Leaflet in Malay
----------------
Kenapa Mogok Lapar Demi Kebebasan? Kenapa
lakukannya?
Supaya hak untuk berkeluarga, bekerja, bermain,
membesar, menyara hidup dan
melibatkan diri dalam proses-proses demokratik dalam
suasana yang aman,
akan sentiasa terlindung.
Kenapa anda patut menyokong Mogok Lapar Demi
Kebebasan?
Anda mungkin menjadi mangsa seterusnya! Sokonglah
mogok ini supaya
kekuatan kita dalam penyatupaduan tenaga kita terus
kukuh.
ISA adalah undang-undang negara ini - kenapa pula
kita harus menentangnya?
Segala tindak-tanduk Hitler di Germany juga telah
dianggap “mengikut
undang-undang”!
Apa yang cuba dibuktikan melalui Mogok Lapar Demi
Kebebasan ini?
Bahawa setiap insan itu dianggap tidak bersalah
sehingga dibuktikan di
mahkamah undang-undang.
Bahawa ISA itu telah dipergunakan sebagai “lesen”
untuk menzalimi mereka
yang ditahan supaya membuat pengakuan yang langsung
seharusnya tidak boleh
digunapakai oleh mahkamah yang berwibawa.
Bagaimana jika anda dituduh melakukan sesuatu
kesalahan yang anda tidak
lakukan dan di mana tiada langsung terdapat bukti
yang kukuh? Bagaimana
jika anda ditahan dan dipisahkan dari keluarga
tersayang ditengah malam
buta? Bagaimana jika anda ditahan dan disimpan
berseorangan di suatu
tempat yang rahsia, yang hanya diketahui oleh pihak
polis lebih dari 30 hari?
Tidakkah anda patut diberikan peluang untuk
membuktikan bahawa anda tidak
bersalah di hadapan mahkamah yang adil dan terbuka?
Hentikan kezaliman ini!! Bebaskan kesemua tahanan!!
Mansuhkan ISA sekarang!!
Jawatankuasa Kempen Mogok Lapar Demi Kebebasan
Pusat Bilik Operasi Mogok Lapar Demi Kebebasan
77 Jalan 20/9, Taman Paramount
46300 Petaling Jaya
tel: 78754724 atau 017 8732795, 012 376 9496, 012
325 7670
sebagai aktiviti menyokong Gerakan Mansuhkan ISA
(GMI)
..............................................
Kenyataan Akhbar
ISA adalah alat kekejaman dan penyiksaan.
Ia membolehkan penahanan tanpa bicara. Ia
membolehkan tangkapan dibuat
walaupun tanpa bukti. Ia membolehkan sesiapa saja
dibawa secara paksa di
tengah malam, memisahkan mereka dari keluarga
tersayang. Ia membolehkan
orang ditahan diputuskan hubungan dengan dunia luar
dan dipenjara di tempat
yang tidak diketahui oleh sesiapa juga melainkan
polis sahaja.
Pengalaman bekas tahanan-tahanan ISA menunjukkan
bahawa undang-undang
zalim ini dijadikan lesen untuk menyiksa orang
tahanan dan memaksa mereka
untuk membuat “pengakuan” . Aapabila semakin ramai
rakyat Malaysia sedar
yang ISA tidak mempunyai pemantauan. terhadap
penyiksaan, mereka sedar
yang “pengakuan” tersebut dibuat secara paksaan,
maka langsung tidak
mempunyai kredibiliti.
Akta ini tidak punya tempat di Malaysia.
Pemerintah Malaysia patut merasa malu kerana
merendahkan darjatnya ke
peringkat yang begitu rendah dan terdesak bagi
menyeyapkan suara-suara
keresahan dan bantahan yang sah. Kita menggesa
pihak Kerajaan untuk
mengutarakan hujah mereka di ruang demokrasi
terbuka.
Pada hari ini, 10 hb Mei 2001 menandakan hari ke 30
penahanan ISA yang
pertama pada 10 hb April 2001. Kita ingin
menegaskan bahawa setakat ini
tiada bukti kukuh yang telah dapat dikeluarkan yang
menunjukkan walau
seorang pun dari 10 Orang Yang Ditahan itu telah
menganjurkan keganasan
atau menyertai aktiviti-aktiviti ganas. Mereka
adalah tahanan politik yang
telah ditahan oleh kerana aktiviti-aktiviti politik
mereka yang aman dan
sah di sisi undang-undang.
Mogok Lapar untuk Kebebasan dilancarkan pada hari
ini oleh Jawatankuasa
Kempen Mogok Lapar untuk Kebebasan untuk menyatakan
sebulat suara - Cukup
Stakat Ini. Cukuplah perbuatan sengaja menakutkan
rakyat sendiri.
Mogok Lapar untuk Kebebasan menuntut pembebasan
segera kesemua tahanan ISA
dan menuntut Akta ISA yang zalim ini dimansuhkan.
Mogok Lapar untuk Kebebasan ini adalah kempen
sukarela yang dijalankan bagi
menyokong keseluruhan Pergerakan Menentang ISA. Ia
adalah protes secara
aman menentang kekejaman dan penyikasaan oleh ISA
dan menyatukan rakyat
lelaki dan perempuan dari semua golongan, golongan
muda, orang seni dan
keluarga Orang Kena Tahan ISA , dari semua bangasa
dan agama, untuk
bersama-sama mogok lapar, dan mengajak rakyat
Malysia yang cintakan
keamanan untuk menyertai mogok ini.
Setiap hari akan terdapat orang-orang yang mogok
lapar yang akan berada di
Pusat Operasi di Petaling Jaya. Setiap pemogok akan
memilih cara mereka
bermogok dan menentukan jumlah hari yang mereka mahu
berikrar. Kaum
Muslimin digalakkan menunaikan puasa sunat Isnin dan
Khamis. Kita akan
menyiarkan Mogok Lapar untuk Kebebasan secara
langsung di internet melalu
webcam di Pusat Operasi. Tunggu pelancaran web
kita!
Walaupun anda tidak dapat menyertai orang-orang yang
mogok lapar di Pusat
Operasi, kami menggalakkan anda yang ingin menyokong
Mogok Lapardemi
Kebebasan ini dengan menunjukkan sokongan anda
dengan cara lain, contohnya
dengan tidak mengambil makan tengahari dan
menerangkan kepada rakan sekerja
anda tujuan anda berbuat demikian.
Acara untuk umum akan dikelolakan di Pusat Operasi
pada setiap hari,
laporan terakhir tentang acara-acara itu akan
dikeluarkan dari masa ke semasa.
Jika saudara dan saudari mahu menyertai kempen ini
atau ingin menyertai
ikatan ..mogok lapar ini, beritahu kami! Hubungilah
kami di Markas Pusat
di :
Jawatankuasa Kempen Mogok Lapar Demi Kebebasan
Pusat Operasi Mogok Lapar Demi Kebebasan
77 Jalan 20/9, Taman Paramount
46300 Petaling Jaya
tel: 78754724 atau 017 8732795, 012 376 9496, 012
325 7670, 012 339 2290
Hentikan Penyiksaan Sekarang!! Bebaskan Orang Yang
Ditahan!! Mansuhkan ISA
sekarang!!!