Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MUKTAMAR PAS : JANGAN JADI UMNO

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

PARA PERWAKILAN MUKTAMAR PAS 2001.
------------------

Per: PAS JANGAN ADAKAN MASAALAH BARU DALAM PEMILIHAN NAIB PRESIDEN DAN HAL DEWAN MUSLIMAT
================================================

Dan barangsiapa mengambil Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut Allah itulah yang pasti menang ( Al Qur'an: 5:56 )

Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri ( berebut kedudukan didunia ) dan berbuat kerusakan dibumi, dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. ( Al Qur'an : 28:84 )

...dan siapa yang berbaiat ( bertaat setia ) kepada imam ( pemimpin ) dan telah menyanggupi taat setianya ( ketetapan hati ), harus taat sedaya yang mungkin, sekiranya datang lain orang untuk merebut kekuasaan, pengggallah lehernya ( yang hendak merebutnya ). ( Hadis Riwayat Muslim dari Abdullah bin Umir RA, dari Sabdaan Rasulullah SAW ).

Demi Allah kami tidak mengangkat seorang dalam satu jawatan (Jabatan) pada orang yang menginginkannya atau orang yang sangat berhajat pada jawatan tersebut. ( Riwayat Bukhari, Muslim, dari Abu Musa Al Asyari RA dari Rasulullah SAW )

Sesungguhnya terdapat ada banyak peringatan-peringatan yang boleh kita dapati selain tersebut dalam memperkatakan hal memilih kepimpinan dikalangan harakah Islam.

InsyaAllah Muktamar PAS 2001 ini akan terdapat perkara pemilihan yang perlu untuk dipertimbangkan dengan berpandukan SunnahNya kerana ia melibatkan Jawatan penting ia itu Tiga Naib Presiden dan Ketua Dewan Muslimat.

Berpandukan Sunnah maka dapat disimpulkan bahawa:

1. 3 Naib Presiden haruslah: Mengekalkan yang sedia ada

1. YB Dato Haji Hasan Shukri
2. YB Tuan Haji Mustafa Ali
3. ... ( Harus pilihan baru )

2. Ketua Dewan Muslimat:
Mengekalkan yang sedia ada YB Puan Hajjah Jamilah.

3. PERKARA WAKIL RAKYAT WANITA.

Adalah baik ianya tidak menjadi perbahasan kerana sememangnya terdapat kesan yang sangat sensitif lagi sangat tidak seharusnya ianya dituntut oleh Solehah sedangkan Hak Solehah lebih tinggi dan mulia dalam Islam dan SunnahNYa bukan sebagaimana yang gembar-gemburkan oleh golongan Anti Islam yahudi dan nasara dan kemudian oleh Kamel Ataturk Pembunuh Agama. Hari ini golongan munafikin telah merancang berbagai cara dengan menggunkan isu hak wanita kerana isu ini melibatkan masaalah yang sangat 'penting' dalam usaha menghancurkan Iman Islam.

Solehah dalam PAS patut berhati-hati dalam mengikut permainan golongan yang mahu menghancurkan Islam melalui hak-hak wanita sedangkan Islam telah lebih memartabatkan dari mereka yang jelas munafikin dan fasikin tetapi mengaku lebih peka.

Nota:
1) Perlembagaan PAS memang membenarkan adanya pertandingan atau perebutan kerana ia adalah Perlembagaan yang dicipta untuk memenuhi keperluan Peraturan 'LOrd Reid' Perlembagaan Negara.

Al Qur'an dan Sunnah Rasul SAW tidak mewajibkan perebutan bahkan ada hikmah dengan dilakukan dilantik oleh Khalifah dan dipersetujukan oleh ahli-ahli. ( Perlembagaan PAS meletakan Tujuan dan Dasar Al Qur'an dan Sunnah Rasul sebagai yang hendak dilaksanakan, maka ianya harus telah memansuhkan syarat Perlembagaan PAS sendiri ).

2) Kesan perebutan sedangkan penyandang jawatan yang diamanahkan masih berupaya atau tidak melakukan kesalahan melainkan harus memang setiap hamba Allah terdapat kekurangan, maka PAS harus akan kerugian sekiranya berlaku pertukaran kerana ianya tidak dapat lari dari perkara 'semangat' dan lumrah manusia, sama ada mereka yang tewas atau yang menewaskan.

3. Amalan Demokrasi ciptaan manusia adalah sesuatu yang memang dibuat oleh 'mereka yang berpenyakit hati dan anti Islam' sedangkan Al Qur'an dan Sunnah lebih Unggul/ Utama bagi Muslimin.

Semuga menjadi bahan fikir dan pertimbangan yang sebaiknya dalam usaha menjadikan kita sebagai MUKMIN YANG SABAR MEMBANGUN DALAM ISLAM.

Takzim dari
Muhammad Yunus @ Suraji Al Fakir.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com