Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Suara ahli bawahan dalam bakul sampah Umno

KALAU tidak silap saya, sebanyak 100 ketua cawangan (dari 120 cawangan-cawangan) Umno dalam Bahagian Muar menghimpunkan surat-surat rayuan mereka kepada Presiden Umno, Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad supaya memberi pertimbangan sewajarnya kepada keputusan Lembaga Disiplin terhadap ketua mereka, Datuk Abdullah Omar.

Malangnya, bukan sahaja rayuan itu tidak dilayan, tetapi saya diberitahu Dr. Mahathir membakul sampah himpunan surat-surat itu kerana "tiada nilai baginya" surat-surat dan ketua-ketua cawangan itu.

Lebih biadap lagi, Dr. Mahathir yang memakai nama Majlis Tertinggi (MT) Umno mengesahkan tindakan Lembaga Disiplin mengambil tindakan terhadap Datuk Abdullah Omar.

Dengan kesombongan Dr. Mahathir mengumumkan, Malik Munip, raja politik wang di Muar sebagai Ketua Umno Bahagian. Maknanya, pemilihan perwakilan Umno dalam bahagian Muar tidak dipakai, sebaliknya jawatan ketua bahagian dilantik sendiri oleh Dr. Mahathir.

Malik Munip yang cukup kuat memaki hamun Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama rakan baiknya, kepala konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi hadiah dengan meletakkan mereka menjadi Ketua Umno Bahagian Muar dan Umno Bahagian Gopeng.

Apakah 100 ketua Umno cawangan dalam bahagian Muar masih mahu kekal dalam Umno? Masih mahu lagi membenarkan hidung mereka dicucuk seperti seekor lembu. Cukuplah, tinggalkan Umno yang kini dipunyai Dr. Mahathir seorang. Suara ahli-ahli di peringkat bawahan tidak didengar tidak diterima, malahan, dibakul sampahkan sahaja. Ya! Tunggu apa lagi.

Rakyat di Kelantan dan Terengganu sudah membuat keputusan terbaik dengan menumbangkan BN, bila lagi rakyat Johor mahu berubah. Mulakan di Muar dan seluruh Johor akan dapat menghirup nafas kemerdekaan dalam erti kata sebenar. Cukuplah. Dalam BA, suara ahli di bawah sangat-sanat dihargai. Jauh berbeza dengan Umno dan BN yang dipimpin oleh mereka yang sombong dan bongkak.

- Ramlan Jantan






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com