Telah berlaku lagi satu penghinaan siPM derhaka kepada parti BA pada minggu
lalu. Secara mentah dan angkuh,ditolaknya rayuan olih wakil PAS, DAP dan
Keadilan berhubung dengan isu rawatan DSAI. Nada jawapannya berbunyi “
keputusan kerajaan tidak membenarkan DSAI menjalani rawatan walau dimana
negara sekalipun, adalah muktamad”. Sekaligus merupakan satu kemenangan
moral dan kayu pengukur serta petunjuk bahawa beliau masih lagi punyai kuasa
yang tidak mudah diganggu gugat olih rakyat jelata hatta olih pemimpin parti
BA yang didakwa mendapat sokongan jitu dari majoriti rakyat.
Bagi orang yang terlalu tersepit, sepatutnya keadaan seperti ini adalah
merupakan peluang keemasan untuk beliau gunakan sebaik mungkin bagi
memulihkan keyakinan rakyat kepadanya. Akan tetapi olih kerana hati beliau
telah dibaluti olih perasaan angkuh dan sombong yang terlalu menebal, apa
yang penting padanya adalah untuk menunjukkan kepada semua bahawa rakyat
tidak bolih menggugat kuasa yang ada pada beliau. Dalam erti kata lain,
rakyat hendaklah patuh dan taat diatas segala perintahnya. Putih katanya,
putihlah rakyat kena ikut tanpa bolih disanggah.
Tindakan si PM derhaka ini adalah merupakan kesinambungan dari langkah
langkah yang telah diambil nya dahulu secara berperingkat peringkat yang
antara lain adalah saperti berikut :
1. Pemecatan Ketua Hakim Negara dan beberapa hakim kanan persekutuan – hasil
diperolihi bahawa tidak ada penentangan olih persatuan hakim hakim atau Bar
council, apatah lagi dari rakyat. Setelah itu di matikan UMNO asal dan
digantikan dengan UMNO (Baru) yang mengikut acuannya. Baru baru ni keahlian
pun dah bukan sepenuh milik Melayu lagi. Pun begitu, tidak ada penentangan
orang orang yang menjadi ahli UMNO (B).
2. Maju setapak lagi dengan mengheret rakyat untuk mengkembirikan institusi
raja raja. Rakyat tertipu dan akhirnya raja raja tinggal sebagai barang
barang perhiasan lama. Sesekali jadikan mereka mereka ini sebagai pelakon
wayang opera, dimomokkan yang kononnya golongan ini merupakan payung rakyat
walhal pada hakikatnya golongan raja raja ini adalah merupakan spesis yang
akan dipupuskan secara perlahan lahan dengan perancangan siPM derhaka ini.
Kalau raja sudah tidak berperanan menjadi payung rakyat, apa rasionalnya
institusi ini perlu dikekalkan?.
3. Setelah dua sektor penting diatas berjaya dikembirinya, beliau maju
setapak lagi dengan mengambil langkah menyerang Ulama’ Ulama’ islam dengan
bermula dari penggempuran Al Arqam yang dianggapnya bolih menggugat
kedudukan beliau melalui gerakan islam mereka yang nampak menyerlah dari
segi kemantapan dalam saf kepimpinan dan bidang ekonomi. Maka di fitnahlah
mereka dengan dakwaan kononnya AlArqam sedang mengatur strategi serta
latihan di Selatan Thai untuk merampas kuasa kerajaan Malaysia. Ustaz
Ashaari telah ditahan dengan beberapa orang kanannya dibawah ISA. Akhirnya
perkumpulan tersebut jatuh tersungkur dan dakwaan kononnya untuk merampas
kuasa ghaib senyap begitu sahaja tanpa ada kertas putih dikeluarkan. Yang
ada hanyalah kononnya mereka mengamal ajaran sesat dan disaran untuk
bertaubat.
4. Hasil dari keadaan itu, beliau telah nampak lagi jelas bahawa tiada
sebarang penentangan olih rakyat atau pertubuhan termasuk PAS dan yang lain
lain . Sekaligus memberi lebih keyakinan dan keselesaan kepada beliau
untuk melangkah jauh lagi bagi memperkuatkan kedudukan serta kuasa beliau.
Dibawanya isu hudud dengan mengatakan antaranya bahawa kerajaan akan
mempastikan setiap negeri yang diperintah olih BN tidak akan melaksanakan
hukum hudud dan kalau Kelantan meneruskannya, tindakan saman mahkamah akan
diambil. Hatta sikap sebegini pun beliau tidak mendapat tentangan yang bolih
menggugat kusasanya. PAS sendiri pun tidak bolih berbuat apa apa padanya.
Sekadar ceramah berapi rapi, tak kemana. Digunanya media dan akhbar untuk
menangkis serta membelitkan fakta yang sedikit sebanyak telah termakan olih
rakyat. Keyakinan tentang kekukuhan kuasanya semakin bertambah selepas dari
itu dan bertekad untuk melangkah lebih jauh lagi.
5. Untuk menilai dan mempasti lebih jauh lagi, beliau cuba memprovok rakyat
dengan beberapa isu ugama. Timbullah kenyataan menhina sunnah nabi,
penilaian semula Al qur’an dan sebagainya. Lagi jelas padanya, bahawa
memang tidak ada siapa berani menyanggahi beliau secara drastik dilakukan
olih rakyat. Ini telah benar benar memberi keyakinan tinggi kepada beliau
bahawa sesungguhnya rakyat yang beragama islam sudah tidak mempunyai roh
atau sensetiviti terhadap ugama yang mereka anuti. Hanya hebat pada laungan
semata mata. Sudah tidak ada roh cinta kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada
kerinduan dan kecintaan untuk mati syahid . Begitu nyata tidak mempunyai
roh jihad dan sebagainya untuk mempertahankan Ugama Islam. Ditahap ini
beliau telah punyai tanggapan bahawa memang tidak akan ada siapa yang bolih
menggugat beliau. Doa’ doa’ mereka tak sampai kemana. Kalau dah tak ada
sensitiviti terhadap ugama, manakan mungkin Allah akan makbulkan doa’
mereka?. Ditahap ini, beliau telah benar benar merasakan diri dah begitu
maha berkuasa lebih dari Firaun. Beliau sebenarnya bangga apabila orang
menggelarkan dirinya MahaFiraun. Lantaran itu Astora Jabat telah memainkan
peranan melalui penulisannya agar rakyat percaya bahawa Firaun ada yang baik
dan ada yang jahat.
6. Ekoran dari pada itu, beliau tanpa segan silu mengambil langkah
seterusnya untuk mempastikan tidak ada lagi penentangan terhadap kuasanya
dengan menyingkirkan DSAI, yang memang dari asal lagi beliau anggap satu
satunya yang merupakan batu penghalang besar dan bahaya buat diri dan
kekuasaannya. Beliau juga berkeyakinan kuat bahawa tidak akan ada
penentangan atau halangan olih rakyat untuk ia meneruskan langkah ini. Isu
berhubung Raja raja pun tak ada penentangan hebat, ini kan pulak DSAI
manusia biasa. Kalau adapun, takkan kemana. Maka pada tahun 1998, DSAI
tersingkir dengan begitu aib sekali. Seperti yang dijangka, berlakulah
penentangan agak getir dari penyokong DSAI pada peringkat awal, tapi
terlalu mudah beliau rasakan untuk menghadapi semua itu. Dengan kuasa yang
diyakini telah menjadi miliknya, beliau gunakan kekerasan pada yang
menentang, guna wang sogokan untuk pasukan polis dan kehakiman yang
akhirnya mereka mereka ini telah tunduk 101% kepadanya. Yang penting sekali
, bertahan selama mungkin kerana beliau telah masak sangat dengan
mentaliti rakyat Malaysia ini. Mudah luntur dan akhirnya akan kendur. Hangat
hangat tahi ayam. Terbukti kini setelah dua tahun lebih, ternyata gerakan
penentangan terhadap penyingkiran tersebut semakin lemah dan mula pudar
samada dari sudut semangat mahupun tindakan . Kata kata pihak lawan hanya
dianggapnya saperti lalat dan langau sahaja, mengganggu sahaja lebih, namun
untuk menggugat kedudukannya “next to impossible”. Bicara wakil mereka
diParlimen tak akan kemana. Buat tak tahu sudah. Letih mulut mereka,
diamlah. Memang pun dari segi realiti segala apa yang dikemukakan olih YB
pembangkang dibakul sampahkan sahaja olih siPM dan BN.
Banyak lagi perkara perkara yang dilakukannya, tidak ada bantahan yang bolih
menggugat kuasa dan tindakannya. Tidak hairanlah saban masa dan waktu akan
ada sahaja kenyataannya yang memang mengundang penentangan, akan tetapi apa
rakyat bolih buat????. Beliau yakin Rakyat Malaysia tidak akan mahu bersusah
susah untuk melibatkan diri bagi menumbangkannya kerana Rakyat
keseluruhannya sudah amat sangat menyintai dunia dan kebendaan. Bagi yang
islam pula, keyakinanan pada Ugama dari segi hakikatnya telah runtuh hasil
BN berjaya mencaca marbakan Islam. Tersisih dari jiwa penganut nya sendiri,
cuma yang tinggal hanyalah Sembahyang, puasa, zakat fitrah, kematian dan
nikah kahwin.
Lihatlah, betapa liciknya siPM derhaka ini menyusun kerja kerja jahat
beliau. Adalah sesuatu yang tidak masuk akal lagi untuk kita terus mengambil
jalan dengan cara merayu kepada beliau untuk menangani dan menyelesaikan isu
seperti kes dan rawatan DSAI, pembebasan tahanan ISA, penyelewengan, kroni,
nepotisme, rasuah dan sebabaginya . Telah berkali kali penulis ingatkan
bahawa adalah lebih baik bercakap dengan 100 pencuri dari bercakap dengan
siPM derhaka sorang ini. Dia akan mempergunakan situasi pertemuan dengan
pimpinan BA sebagai salah satu cara untuk “backfire BA” samada dari segi
moral ataupun semangat perjuangan dan strategi. Pendek kata, beliau ini
sudah tidak bolih dipercayai dan untuk dibawa berunding. Akan merugikan
masa, tenaga dan wang ringgit sahaja. Diharap pada masa mendatang,
kepimpinan BA serta pertubuhan lain janganlah ambil pendekatan sedemikian
lagi. Lihatlah apa terjadi pada MTUC, usahkan 3 bulan, tiga hari pun dia
bolih kelentong . Tengoklah sehari dua lepas, telah timbul suara suara yang
kononnya mewakili sebilangan pencarum akan merayu siPM ni untuk tidak
membatalkan skim anuiti tersebut. Nampak tu, dah mula puak puak ni nak
kelirukan rakyat serta ahli ahli MTUC . Saolah olah MTUC menuntut kerajaan
henti atau hapuskan skim anuiti tersebut, walhal MTUC tidak bermaksud
demikian.
Diharap pada masa mendatang ini, parti BA dan seluruh rakyat sewajarnya
memasang satu niat jitu ya’ani dengan melakukan tindakan BOIKOT terhadap
siPM penderhaka ini. Jangan dirujuk atau dihadiri apa jua majlis beliau, tak
usah didengar merepek beliau. Dalam erti kata lain kita gunakan saikologi
untuk memberi tekanan perasaan kepada beliau, UMCINO dan BN. Tindakan
menekan perasaan adalah satu cara yang dirasakan berkesan daripada tentangan
secara fizikal atau rayuan. Tekanan kadangkala bolih membuatkan seseorang
itu sanggup bunh diri dan sebagainya. Ayuh pemimpin BA semua, gembelingkan
fikiran dan atur strategi cara dan bagaimana perang saikology ini wajar
dilaksanakan serta dimulakan. Tidak ada akta yang bolih mereka bolih gunakan
jika kita memBOIKOT sesuatau. Jangan takut lagi jika kita perlu Boikot
majlis orang orang yang bangang yang masih menyokong UMCINO dan BN. Sokong
UMCINO dan BN samalah menyokong "Abu Lahab @ Mahathir" sipenghina Allah dan
RasulNya. Rakyat dah bijak sekarang, bukan macam dulu. Tekadkan langkah
BOIKOT ini atas niat mufarakah sebagai bukti kita kepada Allah, serta untuk
menyatakan kebencian kita kepada golongan penderhaka Allah dan RasulNya,
sebagai bentuk "fei'li" menjauhkan diri kita daripada ketua serta golongan
yang telah dilaknati Allah kerana menghina Allah dan RasulNya. Akidah kita
adalah penting dari segala galanya. Kalau mereka akan mencanangkan kononnya
memboikot mereka adalah tidak selaras dengan tuntutan Islam, itu biasalah!!!
bagi puak puak murtad dan munafik ni!!!,piii!!!! maboklah mereka. Mereka
sebenarnya dah tak ada hak lagi nak bernaung di bawah panji Islam lagi!!!!
kecuali mereka bertaubat Nasuha. Fikirkanlah wahai pemimpin BA.
Pensil kayu