Pelik? Memang pelik mamat ni. Meh kita tengok tang mana yang peliknya dia nih.
P - Perasan . Dia perasan muda lagi agaknya, daripada 74 jadi 47 tahun. Waduh masih ganteng gamaknya kalau nak dibandingkan dengan rakan-rakan yang sewaktu dengannya. Sebelum ni memanglah hensem, tapi sayang kehensemannya ditoreh oleh kedurjanaannya sendiri sejak tragedi gila MAD 2998 (bukan no. plate nih).
E Egoistik. Mentang-mentang ada power. Tapi dah jadi gila power la ni. Di zaman pemerintahannya memang gah negara ini dibuatnya. Hebat aku dua dekad kegemilangan. Macam-macam dibuatnya, boleh belako. Memang hebat. Tapi kebendaan belaka, kemanusiaannya hilang
L Lawak. Apa yang lawaknya? Aku ada bukti kukuh beb!. Tapi bila suruh mai mahkamah tang tu aku tak mau. Biar jadi tikus takpa. Sudahnya jadi bahan lawak antarabangsa, lelucon orang. Peh malu kita dibuatnya, tapi dia memang tak malu
I Iri. Dengkilah tu kununnya. Sat noo. Hang mana buleh lawan aku lagi. Banyak agenda negara yang aku nak pi buat ni, perjuangan belum selesai. Hang jangan dok kacaulah. Pi mai pi mai, tiga timbalannya dah selesai dulu.
K Kejam. Ada hati tapi tak dak perasaan. Cuma tidak mengganas - dengan kroni kira ok-lah jugak. Dengan marhaen, water canonlah, tear gas-lah. Sumbat lokap- no trials. Depa dok kata mahataik ka, mahafiraun ka, aku tak pedulik apa orang kata
Tu-lah dia weh, memang pelik mamat nih. Senarai panjang tapi dah dipendekkan. Semuanya nampak negatif belaka. Tapi masih ada yang positifnya yang tak pelik iaitu Pemaaf-Ehsan/Empati-Luhur-Ikhlas dan Kasihan belas. So apa tunggu lagi Dir, pi-lah bebaskan DSAI dan semua tahanan ISA tuh. Mesti buleh punyalah, no-hal
.
P/s - Camana pun, tahniah dapat Beret Hijau. Syusah nak dapat woo. Tapi kan aku nih fobia dengan kaler nih. Kau tak tau ke?
He he he
Yangharu