Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


THE WHOLE MALAYSIA IS ON SALE!!!

Assalamualaikum...

Kali ini tulisan saya berkisar mengenai Jualan Lelong Malaysia yang telah diwar-warkan oleh Diktator Mahathir pada awal bulan Mei ini. Jualan Lelong yang saya maksudkan disini bukanlah jualan lelong barang-barang. Sebaliknya ialah Jualan Lelong negara kita, Malaysia.Ya! Percaya atau tidak, inilah hakikatnya. Malaysia sedang dilelong. Menurut Perdana Menteri (baca: Puki Mak): "Sesiapa sahaja daripada kalangan WARGA ASING berhak membeli HARTANAH di negara ini. Rakyat asing dibenarkan membeli semua unit kediaman, rumah kedai, ruang pejabat dan ruang perniagaan pada kadar harga RM250,000 tanpa perlu menubuhkan syarikat dan pembelian tersebut dibiayai daripada sumber kewangan negara". (Sila rujuk Buletin Utama TV3 dan media massa utama kerajaan).

Cuba renung, sewaktu ekonomi kita baik, mereka (warga asing) mampu membeli hartanah kita. Apatah lagi sekarang. Ekonomi kita merudum, ibarat yoyo. Matawang kita rendah dan tidak stabil. Rizab Bank Negara lemah. Bail-out berbillion. Saya yakin, dengan situasi sebegini, warga asing mampu meratah negara kita sekelip mata. Apa akan terjadi kepada rakyat Malaysia ketika itu. Saya ingin mengutarakan satu contoh. Tak perlu kita pergi jauh. Lihat sahaja negeri Johor, khususnya Johor Bahru. Kebanyakan hartanah di situ milik warga asing. Orang kita sendiri merempat. Harga rumah tinggi, kos hidup tinggi, sewa rumah tinggi. Apa lagi yang tidak tinggi di Johor Bahru. Semua ini berlaku kerana saingan pasaran hartanah daripada warga asing.

Sekarang Mahathir sudah lelong pasaran hartanah Malaysia kepada warga asing dengan harga yang cukup murah. Tidak payah korporat asing, artis Bollywood pun boleh borong hartanah kita. Tidak mustahil tanah-tanah di negara kita ini akan diborong semuanya oleh mereka. Pada masa itu, kemanakah kita hendak pergi. Tidak malukah kita menumpang di negeri sendiri. Pada waktu itu Mahathir peduli apa. Dia dah kaya. Anak-anaknya dan kroni-kroninya dah kaya-raya dan buncit perut. Mahathir peduli apa. Dia dah nak mati. Pada waktu itu, siapa pula yang bakal menanggung kesusahan kalau bukan kita sendiri.

"Strictly speaking, Mahathir is devastating our country. He is paranoid and he does not care about us or Malaysia anymore. He doesn't care about himself as well. Stop him before he ruins Malaysia to ashes".

shahrastani


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungdaily.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com