Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tiga orang sebagai 'kambing hitam'

Oleh Ramlan Jantan

AKHIRNYA Dr. Mahathir Mohamad dapat juga menabalkan Aziz Shamsuddin, kepala konspirator menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umno Bahagian Gopeng, setelah menjadikan tiga orang sebagai 'kambing hitam'.

Ketiga-tiga tunggul kayu itu, Mustapa Kamal Nawi, Abdullah Omar dan Zainol Mat Isa dikarung gunikan oleh Dr. Mahathir hanya kerana mahu membalas jasa Aziz Shamsuddin yang banyak menyimpan rahsia "ketika menjatuhkan" Datuk Seri Anwar.

Tidak lama lagi, mungkin Megat Junid Megat Ayub pula ditabalkan sebagai Ketua Umno Bahagian Pasir Salak dengan menjadi Tan Sri Ramli Ngah Talib sebagai "mangsa" kerana jasa Megat Junid juga besar kepada Mahathir, khususnya ketika merancang segala surat menyurat dengan Ummi Hafilda Ali.

Si bodoh Najib Tun Razak menyifatkan perlantikan orang kalah sebagai ketua adalah peraturan yang diamalkan SPR ketika memutuskan calon BN, Dr. Ayam menang di Parlimen Bukit Bintang.

Bodoh betul Najib. Pilihanraya tidak sama dengan pemilihan Umno. Dalam Umno ada hirerki, iaitu jika ketua bermasalah, timbalannya akan diberi kepercayaan memangku. Bukan melantik yang kalah menjadi ketua. Kalau begitu, tidak gunalah jawatan timbalan dan naib. Apalah punya banggang Naib Presiden Umno ini.

Abdullah Omar, Mustaffa Kamal dan Zainol Mat Isa sepatutnya keluar dari Umno kerana mereka tidak lagi dihargai sebaliknya dihina dengan begitu teruk, dihukum sebelum didapati bersalah dan yang menghukumnya, Tan Sri Azmi Tun Zaki, seorang Peguam yang dilantik menjadi Pengarah kepada 18 Syarikat milik Umno.

Tengku Ahmad Rithaudeen pula dianugerahkan tanah di Jalan Conlay dan dia kini kaya raya dibantu oleh Dr. Mahathir.

Jadi tugasnya sekarang ialah "menghukum" sesuka hati asalkan dapat menyeronokkan Dr. Mahathir. Apa lagi ditunggu dalam Umno!

Bapak anak-anak haram, Zahrin Yasin kini menjadi Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak yang diketuai, peliwat isteri sendiri, Amil Saleh. Masih mahu bersama Umno… kesihan.


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 23 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungdaily.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com