Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Cinta teruna dara

From: herma wati <*******@yahoo.com>
To: ALI MUDA
Subject: Re: Ingin tahu lebih mendalam...
Date: Thu, 23 Aug 2001 21:33:40 -0700 (PDT)

assalamualaikum..

bertemu lagi kita kali ini.Sebelum itu terima kasih atas kesudian sdra utk membalas e-mail dan menjawab soalan2 saya.Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana,diatas penerangan sdra ttg "wanita yg memakai tudung tetapi menjolok mata"tlh menyebabkan saya memasang cita2 utk memakai "tudung labuh".Buat pengatahun sdra saya memang memakai tudung sejak berumur 6 thn lagi,hasil drpd didikan ibubapa dan diatas tanggungjawab sbg org Islam.Tetapi saya mempunyai beberapa masalah.Sebelum saya m'ceritakan ttg masalah itu,biarlah saya bercerita ttg diri saya.

Saya lahir dlm keluarga yg sederhana.Bapa saya pada asalnya bukanlah beragama islam ttpi setelah berkahwin dgn ibu sya barulah beliau m'luk islam.syukur alhamdullilah hari ini saya dilahirkan dlm ISLAM.Dan saya bukanlah seorg yg daif ttg agama kerana saya bersekolah agama sejak b'umur 6 thn lagi dan melanjutkan pelajaran dlm aliran agama dr ting.1 hingga 3.Sebenarnya,sya mempunyai buah hati dan berkenalan sejak saya mula belajar dipoliteknik,dia seorg yg baik dan selalu mengingatkan saya ttg sembahyg.setelah habis belajar dia balik ke kg. halamannya di negeri T...terus terang saya katakan,akibat dr keaakraban kami..berlaku perkara yg salah di sisi agama.Tetapi bukanlah maksud saya kami terlanjur,ttpi kami sering bermesra2an.Setelah dia kembli ke kg hlamannya, saya merasa sungguh menyesal berbuat begitu.dan buat pegetahuan sdra dia sellu menghubungi saya dan menyatakan rindunya pd kemasraan kami . saya sebenarnya tdk mahu lagi perkara seperti dulu berlaku lagi dan jika saya berubah dan tdk melayan dia saya takut dia menganggap saya berubah.Apa pendapat sdra.

wassallam

..................................................................
Wa`laikum salam warahmatuLlah.

Syabas saya ucapkan kpd sdri kerana amat mengambil berat soal hukum agama. Ramai org hari ini tidak ambil tahu hukum-hakam, kalau pun tahu, masih ramai yg tidak mengendahkannya. Sedangkan kepatuhan kpd agama itu yg menjadi penyelamat drp bakaran neraka Allah s.w.t., satu perkara yg pasti, w/pun majoriti terbesar manusia dulu dan sekarang mengambil enteng ttg.nya. Semoga Allah s.w.t. memberikan lebih taufik utk sdri menjadi seorg yg betul2 taat kpd-Nya dan tidak tertipu dgn kehidupan dunia yg sementara lagi menggoda.

Berkenaan dgn permintaan sdri supaya saya memberi pandangan terhadap apa yg berlaku pd sdri dan 'buah hati' itu, saya ingin berkata begini: Jika keadaan sekarang telah mengizinkan utk sdri berumah tangga, maka sdri adalah dituntut utk berkahwin dgnnya. Dan tuntutan itu sudah sampai ke tahap wajib (berdosa jika tidak ditunaikan) jika sdri dan dia tidak dpt mengelakkan drp maksiat bila bersama. Apatah lagi, perbuatan 'bersama' itu sendiri merupakan satu maksiat bila ia membawa makna 'berkhalwat', w/pun tidak berlaku pegang-memegang atau usap-mengusap (saya tidak pasti apa maksud sdri 'bermesra2an').

Sebaliknya, jika keadaan belum mengizinkan sdri dan dia berkahwin buat masa ini, maka sdri wajib mengelakkan diri drp bertemu atau bermadu kasih dgnnya (w/pun melalui telefon), kerana ditakuti sdri akan terjerumus juga ke dlm maksiat zina yg sebenar yg akan menggelapkan masa depan sdri dunia atau akhirat. Saya tak pasti akan kejujuran teman lelaki sdri itu, w/pun sdri berkata dia selalu mengingatkan sdri ttg solat. Kalau sdri jadikan itu (ingatan ttg solat) sebg satu ukuran ke'soleh'an seseorg, maka saya berani berkata bahawa sdri belum mengenali insan yg bernama lelaki. Tanpa berburuk sangka, sebg seorg lelaki juga, saya secara umum ingin berkata, tidak bermakna seseorg lelaki yg suka mengingatkan girlfriendnya ttg solat boleh dikatakan soleh. Kalau soleh, mengapa dia selalu menyatakan kerinduannya utk 'bermesra2an' (iaitu mukaddimah zina) spt dulu bila berhubung dgn sdri? Kenapa dia tidak insaf atau mengingatkan sdri agar bertaubat. Sebenarnya sdri masih diselamatkan Allah drp perangkapnya, dan saya mengesyaki dia berhasrat melakukan 'lebih' drp apa yg telah berlaku lebih dulu sebenarnya, cuma peluang belum sampai. Nampaknya dia amat 'beransur-ansur', di samping tidak lupa mengingatkan sdri supaya menjaga solat.

Sdri, bila hati sudah berbunga, sukar utk kita kenal mana intan dan mana kaca, terkadang sehingga pendapat org yg lebih berpengalaman spt ibu bapa kita pun boleh kita tolak (saya harap sdri tidak begitu). Itulah yg dikatakan mabuk cinta, dan cinta itu memang buta. Melainkan org yg bercinta kerana Allah s.w.t., iaitu cinta Allah s.w.t. melebihi cinta kpd selain-Nya. Dia tak akan mengorbankan cinta Allah s.w.t. (dgn melakukan maksiat) utk mengemis cinta manusia.

Sebenarnya sdri boleh test teman lelaki sdri itu, s/ada dia serious atau tidak utk mengahwini sdri. Cakap terus terang, kalau dia nak sdri, dia kena datang pinang drp keluarga sdri. Utk memadu kasih cinta berahi tanpa ikatan perkahwinan, katakan sorry. Katakan sdri takutkan Allah s.w.t. bila bertemu memadu kasih spt dulu, kerana ketika itu mungkin sdri tak dapat elakkan diri lagi drp zina. Kalau dia serious, dia tak akan melenting atau tuduh sdri tak sayang atau berubah hati, sebaliknya dia terima dgn positif.

Sdri kena ingat, lelaki hari ini cukup mahir utk memikat hati perempuan. Kelemahan perempuan pula bila hatinya dimainkan dgn asmara (tak dinafikan lelaki juga begitu). Zaman internet ini, tak ada rahsia perempaun lagi yg tak diketahui oleh lelaki. Bila berdua2an, lelaki hari ini (dah tentu yg tak soleh kalau sanggup berdua2an) amat mahir membangkitkan nafsu wanita sehingga wanita itu tak dapat menahan diri lagi w/pun ketika itu dia (wanita) itu masih sedar zina itu haram. Seorg lelaki mengetahui 'tempat2 sensitif' pd seseorg wanita bila disentuh dgn 'seni'nya, wanita itu akan menyerah segala2nya. Maka terjadilah zina, w/pun pd awalnya wanita itu tak mahu melakukannya. Syaitan juga terlalu mahir utk menghiasi hati kedua2 pihak, iaitu dgn mengfokuskan 'kesedapan' yg dinikmati, sehingga masing2 tak dapat mengawal diri lagi.

Dan kemungkinan, bila 'madu' sdri dihirup, dia akan mencipta beribu alasan utk berpisah dgn sdri. Jadi seblm tertipu, ikat dahulu dgn tali perkahwinan yg sah. Apa guna menyesal kemudian?

Utk mengelakkan drp tertipu, JANGAN sekali-kali pergi bertemu dgnnya tanpa kehadiran org ketiga yg amanah (bukan yg sekepala dgn maksiat). Bercakap dlm telefon secara berlebihan pun, boleh menaikkan nafsu dan membawa dosa juga. Jadi kalau nak bercakap, tentukan topik apa yg perlu sahaja, bukan utk bermesra2an spt dulu.

Semoga Allah s.w.t merahmati sdri dan memelihara diri sdri drp kemurkaannya. Ingat, sekali sdri terlanjur, bukan senang utk bertaubat. Dan kemungkinan juga bila terdesak dgn kandungan luar nikah, sdri terlibat dgn kes pembuangan bayi spt yg selalu didedahkan di dada akhbar , wal`iyaazubiLlah. Kalau tak mengandung pun, syaitan akan datang kpd kita utk mengembalikan 'nostalgia indah' supaya kita mengulangi semula menyebabkan taubat kita sukar ditunaikan dan Allah s.w.t. tak menerimanya. Seks haram spt dadah heroin, sekali kena, sukar utk bebaskan diri. Jadi JANGAN sekali2 sdri mendekatinya.

Sekian nasihat dan pandangan saya, maafkan jika ada bahasa yg kurang sesuai, tidak lain selain dgn niat utk berterus terang supaya sdri lebih memahami. WaLlahu a`lam, wassalamualaikum.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]