Bekalan-49 Kementerian Multimedia Tenaga dan Pos
Butiran 5000 - Suruhanjaya Tenaga
Oleh MP Kemaman- YB Abd Rahman Yusof
Pada 7hb. Ogos 2001
Tuan Yang di Pertua,
Disini saya ingin membuat beberapa persoalan mengenai pengeluaran lesen IPP yang telah dikeluarkan dan cadangan pembinaan janakuasa letrik baru yang akan dibina oleh TNB.
Berdasarkan keperluan tenaga sekarang negara memerlukan tenaga dalam lingkungan 8300 megawatts. Negara mengeluarkan 9000 megawatts dengan "excess capacity" sebanyak 700 megawatt. Ini rendah berbanding dengan kebiasaan "excess capacity"" dalam linkungan 30 %. Berdasarkan keperluan tenaga semasa campur dengan "standby excess capacity" dengan izin negara hanya memerlukan pengeluaran tenaga dalam lingkungan 10800 - 11000 mega watts sahaja.
Janakuasa sedia ada boleh mengeluarkan "maximum capacity" sehingga 13000 mega watts. Jika semua janakuasa keluarkan kuasa letrik ke tahap maxima, maka kita ada "excess capacity" sebanyak 2200 mega watts.
Kerajaan bercadang membina lagi 7 janakuasa iaitu 1) Bakun - 500 megawatts, 2) Gawai - 400 megawatts, 3) Jelai - 500 megawatts 4) Manjung - 2100 megawatts, 5) Pulau Bunting - 300 megawatts 6) Perlis - 300 megawatts dan 7) Kedah - 400 megawatts dengan "total capacity" dengan izin sebanyak 4800 megawatts.
Cadangan ini berdasarkan peningkatan kegunaan 10 % setahun. Walaubagaimanapun keadaan ekonomi negara hari ini sudah berubah dan makin mengucup. Sekiranya diteruskan maka pengeluaran tenaga akan berlebihan dan siapa yang akan menanggongnya. Saya harap kerajaan mengkaji semula cadangan pembinaan janakuasa-janakuasa letrik yang baru ini demi menyelamatkan negara dari terus membazir dan menyelamatkan TNB dari lingkup.
Tuan Yang di Pertua,
YTL Power Generation merupakan syarikat yang pertama diberi lesen IPP. Ia mendapat beberapa keistimewaan;
1) Tapak janakuasa letriknya dibina atas tapak tanah yang dikurniakan kepada TNB - Bagaimana pembayaran dibuat kepada TNB atas penggunaan tapak tanah ini..
2) Modal pembinaannya dibiayai oleh KWSP sebanyak RM700 juta untuk pembinaan janakuasa letriknya di Paka, Terengganu dengan kadar faedah yang cukup rendah.
3) Pembelian gas dibiayai oleh TNB.
4) Pembayaran oleh TNB dibuat 2 minggu sekali kepada YTL secara tunai.
5) Harganya cukup tinggi iaitu 15.5 sen untuk satu unit kilowatts
Oleh kerana YTL tidak perlu membiayai "reserve capacity" dan tidak terikat kepada "social obligation" maka kos pengeluaranya lebih rendah dari TNB. Difahamkan kos pengeluaran janakuasa yang dikeluarkan oleh TNB ialah 9 sen untuk satu unit kilowatt. Maka kos untuk YTL jauh lebih rendah lagi.
Dengan kapasiti pengeluaran 800 megawatts di Paka dan 800 megawatts lagi di Pasir Gudang dianggarkan YTL Power Generation mendapat keuntungan bersih diantara RM1.5 billion hingga RM 2.0 billion atau lebih lagi setahun. Setelah lima tahun beroperasi ini bermakna YTL sudah membuat untung diantara RM7.5 Billion hingga RM10.0 billion atau lebih lagi dari TNB.
Apakah kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula perjanjian ini yang amat membebankan TNB. Apa halangan-halangan yang menghalang perjanjian ini dikaji semula. Rakyat tidak sanggup melihat sebuah syarikat awam seperti TNB kerugian akibat perjanjian berat sebelah dengan sebuah syarikat swasta.
Saya juga ingin mengetahui status janakuasa letrik kepunyaan TNB di Pakistan. TNB telah membelanjakan RM1.6 Billion dalam pembinaan janakuasa letrik ini. Apakah kerajaan Pakistan akan membeli letrik yang dijanakan oleh janakuasa letrik ini. Kenapa "partner" TNB dari Amerika Syarikat tidak bersama dalam menghadapi kegawatan yang berlaku diantara TNB dan kerajaan Pakistan.
Sebelum saya akhiri saya minta wakil Rompin mengkaji semula pembinaan kampus Universiti Tenaga di kawasan Rompin. Kursus Pentadbiran Perniagaan mungkin tidak sesuai dibina dikawasan Rompin. Kemaman lebih sesuai kerana dekat dengan janakuasa-janakuasa letrik kepunyaan TNB.
Sekian. Terima kasih.
YB Abd Rahman Yusof
mpkemaman@hotmail.com