Daripada
Muhammad Yunus @ Suraji Al Fakir
Kepada
Al Fadhil Tuan Guru Dato'Mursyidul Aam serta
Majlis Syuraa Ulamak PAS Malaysia
Al Fadhil Ustadz Dato' Presiden serta
Jawatankuasa Kerja Pusat PAS Malaysia
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
Per: PASRAH: Keampunan, Hajat dan Doa Khusus
____________________________________________
- Maka segeralah kembali kepada Allah. ( 51:50 )
- Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (Agama) Allah, niscaya
Dia akan menolong dan meneguhkan kedudukanmu. Dia orang- orang yang engkar
maka kecelakaan bagi mereka dan Allah menyesatkan amal-amal mereka. Yang
demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang
diturunkan Allah
(Al Qur'an) lalu Allah menghapuskan amalan-amalan-amalan mereka.
( 47: 7,9 )
- Maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan dimuka bumi supaya mereka
dapat memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang ( dahulu ) yang sebelum
mereka. Allah telah menimpakan kebinasaan atas mereka dan orang-orang engkar
akan menerima( akibat-akibat ) seperti itu. Yang demikian itu kerana
sesungguhnya Allah adalah pelindung orang-orang yang beriman dan kerana
sesungguhnya orang- orang engkar itu tiada mempunyai pelindung. ( 47: 10,11
)
- Dahulu Bani Isra'il selalu dipimpin oleh nabi, setiap mati seorang nabi
digantikan oleh nabi lainnya, dan sesudah aku
( Nabi Muhammad SAW ) tidak ada (lagi) nabi, dan akan terlantik
sepeninggalanku, beberapa Khalifah, bahkan akan bertambah ramai. Tepatilah
baiat(janji setia)mu pada yang pertama, dan berikan kepada mereka haknya,dan
memohonlah kepada Allah bahagianmu, maka Allah akan bertanya kepada mereka
dari apa yang diamanahkan dalam memelihara hambanya. ( Riwayat Bukhari dan
Muslim, dari Abu Hurairah RA, dari Sabdaan Rasulullah SAW )
- Sesungguhnya sejahat-jahat pemerintah ia itu yang kejam(zalim), maka
janganlah kamu tergolong daripada mereka. ( Riwayat Bukhari dan Muslim, dari
Aidz bin Amru RA, dari Ubaidilah, dari Sabdaan Rasulullah SAW )
Keadaan masyarakat negara dan dunia sejak beberapa tahun lalu, sehinggalah
hari ini banyak hal yang telah menimbulkan persoalan serta berkait-kait yang
hanya dapat dijawab bukan dari kepetahan pidato dan kehebatan ilmu tanpa
kembali kepada Al Qur'an dan
Sunah RasulNya sebagai jawaban yang tepat dan untuk ditetapkan
kedudukannya.
Sejarah zaman Para Sahabah RA telah membuktikan betapa kerajaan Rome dan
Parsi adalah kerajaan besar dizamannya yang harus seumpama Amerika dan
British dizaman ini. Tidak ada bantuan Muslimin atau orang beriman
dikalangan Kerajaan Rome dan Parsi yang diharapkan dapat memberikan sokongan
maklumat atau tenaga bagi menjayakan perjuangan Para Sahabah RA melainkan
dengan Yakin yang Benar kepada pertolongan Allah semata-mata maka Rome dan
Parsi telah jatuh dikaki Para Sahabah RA.Ini disebabkan mereka dengan ajaran
Kitabullah yang Rasulullah SAW berikan dan benar-
benar ditaati tanpa berbelah bagi.
Mereka yakin tentang "Asyabul Kahfi", Ababil, Perang Badar dan banyak lagi
bantuan Allah kepada Para Anbiya AS dan Wali-WaliNYa yang dikisahkan dalam
Al Qur'an bahkan mereka amat yakin tentang nikmat JannahNya dan azab
JahannamNya.
Iman bil Ghaib yang mereka miliki adalah Iman kepada Allah yang tidak
diperdaya dengan tipudaya dunia yang sementara.
Hari ini, telah semakin jelas kedengaran cacian, penghinaan bahkan sanggahan
biadab tentang Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW yang ada diantaranya
telah nyata perkataan mereka boleh menyebabkan kerusakan Iman-Islamnya atau
seperti percakapan tidak beriman atau 'bukan orang Islam'.
Akhir-akhir ini semakin banyak isu-isu merumitkan bahkan lebih sangat
besarnya berbanding dengan kes-kes sebelumnya dan TIDAKLAH ia patut kita
memejamkan mata atau memekakkan telinga sekiranya
kita mengaku menyintai Allah dan RasulNya. Lebih-lebih ditakuti ada
suara-suara sumbang yang memencil atau membiarkan ianya dibebankan kepada
individu sedang ianya adalah suatu amanah dan tanggungjawab Muslimin khasnya
ahli-ahli PAS mempertahankan kebenaran sekalipun ianya tugas berat sedangkan
menegakan kebenaran Allah dan RasulNya adalah amanahNya bagi Mukmin yang
sabar apatah lagi yang telah kita janji persetujukan.
Sebelum keguncangan Iman umat Islam tergugat merata dengan lebih dahsyat
lalu jadi berpendirian tanpa keyakinan yang benar, sesungguhnya orang-orang
yang memang engkar tiada akan mengaku tentang kebenaran kerana sememang
demikian lakunya yang semakin hari semakin lancangnya, kerana mereka
merasakan dunia masakini
'tiada lagi batasan @ melepasi sempadan' lalu terdapat pula berbagai
peraturan tiada sempadan itu melampaui yang hampir tiada ruang kebenaran
dapat ditegakkan sekalipun jelas dari Kitabullah dan SunnahNya disebabkan
telah dipasung oleh kejahilan diri sendiri termasuk yang mengaku diri mereka
ahli 'Agama' yang mereka gelar sendiri maka mana-mana saluran telah
disediakan hanya sebagai suatu olok-olokan terhadap Allah dan RasulNya.
Sesungguhnya PASRAH KEPADA ALLAH DENGAN BERHAJAT DAN DOA YANG KHUSUS HATTA
MENYERUPAI DOA NABI NUH AS disamping ikhtiar lain adalah jalan utama jika
benar dasar kita adalah penegak kebenaran Ilahi berpandukan KitabulLah dan
Sunnah RasulNya.
Bagi mencapai amanah tersebut:
dimulai
Bismilahi RahmaNirahim
Diatas maksud kebenaran mencari keredhaanNya, dicadangkan kepada Al Fadhil
Mursyidul Aam serta Majlis Syuraa Ulamak PAS supaya menetapkan 24 Safar 1422
bersamaan hari Jumaat sebagai hari yang khusus ( apa juga namanya ) bagi
MEMULAI suatu usaha Mengharapkan Bantuan Allah bagi mengukuhkan perpaduan
Ahli-ahli PAS dan Masyarakat Islam dalam menghadapi berbagai serangan musuh
perjuangan Addin Islam yang Haq dalam apa juga bentuk sama-ada dinegara ini
atau lainnya dengan mengadakan
"Majlis Amalan Ibadah Malam Berjemaah" yang didalamnya mengandungi amalan
Solat Taubat, Hajat dan Doa Khusus
menghadapi suasana masa ini dan akan datang sama-ada karenah musuh-musuh
Islam didalam negara atau dunia amnya.
PENDEKATAN
a. Dengan keadaan berbagai susahpayah terhadap kebebasan bergiat
secara terbuka hatta menyampaikan kebenaran Dakwah Islamiyah, penghinaan,
cercaan terhadap Al Qur'an dan Sunnah RasulNya yang bererti memusuhi Allah
dan RasulNya disamping penghinaan- penghinaan terhadap umat Islam yang
mengamalkan kebenaran SunnahNya maka Solat dan Doa Hajat hendaklah dibuat
agar dikurnia
oleh Allah HidayatNya untuk seluruh umat dinegara ini khususnya dan
menghakimi terhadap penghalang dan pendusta Agama mengikut ketetapanNya.
b. 24 Safar 1422 bersamaan hari Jumaat ( 18.05.01 ) adalah tarikh ulang
tahun kelahiran PAS Malaysia ke 51 tahun ( Hijrah ).
Semenjak lahirnya PAS pada 24 Safar 1371 bersamaan 24.11.1951
telah berlalu hari ulangtahun menepati hari JUMAAT 7 kali,iaitu:
22.10.1954 Masehi ( 24.02.1374.Hijrah. Tahun ke 3.)
20.09.1957 Masehi ( 24.02.1377.Hijrah. Tahun ke 6.)
27.07.1962 Masehi ( 24.02.1382.Hijrah. Tahun ke 11.)
01.05.1970 Masehi ( 24.02.1390.Hijrah. Tahun ke 19.)
03.02.1978 Masehi ( 24.02.1398.Hijrah. Tahun ke 27.)
08.11.1985 Masehi ( 24.02.1406.Hijrah. Tahun ke 35.)
13.08.1993 Masehi ( 24.02.1414.Hijrah. Tahun ke 43.)
dan berikutnya ( pada tahun ini )
18.05.2001 Masehi ( 24.02.1422.Hijrah. Tahun ke 51.)
dan berikutnya ( enam tahun lagfi )
20.02.2008 Masehi ( 24.02.1430.Hijrah. Tahun ke 59.)
Kesempatan hari JUMAAT bagi hari ulangan tahun ini sangat munasabah PAS
menggunakannya bagi merendah diri mengharapkan pertolongan Allah dalam
melaksanakan cabaran perjuangan.
Setengah ulamak menyebutkan bahawa pada waktu Maghrib dengan Isyak Jumaat
adalah Para Malaikat dan Kekasih Allah yang diberi keistimewaanNya
berbaris-baris menjalankan ibadahnya diBaitullah hingga keArasyAllah dan ini
adalah kesempatan yang baik menyertai ibadah mereka diwaktu yang pendek dan
dihari Jumaat sebagai penghulu hari, semuga ianya mendapat pandangan belas
kasihan dan keRahmatanNya.InsyAlLah.
Bagi Umat Islam, masuknya hari baru ialah pada Ghurub Matahari:
Masa Maghrib (Ghurub Matahari) diMakkah adalah masuknya hari Jumaat bagi
Hari Dunia 24.2.1422.
Khamis Makkah. 23.Safar.1422 (17.05.01)
LK Jam 0653 petang (Makkah) atau 1153 mlm.(Kuala Lumpur)
Waktu Isyak:
LK Jam 0815 malam (Makkah) atau 0115 dinihari(Kuala Lumpur)
Masa Maghrib Makkah adalah perlu diambil kira dalam penetapan hari kerana ia
adalah yang terkandung dalam Al Qur'an Surah 5 ayat 96 yang bermaksud:
...Allah telah menjadikan Kaabah, Rumah Suci itu sebagai pusat
( peribadatan dan urusan dunia ) bagi manusia.
tidaklah wajar umat Islam berpandukan penetapan Paus Gregori
( Padri Vatican -1852 ) yang menetapkan pertukaran hari mengikuti London
atau Vatican dalam kita menetapkan hari sedangkan Al Qur'an sendiri telah
menetapkannya bagi ikutan kita.
Semua ahli-ahli PAS hendaklah melibatkan diri menyertai ibadah Kiamulail
Khas ini dengan mengerjakan solat dan doa yang sama dan dalam waktu yang
serentak diseluruh negara secara berjemaah di Markaz-Markaz, Masjid-Masjid,
Surau-surau, Madrasah-Madrasah atau Lapangan yang sesuai secara peringkat
Negeri, Kawasan atau cawangan.
Ketua-ketua Ulamak atau yang selayaknya adalah munasabah memimpin solat
Hajat dan doa tersebut ataupun ibadat lainnya; sekiranya amalan ini dapat
berterusan adalah bertembah baiknya lagi., kerana Allah menyukai amalan
ibadah yang istiqamah.
Seharusnya ( cadangan )
Jadual Program tersebut yang dibuat diMarkaz dll hendaklah :
ATURCARA KIAMUALAIL KHAS
23.Safar.1422 (17.05.01) Khamis
1. 07.30 ptg : Solat Maghrib.
Tazkirah ( Ibadah )
3. 09.30 mlm : Makan malam.
Istrehat ( Amalan sendiri )
4. 10.30 mlm : Solat Taubat / Tilawah / Tasbih( sendiri-sendiri )
5. 11.53 mlm : Solat Hajat dan Doa Khusus.
01.15 pagi ( 24 safar ): Iktikaf atau bersurai.
Sesungguhnya, setakat ini, telah berlansung disebahagian kawasan kawasan
menyambut acara-acara Jublee Emas dan akan berlansung lagi dikawasan laindan
peringkat negeri dan sebagainya, harus ianya dianggarkan mencapai lebih dari
RM 1 juta keseluruhan untuk menampung program tersebut dalam aturcara yang
baik atau kurang baik, namun kita terima ianya adalah baik adanya.
Sekiranya program JUBLEE EMAS yang sedemikian telah sedia kita buat dan
terima baik,lalu adakah program Kiamulail Khusus dalam keadaan suasana
siasah yang gawat inikita tidak dapat menimbangkan bagi menjalankannya ?
InsyAllah ianya terlaksana sebaiknya sebagaimana selayaknya bagi PAS.
...Diwaktu suatu kaum bermaksud hendak memanjangkan tangannya kepadamu
(untuk berbuat jahat ), maka Allah menahan tangan mereka dari kamu. Dan
bertakwalah kepada Allah, dan hanya kepada Allah sahajalah orang-orang
mukmin itu harus bertawakkal. ( 5:11 )
...kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada Ku,
jika kamu benar-benar orang yang beriman. ( 3:175 ).
Mudah-mudahan tanggungjawab melaksanakan tugas ini akan berjalan tanpa ada
perbedzaan melainkan ianya berjalan DIMULAKAN serentak dalam masa yang sama
berpandukan Jam Waktu Kuala LUmpur
(1153 mlm ) sedangkan panjang masa Solat dan Doa adalah tiada tetap mengikut
kemampuan jamaah.
Kita tidak tahu pasti natijah dari ibadah tersebut melainkan Allah yang Maha
Mengetahui akan KehebatanNya.
Semuga cadangan ini diterima pakai, tiadalah ianya datang dari seorang yang
fakir mampu berbicara melainkan atas Taufiq dan HidayahNya. Dialah yang
berhak diberikan harapan dan sanjungan.
- Tiada seberat zarah bergerak melainkan dengan KudratulLah -
JazakalLah Khairan Kathira.
ALLAH MENYERTAI MUKMIN YANG SABAR
MEMBANGUN DALAM ISLAM.
Takzim daripada
Muhammad Yunus @ Suraji Al Fakir.
" ADAKAH TELAH DATANG WAKTU SEBAIK-BAIK MUSLIM YANG KAYA DENGAN
BERTERNAK KAMBING DIPUNCAK BUKIT SAMBIL MENCARI-CARI AIR SEMATA-MATA
MELARIKAN DIRI DARI FITNAH DISEBABKAN TIADA LAGI YANG MAHU BERNAHI MUNGKAR
HATTA DALAM BERSUJUD SAMBIL BERDOA DISEBABKAN TELAH MELATANYA 'VIRUS
PENYAKIT SYAITAN GILA' ?