Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ..
Saudara Nihaz Mohd Yusuff,Saya mendoakan agar saudara
sekeluarga berada didalam keadaan sihat hendaknya.
Tujuan saya menulis disini bukanlah untuk menjawab
hasil nukilan saudara nihaz.yang saya dapati hanya
nukilan yang hampir semberono sahaja.
ingin juga saya maklumkan kepada semua saudara2
sekelian kami dari barisan pelapis pemuda keADILan
tidak pernah berdiam diri.cuma peluang masih belum
kunjung tiba.untuk kami pula berdiri di atas pentas
dan menyambung perjuang DSAI.
tidak ada rasa ketakutan langsung kepada kami sebagai
pemuda BA untuk berjuang.
baru2 ini kami telah diberi taklimat agar bersiap
sedia untuk berdiri diatas pentas.Sdr Ezam juga telah
memberi mandat kepada pemuda keADILan untuk meneruskan
perjuangan dan akan menumpukan kepada masalah ekonomi
negara sekarang ni.
sdr nihaz yang dihormati untuk makluman sila catitkan
kedalam dairi anda bahawa setiap sabtu bermula 9/06/01
kami pemuda BA akan mengadakan roadshow "Pemuda
mengasak keadilan,meratah kezaliman" di seluruh Negeri
Sembilan.Diharap saudara nihaz dapat hadir dan menjadi
salah seorang pemberita kami untuk menghantar nukilan
saudara ke utusan malaysia dan juga membolehkan
saudara mendapat sedikit wang saku.
saudara nihaz yang dihormati saya ingin bertanya apa
yang membuatkan saudara berkata penceramah2 dari
pembangkang bila berceramah mengunakan perkataan maki
hamun.adakah hanya pemimpin pembangkang yang
menberkelakuan seperti itu.tidakkah pemimpin2 UMACINO
(United Malay Cina Nasional Orgaization) sorry dah
hilang UMNO lebih dasat dah lebih hina lagi dari
itu.bukan setakat menghina orang lain bahkan diri
sendiri
butakah mata saudara semasa pilihanraya di sanggang
tempoh hari menteri besar (orang Umno masa tu)
menunjuk tanda lucah kepada orang ramai.tidakkah anda
melihat.dan saya meminta saudara menyatakan siapakah
pemceramah2 dari pembangkang yang mengunakan perkataan
kesat,yang meludah-ludah kelangit ayuh sebagai anak
jantan mari buktikan.jangan jadi bacul berkata tanpa
usul periksa.
saudara ku yang kasihani cukuplah sudah janganlah kau
bersama mereka lagi pulanglah kepangkal jalan.presiden
Umno telah jauh tersasar dari perjuangannya.kalau DSAI
dihina sebegitu rupa masih boleh kami terima walaupun
pahit..tetapi Rasululah SAW junjungan kami tidak dapat
kami maafkan selagi Mahathir mohamad tidak bertaubat.
bukalah mata hati anda lihatlah bacalah apa yang
diucapkan oleh presiden yang anda bangga sangatkan
ini.sehinggakan jika tiada presiden ini habis hancur
semua orang melayu, hilang semua sumber rezeki orang
melayu,orang melayu tidak akan maju.apakah rezeki ini
datangnya dari mahathir hah ???? ..
INILAH ANTARA AMANAT MAHATHIR
14 Julai 1992
Temuramah Media Massa
"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina
dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah
rakyat islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat
memalukan umat islam, kerana orang bukan islam akan
sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."
3 Mac 1994
Pusat Bahasa Arab Nilampuri Kelantan
"Kita akan ambil tindakan jika Kelantan melaksanakan
hudud. Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan
orang islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir
dan ditindas orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran
islam. Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga
walau apapun keadaan sehingga mendatangkan mudarat
kepada orang islam? Apakah dalam keadaan islam sudah
lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang
islam mesti dilaksanakan?"
14 Ogos 1994
Pasir Mas
"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat
Malaysia bukan seratus peratus islam"
ADAKAH SEORANG YANG BENAR-BENAR BERIMAN BOLEH
MENYOKONG PENDAPAT INI
ATAU.....MEMBIARKAN SAHAJA???
cukuplah sudah rasanya nukilan saya ini ... percayalah
saudara ku nihaz pintu untuk kembali kejalan yang
benar masih terbuka ... pulang lah ....
Wasalam ...