Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Mahathir Jadi Tukang Karut, keh..keh..keh...

Oleh : Dz Mohidi

Akhirnya presiden Umno itu bersetuju untuk menjadi tukang karut bila bercerita di depan kanak-kanak kurang upaya, cacat penglihatan. Ceritanya "Mengapa zirafah berleher panjang".

Sebagai menambah peminat dan ahli yang semakin berkurangan, Umno kini terpaksa mendekati pula golongan kurang upaya untuk menagih simpati. Akhirnya nanti Umno dipenuhi dengan golongan seperti ini. Sekarang ini pun kita tahu parti ini masih dijunjung orang ‘kurang upaya’. Penuh dengan ‘orang cacat’

Memang ahli Umno semuanya kurang upaya. Cacat kerana tidak nampak apa yang berlaku sekarang. Tak berupaya menghalang apa yang diperbuat oleh pemimpinnya. Apa yang diberi oleh pemimpinnya itulah yang mereka telan bulat-bulat.Daging dimakan oleh pemimpin, tulang diberi kepada ahli-ahli bawahan.

Dan ahli-ahli Umno ini berasa dah cukup enak dengan memakan tulang. Kerana mereka sebenarnya tak pernah makan daging.. Lantaran mereka cacat penglihatan, tak tahu apa itu daging. Yang mereka tahu ialah tulang itu sebagai "daging". Samalah dengan kanak-kanak cacat penglihatan yang mendengar cerita Mahathir tentang leher panjang zirafah. Ceritalah macamanapun!. Kanak-kanak itu tak kan tahu apa sebenarnya. Cubalah bercerita "Mengapa hidung Mahathir besar".

Kenapa pilih yang cacat penglihatan?

Kerana Mahathir tahu mereka yang tidak nampak lebih susah untuk berbuat apa-apa. Langsung tak melawan!. Meraka hanya akan menerima dan mengikut saja. Mereka takkan tahu apa yang sebenarnya berlaku. Sebab itulah tahanan ISA diikat mata sebelum dibawa ketempat tahanan. Polis digunakan untuk "membutakan" tahanan ISA. Nampak benarlah pemerintah negara takut !. Sanggup menggunakan kezaliman untuk menjalankan hukuman, konon.. Sengaja nak berahsia. Lepas tu pulak pemimpin negara sangggup bercerita bohong depan kanak-kanak cacat penglihatan. Nak tunjuk sifat ‘kebapaan’ , konon…piiiraahh!. Anak sendiripun tak terjaga.


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com