Assalamualaikum wht.
Terlebih dahulu saaya merakamkan jutaan terima kasih
di atas ulasan yang telah diberikan berhubung dengan
tingkah laku pimpinan negeri yang tidak menjalankan
tugas dengan sempurna.
Sepertimana kata-kata Tok Guru Ayah Chik, Tegorlah
mana-mana kesilapan yang telah SAYA lakukan demi
kebaikan di dalam pemerintahan.
Cuma apabila realiti pentadbiran yang ada sekarang,
saya selaku salah seorang rakyat Terengganu merasa
sungguh sedih dan saya dapati Islam yang dianuti sudah
semakain kebelakang.
Sebagai contoh di dalam pemilihan JSR. Pentadbiran
negeri mewar-warkan pemimpin yang dipilih hendakhlah
yang lulus paling koman empat thanawi. Tapi realitinya
99.9% tidak sampai he tahap ini. Malah pemimpin yang
mentadbir negeri juga ada yang tak dapat walau satu
thanawi.
Yang kedua berkaitan dengan istilah SYURA. YAB kata
kita akan ikut demokrasi dan pemilihan hendakalah
dibuat mengikut kehendak penduduk sesebuah kariah.
Realitinya, semua tahu dan semestinya tidak mengikut
seperti yang dikata.
Penggunaan kereta rasmi kerajaan oleh pimpinan negeri
juga nampaknya tidak menepati syriat Islam. Gi pasar
pun guna kereta rasmi. Islam rasanya tidak ajar
benda-benda gini.
Ginilah kita selaku orang Islam kembalilah kepada
Islam keseluruhannya. Kata-kata yang digunakan oleh
kebayakan ahli politik banyak memakan diri. Kalu makan
diri hanya di dunia sahaja, kita boleh terima tetapi
kalau ianya sampai diakhirat, saya bimbang pimpinan
yang lebih dahulu masuk ******.
Nak main politik boleh tapi biarlah bersih dan ikut
Islam yang sebenar. Ada juga yang hanya kata nak ikut
Islam tapi setakat ucapan sahaja. Kalau kita sama saja
dengan pemerintah dahulu, saya takut misaabah kpeda
kita di ahkirat lebih besooor.
Banyak lagi le boleh komen, ribapun ada, rasuah
banyak, arak pun berlembang..... dan lagi....
ZI
.............................................................
Kenyataan Webmaster:
Banyak perkara yang disebut adalah berbentuk umum, tidak menjuruskan kepada
masalah secara terperinci. Lagipun Kerajaan Kepimpinan PAS Terengganu
mempunyai Jawatankuasa HISBAH. Pihak kami akan menghubungi pihak (ZI) untuk mendapt keterangan
terperinci supaya Jawatankuasa HISBAH boleh bertindak. Kita tak mahu kenyataan-kenyataan
yang dikeluarkan menjadi fitnah tanpa bukti yang sah, di bawa melalui khabar angin sahaja.
Apapun terima kasih kepada ZI membuka ruang untuk kepimpinan membuat muhasabah diri sekiranya
maklumat yang dimakluman ini benar-benar terjadi.