8 Ogos 2001
18 Jamadil Awwal 1422
Ketua Editor
Media Cetak, Media Elektronik dan Laman Web
SIDANG MEDIA – 9 OGOS 2001
Merujuk perkara di atas, kami ingin menjemput pihak tuan untuk menghantar
wakil membuat liputan ke sidang media tersebut.
Sidang media ini diadakan untuk mengumumkan kemasukan Saudara Yang Mulia
Raja Ahmad Aminuddin sebagai ahli KeADILan. Beliau merupakan bekas ahli
UMNO dan pernah menjawat jawatan Naib Ketua Bahagian parti tersebut.
Dalam
lingkungan karyawan dan penggiat seni tanahair nama beliau cukup mendapat
tempat. Beliau merupakan tenaga penggerak utama pertemuan seni dan budaya
tahunan iaitu program Pekan Seni yang dianjurkan oleh Yayasan Karyawan Perak.
Beliau juga merupakan peneraju Yayasan Basmi Kemiskinan Perak.
Yang terakhir ini, nama beliau terkedepan dalam media tempatan apabila beliau
menyelaras penghantaran memorandum memohon hak Saudara Anwar Ibrahim untuk
mendapat rawatan pilihannya bagi sakit tulang belakangnya. Memorandum tersebut
telah ditandatangani oleh lebih seratus tokoh-tokoh masyarakat dalam pelbagai
bidang.
Butiran dan penjelasan lanjut akan dibuat oleh beliau sendiri dalam sidang
media tersebut yang akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : Khamis, 9hb. Ogos 2001
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Kediaman Presiden keADILan
No 8,
Jalan Setiamurni 1,
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur (Tel : 2548298)
Segala kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.
Yang benar,
Pegawai Khas kepada Presiden