Senai, 19 Mei, 2001.
Setelah pecahnya perbuatan keji Pemuda UMNO mensabotaj
poster-poster ceramah BA, Pemuda UMNO sekali lagi
membuat cubaan mengganggu program PAS. Peristiwa
terbaru ialah yang berlaku di Taman Manis, Kulai di
mana berlangsungnya Forum Perdana anjuran PAS Kawasan
Senai. Forum yang bertajuk "Batas-batas Iman dan
Kufur" itu mengenengahkan ahli-ahli panel termasuk
Dato' Ishak Bahrom (bekas mufti Selangor), Us.
Abdullah Husin (Ketua Dewan Ulamak PAS Johor) dan Us.
Razali Jamil Al-Hafiz (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS
Johor).
Menurut maklumat yang disampaikan, 7 buah motosikal
yang membawa remaja yang memakai jaket gerak-gempur
pemuda UMNO dan membawa bendera UMNO telah cuba
berarak ke arah tempat di mana forum sedang diadakan.
Mungkin nasib mereka kurang baik apabila mereka telah
ditahan oleh sekumpulan yang hadir di dalam forum
tersebut dan salah seorang remaja tersebut telah
ditampar dan yang lain-lainnya melarikan diri. Petugas
PAS segera menyelamatkan keadaan dengan membawa pemuda
malang itu keluar dari kawasan tersebut. Apabila
ditanya, remaja tersebut mengaku mendapat upah RM
20.00 dan petugas PAS menghantarnya kembali ke rumah
orang yang telah mengupahnya, iaitu salah seorang AJK
UMNO Bahagian Senai.
Sdr. Mazlan Aliman, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan
Senai yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Johor,
kesal dengan tindakan biadab pemuda UMNO walaupun
sebelum ini Dr. Adham telah memberikan jaminannya
bahawa mereka tidak akan lagi mengganggu program UMNO.
Seterusnya beliau meminta pihak Polis yang bertugas
agar memantau tindakan pemuda UMNO terutamanya bagi
program ceramah berikutnya di Felda Bukit Besar pada
20 Mei, 2001.
Sehingga kini petugas PAS belum dapat mengenalpasti
siapakah yang bertanggungjawab menampar remaja
tersebut. Maklumat yang diterima, pemuda UMNO telah
membuat laporan di Balai Polis Kulai berikutan insiden
tersebut.
Gambar-gambar Dr. Adham di Balai Polis Kulai, sila
lawat http://passenai.tripod.com/