Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


KENAPA ORANG-ORANG KEADILAN KENA ISA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

KENAPA ORANG-ORANG KEADILAN KENA ISA

Ini hanya pandangan saya sahaja.

Memandangkan pilihanraya jauh lagi iaitu 2004, jadi PM membuat strategi jangka panjang untuk melumpuhkan musuhnya. Aktivis keadilan ditangkap, supaya lumpuh jentera penceramah, dan jentera perancang strategi.

Mengapa pula aktivis PAS tak ditangkap ISA, mungkin pandangan PM, dia punya strategi untuk mematahkan PAS dengan isu fatwa Hj. Hadi, dengan tipu muslihat sebaran media ke atas isu perpaduan melayu. dengan menyesatkan PAS.

BAGAIMANA NAK MENANGANI ISU SEMASA INI.

KEADILAN: ??? Ditangguhkan, nak kumpul idea dahulu.

PAS: ??? Ditanguhkan nak kumpul idea dahulu.

Kalau saudara -saudari ada idea , sila bentangkan.

PUTERI UMNO

Saya rasa ini agenda perosak masyarakat dan merosakkan diri sendiri puteri muslimah umno.

Majoriti AJK puteri umno itu adalah mendedah aurat, tak pakai tudung. Mereka akan mendapat publisiti media umno, menarik ramai gadis muslim, berperangai seperti mereka. Mendedah aurat dan aktiviti sosial yang rosak akhlak Islamiah.

WAHAI UMNO.

Daripada suruh puteri umno kempen untuk sokong umno, lebihbaik, dakwah puteri umno itu sendiri supaya beriman kepada Allah, menjadi muslimah yang bertaqwa.

Kembalilah kepada Allah dengan rasa takut kepadaNya.

WAHAI PAS

Tingkatkanlah amalan syariat Islam, agar Allah beri bantuan dalam perjuangan.

WAHAI KEADILAN

Orang ramai kata, keadilan inipun macam umno dahulunya, oleh itu tarbiahlah ahli-ahli untuk hidup secara Islam , dan yang bukan Islam hidup dengan nilai moral yang baik.

Sekian, wassalam.


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com