Assalamualaikum!
Samada UMNO atau PAS atau apa saja nama parti politik di Tanah Air kita
Malaysia, itu semuanya adalah sebagai wadah dan saluran perjuangan yang
dibenarkan oleh Perlembagaan negara untuk bergerak dan menjalankan
aktivitinya.
Yang menjadi pokok persoalan bagi kita umat Melayu Islam, ialah apa dan
arah mana hala tuju kita yang ingin kita lalui sebagaimana yang diperintah
oleh Allah s.w.t. dan Rasul-Nya kita berjuang, iaitu mengikut landasan
pada
asasnya kita umat Islam telah pun diberikan kriteria muktamad dalam
kehidupan, iaitu: Wajib, Sunat, Harus, Makruh dan Haram.
Jadi, parti politik manakah yang anda nak sokong dan berjuang bersamanya?
Dalam membuat pilihan, kita jangan lupa bahawa kita umat Melayu adalah
beragama Islam. Sebagai beragama Islam kita mesti menolak fahaman POLITIK
sekular, kerana fahaman POLITIK sekular menerima dan mengamalkan "matlamat
menghalalkan cara".
Sekarang kita boleh nilai, malahan sejak dari dahulu lagi kita boleh
menilainya, parti POLITIK mana satukah yang tidak menerima dan
mengamalkan
"matlamat menghalalkan cara"? Maka, sebagai umat Islam, parti POLITIK
yang
tidak mengamalkan "matlamat menghalalkan cara" itulah yang kita wajib
sokong
dan berjuang bersamanya.
Kita umat Islam jangan melupakan ikrar kita setiap kali kita menunaikan
Solat, iaitu melalui doa iftitah yang kita lafazkan. Apabila kita
menyokong dan berjuang bersama parti POLITIK yang menerima dan mengamalkan
"matlamat menghalalkan cara", dengan sendirinya kita telah menjadi
munafik,
kerana sewaktu kita tunaikan Solat kita ikrarkan diri kita melalui lafaz
doa
iftitah itu, tetapi pada masa yang sama kita sendiri pula yang menyokong
dan
berjuang bersama parti POLITIK yang menerima dan mengamalkan "matlamat
menghalalkan cara" itu.
Pak Rampa kepada kami selalu mengingatkan bahawa "Umat Melayu hanya dapat
disatukan hanya mematuhi Agama Islam yang dapat menyatukan Umat Melayu",
dan "Hanya melalui SIASAH saja yang akan dapat memberi kemenangan kepada
Umat Islam.". Katanya lagi, :Jika umat Melayu dan Islam berjuang
menggunakan POLITIK, selama itulah kemenangan dan kejayaan akan semakin
jauh dari dapat dicapai kerana POLITIK adalah satu sistem yang tidak
diredahai dan tidak diberkati oleh Allah s.w.t. Walaupun kelihatannya ada
kemajuan dan kejayaan dicapai melalui sistem POLITIK, semua itu adalah
kejayaan dan kemajuan yang diperlihatkan oleh Syaitan kepada kita untuk
melemahkan kekuatan rohaniah islamiah kita melalui pencapaian fizikal
semata-mata seperti bangunan yang indah dan tinggi-tinggi, beroleh
kekayaan
melalui sistem riba, korupsi, nepotisme yang menjadikan pencapaian
rohaniah
islamiah kita semakin menurun kita tidak sedari. Apakah kemajuan
kebendaan,
fizikal seperti bangunan indah besar dan tinggi-tinggi itu, menjadi kaya
raya melalui korupsi, nepotisme dan kronisme itu sebagai kejayaan dan
kemajuan? Apakah tanpa tingginya pencapaian rohaniah islamiah, iaitu iman
dan ketawaan kita terhadap Ilahi; merupakan sebagai kemajuan?. Jangan
lupa kepada implikasi Firman Allah s.w.t. mengenai kaum 'Ad yang suka
membina bangunan yang tinggi-tinggi dan indah-indah itu!".
Menyentuh tentang POLITIK di negara kita ini Malaysia, kita umat Islam,
iaitu orang-orang Melayu mestilah minda dan rohaniah kita berorientasikan
kepada maksud yang terkandung dalam doa iftitah itu, dan kita sesama kita
mestilah membudayakan segala maksud apa yang terkandung dalam Surah
al-Fatihah itu. Ini adalah acuan dan kriteria utama yang kita mesti
pegang
ukuh dan jangan berganjak daripadanya. Hanya dengan berpegang teguh
kepada
acuan dan kriteria utama ini saja yang dapat menyelamatkan kita umat
Melayu
Islam daripada terjebak masuk ke dalam perangkap sekularisme yang
diasaskan
kewujudannya untuk melemahkan umat Islam. Apabila kita terperangkap
dengan
nilai-nilai sekularisme, maka dengan sendirinya weltanschaaung tawhidik
kita
akan lemah dan terhapus, dan maka dengan sebab itulah ada mereka yang
sudah
terperangkap itu di kalangan kita umat Melayu, memandang dari kacamata
sekularisme melihat bahawa Islam tidak akan dapat membawa apa-apa
kemajuan,
malahan kemunduran;
dan berpandangan bahawa tiada satu pun negara Islam yang maju dan berjaya
di
dunia ini.
Kenapa negara yang rakyatnya majoriti beragama Islam tidak mencapai
kemajuan
dan kejayaan? Ini adalah kerana akibat umat Islam sendiri yang sudah
meninggalkan islamiah kerana berjiwa sekularisme,
ya masih menunaikan solat, tetapi solat itu pun adalah solat sekularisme
bukannya solat dengan rohaniahnya islamiah. Apabila umat Islam sendiri
sudah dapat menguasai pemerintahan Kelantan dan Terengganu, dari kalangan
umat Melayu Islam sendiri pula yang mengutuk dan menentangnya.
Menyentuh tentang Kelantan dan Terengganu, kita tidak usah melihat dari
sudut POLITIK siapa dan parti apa kedua-dua negeri itu memerintahnya,
tetapi kita hendaklah melihat bahawa oleh kerana Malaysia ini kepunyaan
pelbagai kaum, kita seharusnya bersyukur kepada Ilahi bahawa Kelantan dan
Terengganu itu dikuasai oleh para ulamak dari golongan Melayu, dan barulah
kita boleh berkata bahawa dari segi politik kita ada "Ketuanan Melayu",
dan
Islam mula bertapak untuk ditegakkan sistem pemerintahannya. Dari segi
ini
semua orang Melayu harus berbangga dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana
Kelantan dan Terengganu adalah satu-satu saja negeri-negeri di Malaysia
ini
100% di tangan KETUANAN MELAYU yang diperintah oleh umat Islam.
Kelantan dan Terengganu ada banyak kelemahan dari segi pentadbiran negeri
dan pelbagai kelemahan lain. Untuk memperbaikinya bagaimana?
Adalah silap jika kita hanya mengutuk dan mengkritik pemerintahan KETUANAN
MELAYU itu, tanpa kita Umat Melayu Islam sendiri yang memberi bantuan dan
sokongan kepakaran bagi memperbaikinya. Pihak UMNO misalnya, sepatutnya
ketepikan fahaman politik, jika sebenarnya UMNO adalah parti politik
memperjuangkan untuk membela umat Melayu dan Islam, sepatutnya memberikan
segala sokongan dalam semua aspek kepada Kerajaan Kelantan dan Terengganu
itu kerana: (a) Kedua-dua negeri itu diperintah oleh KETUANAN MELAYU
Islam,
(b) Kedua-dua negeri itu diperintah oleh PAS kerana rakyat kedua-dua
negeri
itu memberikan mandat halal melalui pilihanraya, dan (c) Perlembagaan
Negara sendiri memberikan kebenaran PAS memerintah sebagai Kerajaan di
kedua-dua negeri itu. Atas sebab-sebab ini maka tiada alasan kita boleh
menguktuk dan mengkritik secara tidak membina. Kita harus sedar bahawa
jika
kita kutuk dan kritik secara tidak membina, kita adalah mengutuk (a)
KETUANAN MELAYU,
kita mengutuk (b) Orang-orang Melayu yang memberi mandat kepada PAS di
kedua-dua negeri itu, dan kita (c) Kita sendiri memusuhi Perlembagaan
Negara, kerana Perlembagaan Negara yang membenarkan PAS memerintah di
kedua-dua negeri itu.
Contohnya, kalau masalah air di Kelantan, kenapa para ahli korporat
Melayu
yang kaya raya dari kalangan UMNO tidak bersatu mengumpul dana membantu
dari
segi kewangan bagi membela rakyat di Kelantan supaya mereka mendapat air
yang bersih sebagaimana di negeri-negeri lain yang penuh di
bandar-bandarnya
didiami oleh orang yang bukan beragama Islam? Kenapa umat Melayu Islam di
Kelantan dibiarkan terus mendapat bekalan air yang tidak setara dengan
bekalan air yang diberikan kepada para penduduk al-kafirun di
bandar-bandar
di negeri-negeri lain? Jawapannya ialah kerana apabila orang Melayu
melihat sesuatu itu dari sudut fahaman POLITIK, maka akan terhapuslah
pandangannya untuk membela MELAYU dan umat yang beragama ISLAM.
Mengikut kata Pak Rampa kepada kami, "Umat Melayu apabila ia berPOLITIK,
ia akan lupakan dirinya siapa, ia akan ketepikan ISLAM dan ia akan turut
sama menerima dan mengamalkan "matlamat menghalalkan cara", termasuk akan
mengkhianati umat Melayu dan Umat Islam sendiri". Sejauh manakah benarnya
kata-kata Pak Rampa itu kepada kami murid-muridnya, saya sendiri sudah
dapat melihat kebenarannya sedang berlaku sekalarng ini. Saya kemukakan
pandangan Pak Rampa ini kepada anda supaya anda memikirkannya sama, betul
atau tidak?
Itulah sebabnya Pak Rampa menyarankan gagasannya bahawa Umat Melayu (Umat
Islam) tidak usah berPOLITIK dan berpolitiking, tetapi hendaklah kembali
kepada SIASAH.
Sekarang parti politik manakah yang anda lihat kecenderungannya lebih
kepada
SIASAH, parti itulah yang kita umat Melayu Islam patut sokong dan
berjuang
bersama. Sekiranya parti politik itu memperlihatkan masih juga 35%
POLITIK
dan 65% SIASAH dalam amalannya, kita sokong yang inilah, dan bagi kita
yang sedar bahawa perjuangan mestilah berpaksi kepada Lillahita'ala, kita
masuklah menjadi ahli dan aktif supaya kita perjuangkan dalam parti itu
supaya ia menjadi 100% SIASAH bagi menolak parti POLITIK yang menerima
sekularisme.
Bagi netters yang baru yang masih tidak mengetahui perbedaan antara
POLITIK
dan SIASAH., di sini disebutkan bahawa POLITIK adalah satu sistem yang
mengenepikan Lillahita'ala sebagai nawaitu perjuangannya, tetapi menerima
dan mengamalkan "matlamat menghalalkan cara". SIASAH ialah perjuangan
dan
matlamat perjuangannya berpaksikan nawaitu Lillahita'ala, ke arah
mewujudkan
Islam sebagai ad-deen, dan membudayakan pemerintahan berbudaya surah
al-Fatihah dan mengisi kehidupan dengan apa yang diikrarkan melalui doa
iftitah.
Wasalam dpd:
Murid Pak Rampa.