Assalamualaikum,
Sudah diketahui umum pengerusi POS MSIA diarah meletakkan jawatan
yang disandangnya hampir sepuluh yang lalu.Akhbar terkini penyibar fikiran
ada menulis tentang perlantikan pengerusi baru dari KSU pertanian.Sudah
maklum kakitangan pos semua tahu samada berjawatan mahu pun kuli bawahan
(posmen) tahu akan cerita tersebut.Dulu sebelum orang mengenali Tan Sri
semua pembodek-pembodek memuji langkah yang di ambil oleh pengerusi tersebut
walaupun dikhabarkan projek permodenan pos msia mencecah angka juta untuk
membayar harga consultant dari Negera Pertanian yang handal dalam
pemeliharaan lembu tenusu dan penanaman anggur,apple dan yang sama
waktunya.Kesan dari situ tiada apa yang dapat dibanggakan oleh kakitangan
syarikat terutama kakitangan bawahan.
Semalam seorang teman khabarkan satu taklimat khas oleh tuan pengurus
memberitahu jangan sekali mempercayai khabar angin yang bertiup kencang
sejak beliau meninggalkan POS MSIA.
Tetapi yang menjadi tandatanya teman kalau tiada angin masakan pokok boleh
bergoyang,sekurangnya pokok tersebut ada satu makhluk berada di celah
rimbunan daun.
Satu ingatan, zaman sekarang bukanlah zaman pop yeh yeh berita yang diterima
dari berbagai sumber,tidak diharapkan dariUM dan BH sahaja.Kenapa beliau
pulak beria-ria dependt bekas pengerusi tersebut.Apakah kepentingan beliau
dalam soal ini?Tepuk dada tanyalah iman.
Sekian
Koyyeh2001@yahoo.com