Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Siri Ucapan Pemimpin Agung VI

Seperti yang anda tahu, saya adalah Mahafiraun - PM

"Dia merujuk kepada Fir'aun, Namrud dan Qarun. Ia jelas merujuk kepada kerajaan dan saya. Seperti yang anda tahu, saya adalah Mahafiraun." (Kata-kata PM dalam B.Harian 20 Julai 1999, m.surat 1, SIDDIQ FADZIL HASUT PELAJAR)

Berikut adalah sedutan drp kertas kerja Dr Siddiq Fadzil yang telah dibaca dan diulas oleh PM seperti di atas. Baca dan nilailah sendiri.

Tajuk kertas kerja: MENELAAH SEJARAH, MENAFSIR KISAH

Majlis/tempat: Satu seminar IKD di Park Royal Hotel, 10 Julai 1999 (bukan nota kuliah universiti seperti yang didakwa.)

Rangka kertaskerja:

1. SEJARAH: PERSPEKTIF AGAMA
2. NAMRUD
3. FIR'AUN
4. QARUN
5. ZAMAN EDAN
6. KEJATUHAN MELAKA

Beberapa petikan:

Petikan bab SEJARAH- PERSPEKTIF AGAMA: (Perenggan terakhir)

Watak-watak dalam al-Qur'an seperti Namrud, Fir'aun, Qarun dan lain-lainnya, sebagai individu memang semuanya watak-watak masa lalu yang sudah ribuan tahun menghilang dari pentas sejarah. Tetapi watak-watak yang mirip atau persis seperti mereka akan sentiasa bermunculan di sepanjang zaman. Dengan ungkapan lain, fenomena sosial-budaya kenamrudan, kefir'aunan dan kekarunan mungkin timbul dari masa ke semasa.

Petikan bab QARUN:

Situasi era tersebut (era Fir'aun) digawatkan lagi oleh kemunculan satu watak lain iaitu Qarun yang tampil dengan citra kerakusan hartawan lupa daratan. Al-Qur'an memperkenalkan Qarun sebagai orang yang berasal dari kaum Nabi Musa ('a.s.). Meskipun datang dari kaum yang sama (Bani Isra'il), mereka tidak sehaluan. Sementara Musa ('a.s.) adalah pemimpin-pembela kaumnya, Qarun pula adalah pemeras dan penindas kaumnya sendiri. Qarun memang kaya luar biasa. Kunci-kunci khazanahnya sahaja tidak terpikul oleh sejumlah orang perkasa. Beliau mendakwa kekayaannya adalah hasil kemahirannya sendiri, tetapi sebenarnya ia diperoleh secara zalim dengan memeras dan merampas hak bangsanya sendiri. Andainya pemerian al-Qur'an ini dilihat dari perspektif sosio-ekonomi-politik kontemporer, ia merupakan pendedahan tentang sejenis fenomena "penjajahan" ekonomi oleh golongan kapitalis peribumi. Ia bukan penjajahan kuasa luar, tetapi "penjajahan" kuasa dalaman yang tidak kurang bahayanya.

Qarun juga dikatakan mempunyai posisi politik yang cukup strategik. Sebagai salah seorang anggota kabinet Fir'aun, tentu saja beliau telah menggunakan posisi politiknya itu untuk mengaut keuntungan peribadi. Selain itu ia juga mempunyai cita-cita politik mengambil alih kedudukan Musa ('a.s.) sebagai pemimpin kaum Bani Isra'il. Kerana itu ia menggunakan kekayaannya untuk membiayai rancangan memusnahkan kepimpinan Musa ('a.s.), termasuk mengupah seorang wanita agar membuat pengakuan palsu pernah melakukan hubungan seks dengan Musa ('a.s.). Bagaimana pun percubaan itu telah gagal. Dalam keterangannya sewaktu dijalankan proses pembuktian, wanita tersebut telah mengaku diupah oleh Qarun.

Al-Qur'an memberikan pemerian tentang penampilan Qarun yang suka mempamerkan kebesaran dan kekayaannya. Kebiasaan ini dilakukan bukan tanpa motif tertentu. Ia adalah satu strategi menarik perhatian ramai agar ia dikagumi sebagai wira dan idola. Dengan mempamerkan kekayaannya ia juga bermaksud menghantar mesej bahawa ia mampu melakukan segala-gala: mengupah, membeli dan membiayai apa sahaja dan berapa sahaja. Seolah-olah ia mahu memberi amaran kepada siapa sahaja, "jangan cuba-cuba mencabar aku!".

Dalam pemerian selanjutnya al-Qur'an menyebut tentang adanya kelompok yang memang mengagumi Qarun; iaitu golongan mata duitan yang terlalu ghairah untuk menjadi kaya dengan cara apa sahaja. Bagi kelompok materialistik ini, Qarunlah yang menjadi idola pujaan. Mereka ingin menjadi Qarun, kerana ia adalah lambang kejayaan seorang usahawan, kejayaan yang hanya diukur dari jumlah yang tertimbun, tanpa mengambil kira dari mana diperoleh dan ke mana dibelanjakan.

Qarun memang diidolakan oleh para pengagumnya, tetapi pada hakikatnya fenomena keqarunan adalah gejala kehancuran. Kerana itu Qarun mengakhiri hayatnya dengan nasib yang sangat tragik, hancur luluh ditelan bumi. Al-Qur'an memberikan gambaran bagaimana Qarun terbenam ke dalam bumi bersama rumahnya sekali. Dari sekian banyak hartanya yang turut musnah, al-Qur'an secara khusus menyebut rumahnya. Mungkin kerana rumah mewahnya (pintu-pintunya diperbuat daripada emas) itulah yang menjadi simbol kekayaan dan kebanggaannya selama ini (al-Qasas: 76-81). Qarun memang bersalah kerana memeras, menyalahgunakan kekayaan untuk membiayai kegiatan-kegiatan khianat dan pelbagai kezaliman lain lagi. Tetapi ada lagi yang wajar disalahkan, iaitu sistem yang mengizinkan fenomena keqarunan itu berlaku.

TAMAT PETIKAN

(Saya akan cuba nukilkan petikan-petikan lain yang juga amat menarik dan relevan - sementara tulisan ini belum diterbitkan dan menjadi sepopular novel SHIT)

Semuga kita mendapat pengajaran daripada kisah-kisah sejarah ini.

AHLI ABIM



Yang berkaitan :
Siri Ucapan Pemimpin Agung I
Siri Ucapan Pemimpin Agung II
Siri Ucapan Pemimpin Agung III
Siri Ucapan Pemimpin Agung IV
Mahathir menghina Islam lagi !
Siri Ucapan Pemimpin Agung V


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com