Nampaknya tingkah-laku kurang beradap media-media Utusan Malaysia, Berita Harian, NST dan The Star benar-benar tidak mengambil iktibar terhadap pemboikotan tahun lalu.
Mungkin kempen memboikot media-media ini sudah mulai reda gamaknya. Fenomena ini patut diakui. Di kesempatan ini nampaknya, mereka berasa rakyat tiada kekuatan untuk menjatuhkan mereka. Mereka semakin sombong! Melakukan pembohongan, menyembunyikan fakta dan menghina Islam secara terang-terangan tanpa rasa dosa dan bertanggung-jawab.
Oleh itu, satu kempen memboikot secara besar-besaran patut dilakukan untuk bulan Jun ini. Iaitu bermula 1 Jun 2001 hingga 30 Jun 2001. Semua mereka-mereka yang cintakan keadilan, kesejahteraan dan perlu kepada nilai-nilai Islam patut bertindak ‘berpuasa’ membeli akhbar pada bulan tersebut.
Memang tidak dinafikan, membaca akhbar adalah santapan rohani bagi kebanyakan kita. Kadang-kadang terdapat sesuatu ketagihan pula kepadanya. Pada Jun ini nanti, pastikan tiada lansung cubaan untuk membeli 4 akhbar di atas, walaupun untuk berkongsi, belian untuk pejabat, restoran atau sebagainya. Belilah lain-lain akhbar tempatan yang banyak berada dipasaran. Haramkan membelinya walaupun senaskah!(Harap-harap orang-orang BeEnd tak politikkan kata ‘haram’. Bagaimana penggunaan kata tanah haram, pendatang haram..? )
Apakah keistimewaan bulan Jun?
Pada 4 Jun 2001 (12 Rabiul Awal) hari Isnin merupakan Hari Keputeraan (kelahiran) Nabi Muhammad s.a.w. Terdapat beberapa hadis tentang terjadinya tarikh tersebut. Ketika dilahirkan Nabi Muhammad s.a.w., terdengarlah suara-suara dari penjuru kaabah. Suara pertama berkata “Katakanlah telah datang kebenaran (Islam), dan akan musnahlah yang batil, dan tidak akan kembali kepada kekafiran”. Suara kedua berkata “Sesungguhnya telah datang rasul kepada kamu daripada kaum kamu sendiri, terasa berat baginya apa yang kamu derita, sangat besar keinginannya untuk menyelamatkan kamu, dia penyantun dan sopan kepada orang-orang yang beriman”.
Suara ketiga berkata “Sesungguhnya telah datang kepada kamu nur daripada Allah, dia adalah nabi dan kitab Al-Quran yang nyata”. Suara ke empat berkata “Wahai nabi, sesungguhnya kami utuskan engkau sebagi saksi dan pemberi khabar berita gembira dan khabar pemberi peringatan”.
Mudah-mudahan tindakan kita ini memberi satu ikatan yang kuat kepada rakyat yang ingin kedamaian. Memberi satu isyarat kepada pengendali akhbar jangan mencabar hak-hak rakyat umumnya. Semoga Allah s.w.t memberi kekuatan dan petunjuk kepada yang mahu kepada kebenaran. Wallahualam.