Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Pilihanraya Kecil Di Perlis?

Suasana yang membosankan di negeri kecil di utara Semenanjung pimpinan Datuk Seri Shahidan Kassim dikatakan akan berubah tidak lama lagi apabila pilihanraya kecil yang seumpama kenduri besar terpaksa diadakan berikutan keadaan kesihatan ADUN Indera Kayangan, Datuk Khor Liang Tee yang sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur khabarnya semakin tidak stabil.

EXCO Kerajaan negeri itu dikatakan sudah lama mahu melepaskan semua jawatannya khususnya sebagai ADUN atas faktor kesihatan tetapi Shahidan masih tidak berani untuk membenarkannya berbuat demekian mungkin kerana tidak mahu pengalaman pilihanraya kecil Arau berulang kembali di kawasan bandar Kangar pula.

Tambahan pula, sebelum ini pernah diadakan dua majlis khusus untuk masyarakat Cina bagi menilai tahap sokongan mereka tetapi malangnya majlis demekian mendapat sambutan dingin di kalangan mereka.

Ada cakap-cakap bahawa masyarakat yang menjadi pengundi majoriti di kawasan DUN Indera kayangan itu tidak berpuas hati dengan pergolakan dalaman MCA Perlis di mana sepatutnya selepas pilihanraya umum yang lalu, koata jawatan EXCO bagi MCA perlu digilirkan kepada ADUN Titi Tinggi pula tetapi sebaliknya, Khor terus dikekalkan.

Seorang penganalisa politik tempatan berpendapat sekiranya pilihanraya kecil itu diadakan dalam masa terdekat ini, kemungkinan besar BN akan mengalami kekalahan ataupun penurunan majoriti kemenangan berdasarkan isu tempatan yang kurang berpihak kepada BN terutama sekali isu duit kopi yang terpaksa dihulurkan oleh para peniaga yang kebanyakkannya masyarakat Cina supaya mudah mendapatkan permit, premis perniagaan dan projek.

Ketika ditanya berkenaan tahap kerja jentera pilihanraya PAS, seorang ahli jawatankuasanya memberitahu penulis bahawa PAS telah lama bersiap sedia sejak pilihanraya umum yang lalu. “Kami hanya menunggu detik pengisytiharan pilihanraya kecil”, ujarnya dengan bersemangat.

Pilihanraya kecil Indera Kayangan yang menjanjikan projek-projek pembangunan segera yang akan ditaburkan oleh BN seperti di Lunas tidak mungkin semudah di kawasan pedalaman bagi meraih undi kerana Indera Kayangan adalah kawasan bandar yang majoriti penduduknya adalah peniaga dan pekerja sektor awam dan swasta. Sama-samalah kita menunggu kenduri besar ini yang bakal mengubah kebosanan penduduknya.

Abu Mujahed Abdullah Azzam
[email protected]






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]