Kepada para pendokong dan pencinta Umno, parti usang yang bakal berkubur menjelang pemilu ke 11 nanti, Penulisan ini ditujukan kepada anda semua .Oleh itu saya memohon kepada pelayar internet yang membaca artikel ini sila cetak dan edarkan kepada para pejuang Umno untuk tatapan mereka bersama yang telah buta mata hati daripada melihat kebenaran moga - moga dengan membaca artkel ini boleh menimbulkan sedikit keinsafan kepada mereka agar kembali ke perjuangan yang asal.
Johanes Kropong ( John ) anak kaum Dusun di daerah Ranau Sabah kita meneropong kehidupannya semasa di era pelajar sehingga berjaya menjadi seorang Guru .
Anak seorang petani yang bergantung hidup sepenuhnya terhadap hasil pertanian yang diusahakan oleh bapanya dan dipasarkan di pasar-pasar Tamu sekitar daerah Ranau. Setelah pulang dari sekolah John akan bergegas ke kebun untuk membantu kedua ibu-bapanya mengusahakan kebun mereka . hasil dari kebun itulah yang digunakan untuk menyara John dan 5 orang lagi adik-beradiknya kesekolah. Dalam suasana kampung pendalaman yang tidak dilengkapi kemudahan elektrik, dengan keadaan kerenah 5 orang lagi adik-adiknya yang berlari ke sana kemari dalam rumah papan itulah John cuba untuk menelaah pelajarannya di bawah sinaran lampu 'gasoline'yang dikerumuni serangga-serangga kecil.
John mentelaah sehingga jam 11.00 malam sahaja kerana badannya yang penat bekerja siang tadi tidak mampu bertahan sehingga jam 12.00 malam. Dia masuk tidur kerana esok jam 5.30 pagi terpaksa bertolak ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 5 KM meredah hutan berjalan kaki untuk sampai ke sekolah. ( Di Sabah waktu persekolahan sessi pagi adalah bermula jam 7.00 atau 7.15 pagi ).
Setelah menduduki STPM aliran sastera dia mendapat 3 prinsipel E dan 2 lulus pangkat R sahaja. Namun kerana dia Anak Pribumi Sabah dan pengambilan pelajar adalah mengikut sisyem KUOTA dia berjaya juga melanjutkan pelajaran ke USM dalam bidang pendidikan dan kini menjadi Penolong Kanan di sebuah sekolah menengah di Sabah.
KES ke 2 : Fauziah, bekas seorang eksekutif Felcra kerana telah bersuamikan seorang hakim dan terpaksa mengikut suaminya bertugas di serata ceruk rantau Malaysia ini telah menukar professyen menjadi seorang guru.
Dilahirkan di sebuah kampung terpencil di Selama Perak, Yang sulong antara 7 orang beradik. Bapa bertugas sebagai 'pemeriksa teket bas' dengan gaji pokok RM180.00 sebulan . Untuk menampung perbelanjaan seharian keluarga ini siIbu terpaksa berulang alik ke kebun getah milik ibu yang dipusakai daripada arwah Datuk seluas 1.25 ekar yang jaraknya dari rumah adalah sekitar 3 KM dengan menunggang basikal. Jam 5.00 si Ibu telah pun bertolak untuk pergi menoreh . tinggallah Fauziah seorang diri di rumah untuk menguruskan sarapan pagi untuknya, Ayah dan adik-adik.
Apabila balik dari sekolah pula sudah hampir jam 2.00 petang ibu masih lagi belum siap menyediakan makan tengahhari untuk keluarga kerana baru selesai memesin getah keping jam 12.30 tengahari tadi. Fauziah sekali lagi terpaksa membantu ibu menyelesaikannya. . Mujurlah nasi goreng pagi tadi masih banyak untuk adik-adik yang balik sekolah awal makan tengahhari.
Apabila selesai makan tengahari ( petang ?) jam 3.30 petang si ibu akan berbaring kepenatan maka sekali lagi Fauziah mesti menguruskan kerenah adik-adik yang 6 orang lagi itu.
Apabila keputusan STPM diumumkan Fauziah mendapat 4 Prinsipal 2C dan 2E yang terbaik di Sekolahnya . Walaupun gagal dalam pelajaran General Paper ( Kertas Am ). Namun dengan adanya sistem KUOTA Fauziah telah berjaya masuk ke UM fakulti ekonomi.Keputusan tahun akhirnya adalah 2nd. Class Upper.
Kes. Ke 3 : K. Ravindran anak seorang pekerja ladang Getah di Bukit Selambau, Kedah . Yang kedua daripada 4 beradik . Si kakak telah pun berkahwin dan bekerja bersama suami di Ladang yang sama. Di Ladang itu ada sekolah Rendah Tamil tetapi sekolah menengahnya pula jauh di bandar, terpaksa menaiki bas sekolah .
Dia dan adik-adiknya sudah biasa ke sekolah tanpa alas perut kerana si Ibu telah terlewat bangun untuk menyediakan sarapan dan bergegas-gegas pergi kerja takut di marahi 'tandil' kerana lewat lagi.
Si bapa apabila selesai kerja dan 3.30 petang akan berkumpul di kedai bersama rakan-rakan dan minum arak sampai mabuk. Apabila balik ke rumah akan 'perang' besar dengan isteri dan isteri menjadi mangsa tamparan tangan kematu sang suami. Peristiwa ini adalah lumrah bagi keluarga Ravi.
Keputusan SPM , Ravi dapat pangkat 3 tak layak masuk IPTA/IPTS . Untuk bekerja di Ladang-ladang Ravi sudah bosan . Dengan bekalan SPM pangkat 3 dia ke Bandar mencari pekerjaan di sektor perkilangan dan menjadi Buruh Am di sebuah Kilang di Sg. Petani. Sekiranya sistem KUOTA juga di ujudkan untuk orang India dalam bidang pendidikan ini mungkinkah Ravi melanjutkan pelajaranya ke IPTA ?
Kes ke 4 : Robin Tan , anak seorang ahli perniagaan di Pulau Pinang, hidup dalam serba kemewahan lulus cemerlang PMR papa hadiahkan sebuah motorsikal KIPS, Lulus cemerlang SPM papa hadiahkan sebuah kereta Satria .Untuk SPM sahaja setiap hari akan ada guru datang ke rumah untuk memberikan tuition kepada Robin. Pantang ada buku rujukan yang disyorkan oleh guru pasti akan mampu diadakan oleh si papa . Maka tidak hairanlah Robin lulus dengan baik tetapi masih belum mampu bersaing dengan rakan -rakan yang lain untuk ke IPTA terpaksa pula ke IPTS atau keluar Negeri . Ini adalah kerana persaingan yang terlalu hebat dikalangan orang Cina untuk memasuki IPTA mengikut KUOTA bukan Melayu 45 %. Robin mampu ke IPTS sebab papanya mampu membiayai persekolahannya. Selesai persekolahannya dia membantu perniagaan papanya sebagai seorang pengurus pemasaran. Satu jaminan pekerjaan yang tidak pernah termimpi oleh John, Fauziah maupun Ravi.
Secara kesimpulannya John mewakili rakyat Pribumi Malaysia di sabah dan Sarawak, Fauziah mewakili Bumiputra malaysia di Semenanjung , Ravi pula majority rakyat Malaysia keturunan India dan Robin adalah m,ewakili rakyat Malaysia keturunan Cina.
Senario yang digambarkan ini adalah sebenarnya hakikat yang berlaku dalam Negara kita ini mengikut sistem KUOTA yang digunakan dalam Dasar Ekonomi Baru sehingga sekarang dan khabarnya bakal digantikan dengan sistem meritokrasi.
Penulis tidak menafikan terdapat kelemahan dalam sistem kuota yang ada pada hari ini sepatutnya sistem ini diubahsuai bagi memenuhi keperluan semasa . Kita tahu 60 % penduduk Malaysia adalah orang Bumiputra/ pribumi, 30 % orang Cina dan 10 % orang India. Kenapa tidak sistem kuota kemasukan pelajar ke IPTA diubahsuai menjadi 60,30,10 dan sistem meritokrasi dperkenalkan di IPTS ? sekurang-kurangnya ini dapat menjamin dalam setiap IPTA semua rakyat Malaysia dari pelbagai keturunan dan latar belakang mendapat tempat dan ruang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati.
Kita juga tidak menafikan kebaikan sistem meritokrasi ini. Tetapi meritokrasi hanya sesuai apabila kerajaan sudah boleh menseimbangkan kemudahan prasarana, sosio ekonomi ,sosial dan persekolahan antara Baling dengan Butterworth atau antara Pulau Bum-Bum Sabah, dengan Pulau Pinang antara antara Selama dengan Petaling Jaya. Sekiranya ini mampu diadakan oleh kerajaan BN maka saya adlah antara orang yang pertama bangkit menuntut sistem MERITOKRASI dijalankan. Barulah boleh pelajar dari berbagai keturunan dan latar belakang ini bersaing dalam keadaan 'on a level playing field'. Baru ADIL namanya.
Keadaan pelajar Bumiputra sekarang ini jika hendak bersaing dengan pelajar Cina samalah seperti pertandingan 'Tinju' antara Bapa Anjing Rahim Noor dengan DS Anwar Ibrahim di lokap Bukit Aman tempoh hari yang mana DSAI di tutup mata dan digari tangan hanya menunggu serangan Bapa Anjing tanpa boleh mempertahankan diri.
Oleh itu saya menyeru ahli-ahli Umno khasnya fikirkanlah masak-masak akan perkara ini . Ini bukan persoalan politik tetapi lebih menjurus kearah 'annihilation' bangsa Melayu itu sendiri. Sedarlah !! Insaflah !!!!!! wahai bangsaku !!!!! Bangun orang Umno NYAHKAN MAHATHIR ini dari persada politik Umno dan BN. Bagi Rakyat Marhaen Nyahkan mereka sekapal terus , jangan bagi tinggal benih pun……
Wassalam…….
Allahuakbar 3x…………..Reformasi 3x…….
Reformis keADILan,
ShamAbadi
Setelah kita meneliti