Kesilapan Paling Besar di Alaf Baru oleh Mahafiraun adalah dengan MENIDAK
Relevan kan Definasi UMNO itu sendiri. Berapa kerat kah orang Melayu mahu pun
Cina yang bersetuju dengan tindakan NYANYOK oleh si tua kutuk ‘Agen Komunis’
itu?. Persoalan nya apakah alasan munasabah sehingga Parti MELAYU di masukkan
CINA?. Bukankah UMNO,MIC dan MCA itu Parti Bangsa atau Keturunan. Cuma yang
tiada parti adalah kaum MAMAK kerana mereka ini di anggap Melayu akan tetapi
dalam Kad Pengenalan tertulis INDIA MUSLIM, maka aku berpendapat sesuai lah
mereka ini di masukkan kedalam MIC kerana keturunan INDIA ataupun PAS kerana
mereka ISLAM barulah RELEVANT. Tetapi mengapa mereka ini masuk UMNO?
Apakah selepas ini MCA akan menerima Melayu dan India menjadi ahlinya? dan MIC
pula menerima Melayu dan Cina? Selepas itu pula apakah yang masih RELEVAN dengan
MIC dan MCA? Bukan kah ini semua mengarut?
Mengapa pula sebelum ini Mahafiraun tua itu menghentam dan mengutuk sangat yang
parti keADILan adalah bukan parti Melayu? Adakah pada keADILan itu tertulis
perkataan MELAYU? Sekarang ini siapa yang menjilat ludah siapa? Nampaknya
Mahathir telah menjilat dan menelan air ludah Pejuang Melayu iaitu saudara Ezam.
Sebelum ini juga Mafiraun tua itu menghentam dan mengutuk PAS yang menerima kaum
lain sebagai ahli. Mahasetan tua ini juga telah memutar belitkan kenyataan Tuan
Guru Nik Aziz. PAS adalah parti untuk yang berugama Islam dan bukan parti Bangsa
atau Keturunan. Sebab itulah sekarang ini sudah nyata bahawa parti PAS dan
keADILan lebih RELEVAN dari UMNO.
Umno kini sudah menjadi sebuah parti BANGSAT dan tidak lagi punyai maruah diri
serta Identiti diri. Umno telah menjatuhkan maruah serta martabat bangsa Melayu.
Umno juga telah membelot terhadap perjuangan bangsa Melayu. Siapakah yang
bertanggungjawab merosakkan Umno? Sudah tentulah Mahasesat Tua itu dan Majlis
Tertinggi Umno sekarang ini yang mana sudah pasti akan termaktub sebagai
pengkhianat Bangsa dalam Buku Sejarah suatu hari nanti.
Jelas sekali kepada kita akan sikap bangsa Melayu yang sanggup menggadaikan
bangsa demi kepentingan diri dan demi untuk mengekalkan jawatan. Ketika ini aku
sendiri berasa amat malu untuk mengaku sebagai Melayu akibat perbuatan Pemimpin
Umno sekarang ini.
Maka aku mengesyorkan supaya UMNO di tukarkan sahaja kepada UMCINO.
Untuk ahli-ahli Umno yang masih muka tak malu dengan perbuatan Mahathir ini aku
ucapkan “PADAN DENGAN MUKA KORANG” . Sedarkah anda semua sekarang, yang
Mahasetan Tua itu mengangis dalam perhimpunan Umno selama ini hanya SANDIWARA?
Pikir-pikir sebelum terlambat.
seterujabat@freeanwar.com
==
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !
seterujabat@freeanwar.com
Melayu+Siam = MeSiam