Maklumat beberapa kakitangan JAIS memberitahu, bahawa Boss mereka kini menderita
dan kepanasan.
Sumber-sumber tersebut dan juga di kalangan kaum keluarga beliau, Dato'
Mansor kini memerlukan rawatan luar biasa. Beliau kini dihinggapi pelbagai
penyakit yang sukar di'diagnose'kan oleh pakar-pakar perubatan.
Menurut sumber yang amat sahih, Dato' Mansor kini sedang
menjalani rawatan dengan seorang bomoh untuk menyembuh penyakitnya yang aneh.
Menurut mereka yang memberitahu saya hal-hal di atas, Dato' dikatakan
banyak 'menzalimi' umat Islam di Selangor (terutamanya di Subang
Jaya) dalam mengikuti arahan-arahan orang atasan. Dalam satu sungutan kepada
bomoh yang mengubati penyakitnya, Dato' Mansor mengatakan bahawa beliau
terpaksa menuruti arahan-arahan itu kerana tekanan.
Namun, jawab kenalan bomoh itu, "takkan ikut arahan dengan lebih-lebih
ramai lagi pegawai kerajaan lain baik kanan mahupun bawahan, pun
terpaksa ikut tetapi buat sekadar sahaja dah lah."
Risik lagi
Askariya (17/8/01)