mengalu-alukan semua rakyat Malaysia yang cintakan KEAMANAN dan KEADILAN tanpa mengirak gender, umur, kaum, kepercayaan agama dan lain-lain.

C.2) Kamu boleh memilih bilangan hari yang kamu ingin lakukan untuk aksi mogok lapar ! Ini adalah aksi keikhlasan sanubari anda!

C.3) Bagi rakan- rakan Muslim, kamu boleh melakukan puasa bukan wajib pada hari Khamis dan Isnin (atau setiap hari) demi sokongan kepada mereka yang mengadakan mogok lapar!

“”””Kamu boleh memberikan sokongan anda kepada Pelancaran Mogok Lapar Untuk Kebebasan dengan tidak mengambil makan tengahari pada hari pelancaran kami !”””””””””

Sekian ribuan terima kasih ! Kebebasan dari Tahanan Tanpa Pembicaraan !

Yang Ikhlas,
Zaitun Kassim
Inisiatif Calon Wanita
(Women Candidacy Initiative- WCI –
mewakili Jawatankuasa Kempen Mogok Lapar untuk Kebebasan)
8 Mei 2001


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com