Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


HIPROKIT UiTM TERSERLAH

Sorotan bagaimana sejarah nama Institut Teknologi MARA bertukar kepada Universiti Teknologi MARA merupakan satu kisah yang begitu abstrak untuk ditafsirkan. Kerana keabstrakan inilah maka sukar untuk kita menilai sejauh mana keikhlasan pihak mereka untuk merealisasikan misi dan visi yang telah digariskan.

Pertukaran motto asal UiTM daripada "USAHA JAYA MARA" kepada "USAHA TAQWA MULIA" memberikan satu gambaran positif bahawa misi dan visi UiTM sepatutnya selaras dengan motto tersebut. Kita harus bersyukur jika ini yang dilaksanakan, kerana sekurang-kurangnya, institusi sebegini membantu dalam proses pembentukan masyarakat madani yang mana rohnya bertunjangkan keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH.

Seawal penukaran nama institusi kepada universiti, misi yang pertama telah dilaksanakan dengan pengharaman nama ISLAM terhadap semua persatuan dan pertubuhan di UiTM.Walaupun ramai pihak tidak senang dengan tindakan ini, mereka seolah-olah bodoh, pekak dan bisu dalam melaksanakan misi ini.

Rentetan itulah misi seterusnya telah dilaksanakan dengan penghapusan kokurikulum Asas dan Sosial Islam (ADASI) dimana majoriti daripada pelajar UiTM lebih senang dengan kokurikulum ini kerana mereka sedar bahawa mereka datang dari latarbelakang bukan agama, dan mereka mahu menjadi profesional yang berilmu dan beriman. Maka setelah pengharaman ini, semua pelajar dikerah dan dipaksa untuk menyertai ko-kurikulum KESATRIA dimana inilah salah satu bukti bahawa UiTM menggunakan dasar autokrasi untuk melatih mahasiswa secara militan.

Kesinambungan daripada inilah , maka matapelajaran agama (UIS) turut menjadi mangsa apabila dipendekkan tempohnya daripada 6 semester kepada 3 semester.Tidakkah ini menunjukkan bahawa mereka benar-benar hipokrit dalam melaksanakan misi UiTM yang sebenarnya.

Tidak habis disitu, misi-misi khas telah dirancang dengan sewenang-wenangnya oleh mereka untuk menghapuskan terus unsur-unsur keagamaan bilamana mereka sudah melaksanakan untuk menghapuskan terus PUSAT KEMAJUAN ISLAM BERSEPADU daripada pentadbiran pusat Islam dan kini pusat Islam UiTM seperti rumah kosong yang berhantu bilamana tiada serinya yang terpancar apabila tiba waktu solat, tiada jemaah yang mampu mengimarahkannya dan tiada program untuk mengisi kekosongan jiwa.

Aspek pemakaian juga telah dirombak etikanya, dan mereka sedang hebat membuat provokasi untuk pengharaman pemakaian kopiah dan tudung labuh.

Berita paling terkini daripada UiTM ialah , satu pekeliling telah dikeluarkan dengan tajuk PENANGGUHAN SEGALA AKTIVITI DAN PROGRAM YANG BERBENTUK KEAGAMAAN.Arahan ini dikuatkuasakan serta merta dimana pihak persatuan dalaman,kolej dan semua organisasi adalah dilarang sama sekali untuk menganjurkan aktiviti keagamaan. Isu bekas pelajar UiTM yang terlibat dengan tindakan militan menjadi kambing hitam untuk menangguhkan segala aktiviti keagamaan di UiTM. Ini adalah perkara yang tidak logik kerana , isu tersebut tiada langsung kaitannya dengan UiTM kerana ianya berlaku diluar kampus setelah beliau menamatkan pengajian. Adakah UiTM mampu untuk memastikan mana - mana pelajarnya untuk tidak terlibat dengan sebarang tindakan berbentuk sedemikian.

Persoalannya kini, dalam usaha mereka melaksanakan misi-misi terkutuk ini, kegiatan mungkar terus berleluasa dikalangan warga UiTM dan program -program maksiat dan mungkar terus menjadi kebanggaan mereka tanpa ada satu bentuk pencegahan daripada. Mereka lebih senang dengan aktiviti-aktiviti berkaraoke, konsert mungkar dan sebaginya lagi. Disamping itu , isu-isu pemakaian mahasiswa yang boleh dikatakan ranggi dan ala disko untuk ke kuliah juga terus dibiarkan begitu sahaja.Gejala "coupling" dan penzinaan terus menjadi-jadi,tapi....................mereka tetap dengan jahil dan bodoh mereka. Nantikan bala Allah bilamana kuasa yang ada pada mereka disalahgunakan dalam melaksanakan pemerintahan.

Akmal Syah Zakaria
Diploma Pentadbiran Awam
Fakulti Undang-Undang dan pentadbiran






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com