Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Shahrizat…cakap tak serupa bikin

APAKAH rakyat sedar, kebelakangan ini Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Shahrizat Jalil sering mengulang-ulang kenyataan supaya majikan di negara ini menyediakan pusat jagaan kanak-kanak.

Shahrizat yang berlagak seperti "Lady D" bercakap seperti tidak ada idea sebaik sahaja diberikan jawatan sebagai menteri penuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebenarnya melantiknya ke jawatan itu bagi menyejukkan hati wanita di negara ini, supaya terus menyokong BN. Dr. Mahathir tahu, Rafidah Aziz yang menjadi Ketua Pergerakan Wanita Umno gagal memujuk wanita supaya setia bersama BN dan Umno.

Malangnya, sejak menjadi Menteri penuh, Shahrizat tidak habis-habis bercakap soal pusat penjagaan kanak-kanak tetapi apakah kementeriannya sudah mempunyai pusat penjagaan kanak-kanak?

Jangan bercakap tidak serupa bikin. Kerusi Parlimen Lembah Pantai yang diwakilinya semakin panas semenjak berlaku pertukaran ketua bahagian, Datuk Kamal Hussein kepada Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Rakyat seharusnya menilai Shahrizat dengan lebih berhati-hati. Lagaknya selepas menjadi menteri cukup berbeza jika dibandingkan dengan jawatan Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri yang disandangnya suatu ketika dahulu.

Banyak bercakap, tidak buat apa-apa selain menjual senyuman sekadar menarik perhatian tidak cukup untuk memberikan sokongan kepadanya. Shahrizat pernah mengelar Wanita yang memakai tudung kepala sebagai tidak bertamadun, tetapi dia yang punya rekod bercinta dengan Tan Sri Zain Azrai jangan meminta rekod hitam hidupnya didedahkan.

Jom! Kita ajar Shahrizat dalam pilihan raya nanti.

- Ummu Natasya






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com