Tujuan saya menulis e-mail ini adalah kerana saya mendapat satu salinan
e-mail dari seorang sahabat saya juga seorang penyokong PAS, beliau
telah
menerima satu e-mail dari kaum keluarganya juga yang bekerja sebagai
pemberita (lepasan UKM) di Bernama. Sahabat saya ingin bantuan dari
saya
untuk mencari point point yang bernas dan berfakta untuk membalas balik
hujah hujah yang dikemukakan olih si pemberita itu. Kerana setelah saya
baca
hujah hujah tersebut, saya juga sukar untuk membantunya kerana fakta
yang
dikemukakan agak baik dan logik.
Oleh itu saya mengharapkan kebijaksanaan dan bantuan dari saudara
kerana
saya percaya perjuangan PAS beradan dilandasan yang betul, cuma bagi
saya
dan sahabat saya dangkal atau tak berilmu berkaitan dengan selok belok
islam
yang tinggi.
Dibawah ini saya tuliskan semula e-mail yang sahabat saya terima itu:
"… aku tak kata aku orang fanatik al-umno, i didn't say that i'm
"the
umno hardcore fans club", but in our current political invironment.
umno
looks the best party to leading this country. pas, alamak ....bila le
diaorang nak betui betui perjuangkan islam.. banyak dilihat
perjuangan
dimulut, but not dihati.. ALLAHHUAKBAR HIDUP UMNO....jangan
marah...hehehehehehe..bila kita memperkatakan tentang islam, secara
umumnya, Islam digambarkan olih masyarakat dunia sebagai orang yang
mundur, lemah dari segi ketenteraan, ekonomi,sosial pun kadang kala
teruk,
dan ada tanggapan terutamanya fundamentalis barat mengatakan orang
islam
sebagai terrorist (pengganas) Dimana Ulamak? hendak menyekat
tanggapan
sedemikian? dah lebih 1400 tahun islam sejak disebarkan oleh
junjungan
Nabi Muhamad S.A.W, tapi orang islam masih ditakok lama. dimana
silapnya,
silapnya ada ulamak berfikiran sempit yang tidak mahu perubahan. bila
dibuat sesuatu, lambat untuk berfikir dan mengekori peredaran masa.
banyak
contoh....susah nak bagi contoh diruangan yang terbatas ni (lain kali
saya
kasi contoh) ulama memang pewaris Nabi....tapi banyak kes, ulamak
yang
memecahkan orang islam, kerana kepentingan tertentu. kalau tidak
takkan
berlaku anutan mahzab...zaman nabi dulu mana ada mahzab.. mazhab ini
terhasil dari pendapat dan pandangan ulama ulama tertentu, ulamaa
jugak.
bermaksud dalam islam, tidak ada satu standard ISO 9002 dalam
sesetengah
ajaran mazhab, bersentuh tidak batal air sembahyang, dalam mazhab
lain ,
batal. apa cerita ni? sapa punya kerja ni, kalau bukan ulama, ini
berlaku
akibat penafsiran Al-Quran dan Hadis yang dipegang demi kepentingan
hal
tertentu, termasuk ego. begitu juga dalam hal hal lain. dalam isu
semasa
dunia hari ini, fokus kpd. malaysia, inilah yang berlaku kpd. pas,
PAS
cuba menegakkan sesuatu yang tidak dilihat beriringan atau selaras
dengan
perkembangan hidup manusia. Saya tidak mengatakan ulama itu tidak
betul....TETAPI terdapat ulamak yang menggunakan Al-Quran dan hadis
untuk
kepentingan peribadi dan politik sempit. Olih itu marilah kita sama
sama
menjuruskan diri pada perjuangan yg sebenar dan menjadikan Al-Quran
panduan. Menjadikan AL-Quran panduan bermaksud kita mentafsir
Al-Quran
mengikut zaman. Jangan salah faham....mentafsir mengikut zaman
seperti
kata tokoh besar UMNO (hehehehe)Dr Mahathir ialah mentafsir Al-Quran
berlandaskan keperluan dan kesejajaran isu semasa. Sebagai contoh,
terdapat ayat Al-Quran yang meminta orang islam bersiap sedia
melengkapkan diri dengan ilmu peperangan dan pasukan berkuda untuh
menghadapi ancaman musuh islam. Jika kita tafsirkan ianya menyiapkan
pasukan berkuda, apa sudah jadi? Jadi bila kita tafsir semula
Al-Quran
mengikut zaman, kita perlu lengkapkan diri dgn. ilmu peperangan
semasa.
Ulama yang mentafsir Al-Quran beratus, beribu, berpuluh tahun yg.
lepas,
mereka tidak menghadapi konfliks kehidupan seperti yang dihadapi pada
masa
ini. jadi ulama sekarang ini kenalah cerdik sedikit, ulama PAS kena
advances. BARU BOLEH PERINTAH NEGARA. Ini bila kerajaan BN buat
sesuatu
habis ditentang. semua tak kena. Apa cerita nie. Masa kerajaan
laksanakan
beberapa projek mega... semua tentang. Tapi bila projek mega tu
berjaya,
orang PAS pun menikmatinya juga.
Mengenai hukum hudud, orang kampung ramai tak faham, untuk melaksanakan
hukum hudud kita perlukan satu masyarakat yang betul betul kukuh
ajarannya
pada islam. perlaksanaan hukum hudud juga perlu disesuaikan dengan
keadaan
semasa. orang kampung hanya melihat hukum hudud dari segi HUKUMAN.KALAU
curi
POTONG tangan, kalau berzina, REJAM. tapi orang kampung tak paham,
proses
dan perundangan untuk melaksanakan hukum itu. DALAM HUKUM HUDUD,
kriteria
yang ditetapkan (dalam hadis) ialah saksi empat orang, pengakuan, dan
bukti
yang nyata. keempat empat kriteria itu dilihat (DILIHAT) (i'm not
condemn
hukum hudud), tidak menyebelahi kaum wanita. kriteria pertama, saksi.
Mana
nak cari saksi empat orang? saksi kes curi telor ayam pun susah nak
cari!
kriteria kedua..pengakuan ,,,ada ka orang lelaki datang nak mengaku?
orang
beriman dan insaf, mungkin dia datang mengaku, tapi orang yang qapla,
mampuih dia tak mengaku... kriteria yang ketiga...bukti yang nyata,
dalam
hal ini dinyatakan mengandung bagi kes berzina untuk perempuan yang
belum
berkahwin...memang betui, kalau perempuan itu mengandung dengan dia tak
kawin sudah tentu dia berzina, tapi macam mana pulak yang tak
mengandung,
macam mana pulak dengan lelaki terbabit mampuih dia tak mengaku...
masalahnya perlaksanaan perlu dilihat dengan telilti AGAR kaum wanita
tidak
menjadi mangsa. KALAU al syeikh tak percaya, syeikh cuba baca report
hak
asasi wanita, report dari AFP, report dari UN, report dari Amnesty
berkenaan
perlaksanaan hukum hudud di Taleban, Sudan dan Pakistan. kaum wanita
menangis meraung.....kerana mereka menjadi mangsa. sebab itulah al
kutty dr
mahathir minta pas drafkan perlaksanaan hukum hudud dari PAS,
masalahnya PAS
pun tak tau nak buat.... dia cakap saja, jual dekat orang kampung,
kedebuk-kedebak... orang bukan Islam pandang serong dan jijik berkenaan
perlaksanaan hukum hudud di negara-negara terbabit. Itukah yang kita
mahu..?
Puak Taleban...lagi..la teruk..mencemar habis imej Islam di mata
masyarakat
. dunia . saya tidak kata saya ..anti hukum hudud. Tetapi satu draf dan
prosedur perundangan yang jelas perlu diadakan...masalahnya ulamak kita
hanya bercakap tetapi tidak cuba laksanakan. Ulam..?
ulama?ohh..ulama...akhirnya maka jadilah kisah ulamak lawan mamak."
Itulah bunyinya e-mail yang kawan saya terima. Saya amat berharap
pihak PAS
terutama saudara DPPP dungun dapat memberi sedikit panduan untuk saya
jadikan ilmu diri sendiri bagi menangkis sekiranya ada hujah hujah yg.
sedemikian rupa. Sekian, Wassalam dan saya pasti menunggu jawapan dari
saudara.
Dari,
PENCINTA ISLAM.
...............................................................
JAWAPAN:
Assalamualaikum,
Tak mungkin saya boleh memberi faham ttg isu yg amat besar dan rumit
ini dlm
sebuah e-mel. Ini kena tulis sebuah buku! Tapi tak apalah, saya akan
ringkaskan, berdasar beberapa point yg diutarakan oleh org yg tak puas
hati
dgn perjuangan ulama dan Pas itu.
1. Pasal perselisihan ulama: .... kesian sungguh pd org jahil sebegini,
dia
tuduh semua ulama yg menyebabkan berlaku pelbagai mazhab dan aliran itu
sebg
ego dan berkepentingan diri. Dia ni tak mengaji ilmu feqah
perbandingan, dia
ni tak mengaji ilmu psikologi, dia ni sangka manusia ni macam robot,
dia
sangka otak, pemikiran, kecenderungan manusia sama dan sebentuk saja.
Ada
hikmat yg amat besar di sebalik perselisahan ulama itu, dan mereka
hanya
berselisih pd tempat yg dibenarkan berselisih iaitu pd perkara furu`
atau
cabang, bukan usul atau pokok. Antara hikmat terbesar, membuktikan umat
Islam zaman dulu membenarkan kepelbagaian dlm cara berfikir sehingga
wujud
mazhab2 feqah yg berbagai, membuktikan sikap mereka yg berlapang dada
dgn
pandangan yg berlainan, pd tempat yg boleh berlainan pendapat. Wujud
mazhab2
falsafah dan ilmu kalam juga membuktikan kerajaan Islam dulu memberikan
rakyat kebebasan berfikir dan menyatakan pendirian. Tak macam kerajaan
hari
ini yg kononnya mengamalkan demokrasi!
Apakah kawan kita ni tak tengok bahawa para hakim hari ini pun berbeza
pendapat dlm mentafsirkan undang2? Sedangkan, undang2 tu dah tertulis
dgn
seksyen2nya yg jelas sekali! Sebenarnya, mengajak kpd ketunggalan
pendapat
dlm semua perkara adalah spt seruan kpd zaman gelap di Eropah, di mana
hanya
cakap paderi/raja saja yg betul, rakyat mesti ikut w/pun pasal sains yg
memang berubah2 mengikut bukti eksperimen. Galileo dibakar kerana
berbeza
pendapat dgn ajaran gereja yg mengatakan bumi ni terhampar dan rata,
bukan
bulat spt kata Galileo yg dipengaruhi oleh ilmu astronomi umat islam.
Itu
antara kesan mewajibkan kesatuan pendapat dlm semua perkara, termasuk
perkara cabang.
Baiklah, mungkin kawan kita kata, itu dlm bab sains, umat Islam pula
berselisih dlm bab agama. Itu yg tak patut kononnya. Sebenarnya
perselisihan
dlm pentafsiran terhadap nas telah wujud di zaman sahabat bersama Nabi
s.a.w. lagi, cuma zaman itu tak terbentuk mazhab kerana semua sahabat
boleh
bertanya nabi secara terus, lalu memakai pandangan baginda. Tapi nabi
tak
menyalahkan sahabat yg membuat tafsiran yg berbeza itu. Contohnya ttg
masalah tayammum, ada sahabat yg memahami ayat tayammum itu dgn cara
menggulingkan badan ke atas debu tanah utk membersihkan diri drp hadas
besar, sehinggalah nabi mengajar cara tayammum yg sebetulnya, tapi nabi
tak
salahkan sahabat yg bertayammum cara berguling itu, kerana ketika itu,
itulah fahamannya terhadap nas. Namun pendapat sahabat itu tidak
membentuk
pengikut/mazhab kerana semua sahabat boleh bertanya nabi dan baginda
memberi
penjelasan ketika itu juga.
Kawan kita ni rasanya tak tahu B Arab, sebab tu dia salahkan ulama bila
mereka berselisih pasal hukum bersentuh wanita apakah batal wudhuk atau
tidak. Lafaz 'lamasa' pd ayat wudhu itu boleh memberi faham 'bersentuh'
dan
boleh juga memberi faham 'bersetubuh'. Mazhab Malik dan Hanafi faham ia
sebg
'bersetubuh' manakala Syafie pula faham ia sebg 'bersentuh'. Sebab tu
jadi
khilaf/berselisih pendapat. Itu soal bahasa, nak buat macam mana. Hatta
B
Melayu ada fahaman yg berlainan antara negeri yg berlainan. Contoh: org
pantai Timur faham lain bila disebut 'kopek', tapi pd org pantai Barat
tak
ada apa2, spt kopek kelapa dsb. Org pantai timur biasa saja bila sebut
'patat periuk atau kuali'(sebenarnya 'pantat', maafkan saya jika
didengar
lucah oleh org pantai Barat) tapi bg org pantai Barat, itu amat
sensitif.
Tapi nak buat macam mana, itu soal bahasa. Tak kan kita nak marah org
lain
faham lain drp yg kita faham terhadap sesuatu sebutan? Kawan kita tu
boleh
ke nak paksa org lain faham terhadap penggunaan bahasa dgn fahaman yg
sama
saja? Kenapa jadi macam tu? Jawabnya, memang hikmat Allah nak jadikan
macam
tu. Kalau kita belajar Ulum al-Quran, ada ayat yg muhkamat yg tak boleh
berselisih sebab ia jelas sejelas2nya spt jumlah sebat 100 kali
terhadap
penzina yg sabit salahnya, 80 kali terhadap org yg tuduh org lain zina
tanpa
saksi. Ada juga ayat mutasyabihat yg maknanya tak jelas dan kabur, spt
isu
wudhu dgn bersentuh wanita ini, spt hukum boleh atau tidak menyetubuhi
isteri yg dah berhenti darah haidh tapi tak mandi junub lagi, dll. Maka
ulama berijtihad utk memahaminya berdasarkan kebolehan mereka yg
dipersaksikan oleh umat. Bukan semua org boleh jadi Hanafi, Malik,
Syafie
atau Ahmad bin Hanbal. Siapa yg jadikan ayat tu muhkamat dan yg tu
mutasyabihat? Allah s.w.t. lah!
Kita nak nasihatkan kawan kita tu, kalau tak belajar subjek biologi di
peringkat SPM, jangan berani nak sanggah doktor, sebab awak tak ada
asas
langsung. Doktor pun tak mahu berdebat dgn awak sebab dia tahu awak tak
ada
asas dan tak akan faham. Kalau betul2 nak berdebat, pergi belajar
asas2nya
dulu, baru berbaloi kita penat2 bagi penjelasan.
Tapi manusia akhir zaman ni sungguh pelik. Semua bidang lain spt
kedoktoran,
kejuruteraan, perundangan, dsbnya, mereka tak berani menyanggah org2 yg
ahli
dlm bidangnya dan mereka amat menuruti cakap profesionalnya serta
menghormatinya. Tapi dlm bab hukum hakam agama, mereka amat celupar nak
menyanggah profesional dlm bidang agama tanpa sedikit rasa hormat atau
rasa
baik sangka terhadap ulama yg telah menjadi jambatan penghubung kita
dgn
Islam bawaan Nabi s.a.w. Sungguh hipokrit sikap manusia akhir zaman!
2. Sebenarnya umat Islam mundur, kerana pemerintahan secara sekular
atau
mengambil Islam separuh dan tinggal separuh, bukan kerana ulama. Pendek
kata, pemerintahan umat Islam hari ini dipegang oleh orang yang cakap
tak
serupa bikin. Kalau cara Islam yg diamalkan oleh para pemerintah umat
Islam
hari ini sudah betul, kenapa umat Islam tak kembali kpd
kegemilangannya,
sedangkan Allah kata umat islam ni Khayra Ummah (Sebaik2 umat). Jadi yg
silapnya Allah atau manusia Islam hari ini?
Memang dr dulu pun ulama tak pernah menjumudkan tafsiran al-Quran spt
ayat
persediaan perang itu, tapi masalahnya puak Islam sekular faham
al-Quwwah
(kekuatan) yg Allah suruh sediakan utk hadapi musuh dlm ayat itu sebg
kekuatan fizikal atau persenjataan moden saja. Sedangkan nabi s.a. dan
para
sahabat lebih menumpukan kekuatan akidah dan amal Islam, dan sejarah
membuktikan bahawa umat islam dulu tak pernah menang dgn kekuatan
persenjataan, tetapi dgn kekuatan akidah, kekuatan hubungan dgn Allah
dan
kekuatan amal. bahkan pernah umat islam kalah terhadap dlm perang
Hunayn
apabila kebanyakan sahabat ketika itu rasa kagum dgn bilangan tentera
dan
peralatan yg besar, lalu mereka mengabaikan hubungan dgn Allah. Selepas
sahabat lari kucar-kacir, Alah pun turunkan ayat yg bermaksud, "Dan pd
hari
perang Hunayn ketika kamu rasa takjub dgn bilangan kamu yg besar,
sedangkan
itu tidak sedikitpun memanfaatkan kamu apabila kamu rasa bumi sudah
sempit
utk kamu lalu kamupun lari bertempiaran (utk selamatkan diri drp
musuh)"
Memang sejarah membuktikan bahawa umat islam tak pernah menang dgn
kekuatan
persenjataan dan fizikal. Namun ini tak menafikan pentingnya
persenjataan
dan teknologi perang, tapi iman dan amal tu jauh lebih penting. Apabila
iman
dan amal tak kuat, Allah pun berlepas tangan drp umat islam, lalu
tinggallah
umat Islam sendirian menghadapi musuh yg sememangnya lebih kuat dr segi
fizikalnya. Sebab tu umat islam kalah, bukan sebab ulama!
3. Berkenaan hudud, khususnya masalah wanita yg mengandung tanpa suami.
sebenarnya etika kehakiman Islam ialah "Seseorang hakim yang tersilap
beri
maaf adalah lebih baik drp tersilap bagi hukuman" (berdasarkan makna
sebuah
hadis).
Jadi wanita yg hamil tanpa suami disoal siasat terlebih dahulu s/ada
dia
berzina. Kalau dia mengaku zina dlm keadaan sedar dan tidak dipaksa,
maka
hudud pun dijalankan. Tapi kalau dia tak mengaku, dia kena buktikan
bahawa
dia dizinai secara paksa (dirogol) spt melalui laporan polis, laporan
doktor
pakar terhadap kesan rogol, kesan pergelutan pd anggota atau pakaian
dan
juga saksi2 awam bahawa dia dikenali masyarakat setempatnya sebg seorg
wanita yg terhormat dan tak pernah bergaul bebas dgn mana2 lelaki. Itu
semua
membantu hakim menggugurkan hudud drpnya, kerana hudud tidak dijalankan
bila
saja ada sesuatu syubhah/keraguan dan hukuman diringankan kpd ta`zir
jika
masih ada salah laku yg menyebabkan kejadian rogol itu (spt keluar ke
tempat
sunyi berseorangan atau memakai pakaian seksi). Tetapi sekiranya wanita
yg
mengandung tanpa suami itu GAGAL membawa sebarang bukti (bahawa dia
dizinai
secara paksa atau dirogol sebagai menafikan tuduhan pendakwa dan dalam
masa
yg sama membuktikan pendakwa berbohong dlm tuduhan zinanya terhadap
wanita
itu), MAKA menjadi kewajipan kerajaan Islam utk menjalankan hukum Islam
ke
atasnya supaya tidak menjadi jalan kpd wanita lain utk mendakwa secara
mudah
bahawa dia dirogol apabila berlaku kandungan tanpa suami.
Wanita yg dirogol itu juga boleh melaporkan sifat2 perogol atau
menyebut
terus nama perogol itu jika dikenalinya. Jika perogol itu mengaku
bahawa dia
telah merogol (dan hari ini pun banyak pesalah yg mengaku depan hakim
bila
dihadapkan dgn bukti2 selain saksi 4 org, spt bukti kesan mani), maka
perogol itupun direjam (jika dah kahwin) atau disebat 100 kali (jika
bujang).
[Tidak berbangkit soal membebankan tertuduh (wanita yg dituduh berzina
kerana mengandung tanpa suami) dgn bukti, maka kononnya ini bercanggah
dgn
prinsip 'the burden of proof is on the shoulders of the prosecutor".
Ketika
wanita itu mengandung tanpa suami, tidak timbul soal percanggahan
prinsip
ini, kerana ketika itu, wanita itulah pula yg menuduh pihak pendakwa
berbohong kerana mendakwanya berzina. Maka wanita itulah pula wajib
membuktikan pendakwa melakukan kesalahan pembohongan. Kalau tidak, maka
sahlah wanita itu berzina dgn kandungan tanpa suaminya itu. -Saya
sebutkan
ini sebg jawapan kpd org2 yg keliru spt Prof. Dr. Mohamad Hashim
Kamali,
pensyarah Islamic Law & Jurisprudence di UIAM dlm bukunya 'Islamic Law
in
Malaysia: Issues and Developments, Ilmiah Publisher, K.L, 2000, m.s:
145;
spt juga kekeliruannya ttg kewujudan hukuman rejam dlm bukunya
Punishment in
Islamic Law: An Enquiry into the Hudud Bill of Kelantan, IKD, 1995,
m.s:
90-91)]
Kalau perogol itu tak mengaku juga, sedangkan ada bukti2 selain 4 saksi
(disebut sebg bukti al-Qara-in dlm syariah), maka hakim boleh
menjatuhkan
hukuman takzir yg berat terhadapnya (berdasarkan undang2 yg diluluskan
oleh
parlimen). Manakala wanita yg mendakwa /menuduh perogol itu yg
merogolnya
tapi tak mampu membawa 4 saksi, dia tidak dikenakan sebat 80 kali atas
kesalahan tuduh zina tanpa saksi, kerana tuduhan itu melibatkan dirinya
sendiri sebg satu pihak yg terlibat dgn zina itu, bukan menuduh org
lain
sebg kedua2 pihak yg berzina.
Ini berdasarkan hadis ttg lelaki al-`Asif yg mengaku berzina dgn isteri
tuannya. Apabila dibawa ke penghakiman Rasulullah s.a.w., baginda
menghukum
sebat ke atas al-`Asif sebanyak 100 kali dan buang negeri setahun dan
menyuruh seorg sahabat bernama Unays supaya pergi bertanya isteri tuan
kpd
al-`Asif sama ada dia mengaku berzina dgn orang gajinya. Baginda
berpesan,
jika wanita itu mengaku maka hendaklah dia direjam. Bermakna, jika
wanita
itu tak mengaku, dia tidak diapa-apakan tetapi oleh kerana dia mengaku,
maka
dia direjam. Dalam masa yg sama baginda tidak menghukum atau mengancam
al-`Asif utk dihukum dgn hukuman Qazaf 80 sebatan (tuduhan zina tanpa
4
saksi) kerana al-`Asif adalah salah satu pihak yg menuduh dirinya
sendiri
berzina dgn org lain, bukan menuduh org lain drp dirinya sebg kedua-dua
pihak yg berzina. Jadi ketika itu al-`Asif tidak dikira melakukan
jenayah
Qazaf (Maksud hadis riwayat al-Bukhari ,al-Nasai dll. -lihat
al-Syawkani,
Naylul Awtor, vol. 7 m.s: 86 dan 87).
Ini juga bersesuaian dgn prinsip hukuman serentak (concurrently
punishment),
iaitu seorg yg disabitkan bersalah dgn lebih drp satu kesalahan akan
dihukum
dgn hukuman yg paling berat antara kesalahan2 itu dan dikira hukuman yg
lebih ringan telah termasuk dan berjalan serentak dgn hukuman yg lebih
berat
itu. Ini diamalkan dlm semua perundangan Islam dan Barat [kecuali dlm
kes
Datuk Seri Anwar Ibrahim yg dijatuhkan hukuman penjara 9 tahun dan 6
tahun
secara unconcurrently (iaitu berjalan satu hukuman selepas selesai satu
hukuman, menjadikan pemenjaraan selama 15 tahun) kerana ada unsur mala
fide
dlm penghakiman itu.]
Tak adil lagikah hukuman ke atas wanita yg mengandung tanpa suami itu?
Sebenarnya masalah zina paksa/rogol ni boleh dielakkan atau
diminimumkan
jika sistem Islam diamalkan secara menyeluruh. Wanita diwajibkan
menutup
aurat spt kehendak al-Quran, pakai pakaian seksi boleh disaman spt bawa
kereta melebihi had laju boleh disaman w/pun kereta itu sendiri yg
punya,
bukan polis punya. Islam mengajar wanita supaya tak berjalan seorang
diri,
mesti ditemani muhram atau suaminya, tapi wanita hari tak mahu ikut
ajaran
ini lagi. Perangsang nafsu seks lelaki dihapuskan sama sekali spt
filem2
pencetus nafsu seks, video2, majalah2 dan iklan2 lucah. Berikan kuasa
kpd
polis utk saman lelaki dan wanita yg berduaan tanpa nikah atau muhram
spt
dlm kereta atau sedang menunggang motosikal, sama spt hak polis utk
check
lesen dan road tax kenderaan. Tapi umat Islam hari ini, (terutamanya
puak
sekular) akan melenting jika ini cuba dijalankan, kononnya menyekat
kebebasan individu. Peliknya, kerajaan sekat kebebasan memandu lebih
had
laju atau melangggar uandang2 j/raya, mereka boleh terima w/pun
kereta/motor
itu milik peribadi mereka, bukan milik kerajaan, tapi bila nak sekat
perempuan yg telanjang atau separuh telanjang mereka kata jgn ganggu
hak
peribadi wanita. Apa sebab jadi macam tu? Sebabnya org2 atas dlm
kerajaan
pun suka tengok wanita telanjang atau seksi, wanita jadi bahan ratah
selera
giur mereka spt zaman jahiliyyah. Perkahwinan pula dipermudahkan dgn
mengamalkan perbelanjaan kahwin yg murah atau sederhana, dan ini
dimulakan
oleh para pemimpin. Mana2 pasangan yg kurang mampu menanggung belanja
kahwin, Baitul Mal memberikan bantuan atau pinjaman mudah dan
menganjurkan
perkahwinan beramai-ramai utk menjimatkan belanja. Oh alangkah
cantiknya
kalau sistem ini diamalkan… tapi siapakah yg akan melaksanakannya kalau
tidak para pemimpin yg benar2 cintakan Islam dan umat Islam? Malangnya,
hari
ramai pemimpin Islam yg menyelewengkan duit Baitul Mal ke tempat lain.
Sungguh malang kawan kita yg tak ikut perkembangan ini, sehingga
menuduh Pas
tak mampu mendraf undang2 hudud. Sedangkan itu telah dibuat dan
diluluskan
dewan negeri Kelantan sejak 1993 lagi dan datanglah surat rasmi drp
Jabatan
Perdana Menteri pd Febuari (?) 1994 mengancam akan mengambil tindakan
keras
jika Pas melaksanakan undang2 itu atas alasan ia bercanggah dgn
Perlembagaan. Sebaliknya kerajaan UMNO/BNlah yg tak mampu menyediakan
alternatif undang2 Hudud Umno bila mana mereka mendakwa undang2 hudud
Kelantan itu sebg Hudud Pas!
Ttg kawan kita ni ajak kita baca report drp sumber berita org2 kafir,
memanglah kerja mereka nak memburukkan Islam. Mereka pun tahu, jika
hudud
dilaksanakan secara berkesan di negara2 umat Islam, umat Islam akan
aman,
maka Islam pun makin mudah berkembang. Mereka yg kafir tu pun akan
gelisah
bila Islam berkembang dgn pesat, takut2 sistem khilafah akan kembali
semula
menyatukan umat Islam dan mengancam tamadun sesat Barat spt yg pernah
dilakukan oleh Bani Umayyah di Sepanyol sehinga ke sempadan Paris dan
Turki
Uthmaniyyah hingga ke sempadan Vienna.
Sungguh malang kita ada kawan yg tak tahu pergerakan musuh dan amat
berbaik
sangka terhadap 'laporan' musuh terhadap sdr2 Islam kita di Afghan,
Sudan
dan Pakistan. Dlm masa yg sama kawan kita ni amat buruk sangka terhadap
para
ulama, bukan ulama kini saja bahkan semua ulama dimusuhinya termasuk
ulama2
yg dgn ijtihad mereka terbentuk mazhab2. Apa sudah jadi dgn sdr kita
ni?
Amat baik sangka terhadap si musuh kafir, sungguh buruk sangka terhadap
sdr
seIslam. Agaknya inilah kesan pendidikan sekular!
Sekian, wassalam `ala man ittiba`a al-huda