Assalamualaikum,
Salam sejahtera semua buat pencinta-pencinta keAdilan,dalam kekalutan
sehari dua ini berbagai kenyataan "GILA" terpapar dimana-mana jua
saluran penyibar maklumat penyesat fikiran rakyat yang dahagakan ketelusan
bertambah rakus dihidangkan untuk kita semua.Kekadang Awedonde rasakan
sudah mual,muak dan loya untuk melihat sehingga waktu 8.00 hingga 9.00
siaran tv terpaksa dipadamkan untuk sementara waktu demi menghormati
keAdilan dalam diri sendiri,walaupun jiwa ini mengelodak untuk mengetahui
apa yang dibebelkan oleh pembacanya.
Apa yang Awedonde hendak jelaskan disini,buat ketua penjuang Reformasi
yang agak sebaya dengan Awedonde saudara Ezam menatap apa yang ditulis
di halaman-halaman "fitnah" dan akhbar "Cabaran" Awedonde amat terharu
sekali sehingga boleh berlaku sedemikian rupa.
Untuk tatapan semua,siapalah saudara Ezam itu?Umurnya awal
30an,bersuara lantang dimana-mana pentas politik gaya dan suaranya tidak ubah
seperti DSAI tiba-tiba menjadi buruan dan "makanan" pendurjana .
Entah apa yang terjadi pada kedua anaknya yang amat memerlukan belaian
kasih sayang seorang bapa,menjadi pemangsa pendurjana.Untuk anaknya
Awedonde cuma mampu menasihati "bersabarlah wahai anak-anak,pergi bapa mu
bukan seorang bacul upahan tetapi seorang penjuang tulin kerana selalu
bapa mu ungkapkan walaupun nyawa tergadai namun tunduk pada pendurjana
negara tidak samasekali".
Seorang Ezam ditangkap sejuta diluar masih dapat menggantikannya.Disini
Awedonde amat terasa kehilangan seorang Ezam kerana beliau amat petah
berhujah dengan fakta bukan seperti pemuda AMNO membebel di TV mereka
sendiri tetapi tiada apa-apa makna itu belum dibandingkan dengan
penulis-penulis tidak bergaji dikolum-kolum akhbar mereka,jika ini adalah
fitnah sila rujuk kembali suratkhabar keluaran yang lepas-lepas.
Untuk itu,Awedonde hanya mampu berserah pada Allah semoga semua
pemangsa akta celaka dunia diselamatkan Allah dan senantiasa dalam sejahtera
itulah yang mampu Awedonde perkatakan.
Awedonde(berhati perut)