Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Mustapha Mamat..??

Semalam ada ceramah UMNO di sri segambut ,,,, persiapan sungguh menakjubkan, dengan khemah kanopi dan jamuan makan yang cukup lazat agar dapat menarik ramai yang datang. Penceramahnya Datok Mustapha mamat calun yang kalah kat Kelantan, tetapi masih disayangi oleh PM kepala taik Malaysia.

Kehadiran malam tadi memang ramai kata ajk UMNO bahagian Segambut... lebih kurang 100/200 orang yang hadir. entah laa mungkin ahli umno kat Segambut memang seramai itu atau kurang dari itu kut. Ada yang datang kerana kunun nak mesyuarat pasal pemindahan rumah setinggan KG Sg Udang, rupa2nya ceramah UMNO ... hehehehe , maka mereka pun balik laaa bila sebaliknya, yang tinggal AJK UMNO Segambut je. Lepas berucap dia terus balik tak sempat2 nak berkenalan dengan ahli UMNO segambut. Marah betul nampaknya Mustapha mamat kerana takda orang nak dengar dia berucap. Tu laa, lain kali kena tipu sikit, katakan ada ceramah Pas Ke ceramah Keadilan ke baru laa ramai yang datang.

Walaupun kempen berbaik-baik "ahli Pas dengan UMNO" nampak ok je dalam TV3 suku hari tu, tetapi orang pas tetap Pas. mereka tak akan makan pujuk rayu UMNo. Bagi PAS zalim tetap zalim, yang zalim wajib ditentang. Pas berbaik atas dasar kita sama2 manusia, tak gitu?? Umno segambut tak usahlaa nak uji pengaruh di segambut, memang di mana-mana pun UMNO dah tak laku lagi sebab orang UMNO semua pembohong dan perompak wang rakyat.

HJ Kamarudin Ambok ketua bahagian yang baru setelah mengalahkan HJ Kassim Tadin, belum tentu orang segambut akan berbalik kepada UMNO. Terutama penduduk KG sg Udang.

Saya nak petik pantun DSAI, "siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama jadi menteri" sama laa juga dengan HJ Kamaruddin ni, sabelum pemilihan tempuhari, bukan main, dia lah hero bagi penduduk KG Sg udang kunun, berusaha kunun kehulu kehilir hingga dia kata dia gi jumpa Timbalan PM Dollah untuk bincang pasal Setinggan KG Sg Udang. Lepas itu dia klentong penduduk kg Sg Udang mengatakan Dollah badwi setuju bayar pampasan RM5000.00 sekeluarga. Maka baruan UMNO KG SG Udang, Osman Saedin, Ca'ok, dan Mat Arip, serta orang kuat pemudanya Pari kehulu kehilir lah untuk kempeng penduduk supaya setuju terima wang pampasan tersebut. Maka direka lah satu majlis penyampai cek olok-olok di sebuah hotel. Pergi ler orang yang berkaitan untuk terima cek dan makan-makan. Sampai kat sana apa dah jadi???? … di backdrop tertulis Malam suai kenal penduduk KG SG Udang, hahahaha, denga satu cek yang besar sebesar dia orang ler ( replika) di sampaikan., maka wakil penduduk pun terima ler ceq itu. He he he he he … Korang penduduk SG Udang tau ke apa sebab? Beriya2 benar Kamaruddin Ambok tu buat macam tu? ,,, laa tak kan tak tahu, tu laa masa kempeng nak rebut jawatan ketua bahagian. Dan yang pasti kamarrudin Ambok berjaya. Berjaya menipu penduduk KG SG Udang, dan berjaya Merampas jawaan Ketua Bahagian dari tangan HJ Kassim Tadim ( dua kali lima gak).

Baru-baru ni dengar khabar penduduk dapat lagi surat amaran lagi dari DBKL. Suruh pindah. Dan selepas banjil kilat di KL tempuhari KG SG Udang telah menjadi fokus utama DBKL. Pada malam selepas banjil Datok Bandar KL kata akan mempercepatkan proses pemindahan penduduk setinggan KG SG Udang.

Penulis dapat tahu dan pernah berbincang dengan penduduk KG SG Udang, tentang masalah mereka. Meraka setuju pindah, Tak pernah mereka kata tak setuju. Mereka tak pernah menentang pembangunan yang hendak di adakan. Cuma mereka ingin hidup saperti penduduk Malaysia yang lain, ada rumah untuk tempat berteduh, dan sedikit pampasan. Mereka ingin rumah dan ingin beli rumah. Sudah 30 tahun mereka menoroka di KG SG Udang. Dengan usaha sebegitu lama tak kan nak balas dengan cara meberi surat untuk pindah ke flat DBKL dan sewa RM124 sebulan????. (Akan saya ceritakan kemudian nanti tentang kisah KG SG Udang) …

WAHAI penduduk KG SG Udang, sedarlah dari mimpi mu, usah termakan dengan janji manis UMNO , mereka hanya ingin mengambil kesempatan keatas kesempitan kamu untuk mendapat pengaruh mereka. Pemimpin UMNO memang penipu besar. Lihat lah apa HJ Kassim buat ??? … tak kan anda semua tak tahu??

Percayalah, pemindahan anda dari KG SG Udang bukan kerana projek untuk meluruskan Sungai. Sebenarnya, ada projek mega yang lain akan di laksanakan disana. Tekanan dari tokey China dari Singapure untuk mendapatkan tanah bagi pembinaan di sana. Alasan projek meluruskan sungai adalah gula-gula hack untuk anda, semuga alasan yang agak lojik diberikan kepada anda. Tanah sebelah KG SG Udang telah dibeli oleh tokey dari Singapure, tetapi oleh kerana keadaan sekeliling tidak berapa strategi bagi pembangunan mereka, Mereka inginkan tanah keseluruhan di KG SG Udang untuk projek mereka. YB Segambut Tan Che Kwan memang tahu tentang ini semua. Tetapi oleh kerana dia berbangsa China, dia tak berani nak bertindak sendiri, dia gunakan DBKL dan UMNO untuk berdepan dengan penduduk.

Ok laa setakat ni dulu, lain kali saya cerita lagi .. Ada banyak rahsia tentang orang kuat UMNO bahagian segambut ni …. Akan saya bongkar kalau saya mampu.


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com