Sejak akhir-akhir ini begitu hebat TV satu suku, dua suku dan tiga suku mewar-warkan kisah artis yang masuk UMNO. Nampaknya amat low-quality Puteri UMNO ni kerana ia mengagung-agungkan orang-orang yang bergambar mendedahkan aurat dan berpelukan jantan-betina walaupun bukan mukhrim. Mana nama-nama cendekiawan di dalam Puteri UMNO?. Agaknya apakah peranan Puteri UMNO nanti? Menjadi penyanyi koir UMNO? Atau pelakun adegan fitnah? Apa nak jadi dengan negara kita. Haru!
Konon ceritanya dah ada 10,000 ahli. Tapi memandangkan berita-berita Meloya dan Hairan ni sering tambah kosong kepada angka jika ia berkaitan sokongan kepada UMNO dan BN, serta kurangkan kosong jika ia berkaitan dengan sokongan kepada BA, maka kita tak perlu percaya berita yang amat menakjubkan itu.
Sebenarnya kita tak usah risau tentang Puteri UMNO ni. Kerana sebenarnya Puteri UMNO tak mendapat sambutan walaupun dari kalangan anak-anak gadis ahli UMNO. Kononnya UMNO ada seramai 3 juta ahli. Jika kita andaikan satu pertiga daripada mereka mempunyai seorang anak gadis yang dalam usia Puteri UMNO, maka sudah tentu mereka dapat kumpulkan seramai satu juta ahli. Tapi nampaknya cuma 1 peratus sahaja dari kalangan anak ahli UMNO (jika mereka tidak berbohong mengenai bilangan 10,000 itu) yang jadi ahli Puteri UMNO. Jika ramai di antara ahli Puteri UMNO itu bukan anak orang non-partisan (tiada pendirian), maka semakin kuranglah sokongan anak ahli UMNO dalam gerakan itu!!! Hakikatnya, ramai anak-anak ahli UMNO tidak percaya kepada perjuangan ibu bapa mereka sendiri. Jadi, tak payahlah heboh pasal Puteri UMNO lagi. Ia sebenarnya ibarat Bawang Putih yang berangan-angan tinggi.