Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


ZAM PERLU HADIR FORUM KEBEBASAN MEDIA ANJURAN KAMI

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Datuk Zainuddin Maidin perlu menghadiri forum Kebesanan Media anjuran Kami Dengan kerjasama Harakah.Sebelum ini Zam seringkali mengatakan yang media cetak seperti Utusan Malaysia,Berita Harian dan TV3 adalah media bebas dan juga beliau mengecam media media yang menyokong parti pembangkang . Zam perlu hadiri di forum itu bagi membuktikan yang kenyataan beliau adalah benar.

Zam boleh di anggap “pengecut” dan “dayus “ sepertimana Ketua Pemuda Umno yang seringkali mengelakkan perdebatan.

Begitu juga dengan wakil TV3 dan wakil The Star tidak dapat hadir .Kenapakah tidak ada wakil wakil daripada media media kerajaan hadir ,apakah kerana “takut” atau di beri arahan oleh “tangan tangan ajaib” supaya menolak jemputan KAMI.Berbagai alasan di beri oleh Zam. TV3 Dan The Star tapi bila di fikirkan tidak ada kah wakil wakil mereka yang boleh menghadiri forum tersebut.

Ini juga membuktikan kan media media yang menyokong kerajaan sudah ketandusan pejuang – pejuang media.

Dan juga marilah kita bergiat dan berkerja keras dalam menghalang Kerajaan daripada mengubal undang udang media dengan lebih ketat bagi menyekat kebebsan media dengan menganjurkan berbagai bagai program secara besar besaran.

Usman Awang Ngah Talib.


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com