Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UNIVERSITI UMNO 2

Ada beberapa maklumat yang hendak dikongsi:

1. UiTM sekarang dah jadi kem askar. Pak guard dengan bantuan SB dan Trafik akan tahan mana-mana kereta dan motor yang diaorang suka dan geledah. SB seperti biasa cari bahan-bahan pro reformasi. Trafik akan periksa lesen dan road-tax. Pak guard akan periksa matrik kad dan background student. Beg-beg studentpun habis digeledah, konon-konon profesional lah gitu...

2. Dolah datang hari ahad lepas. Habis semua aktiviti, program, kena kansel. Kolej Jati sahaja dipaksa untuk hantar 500 orang student. Student nak releks basuh baju dan buat assignment pun terganggu.

3. Berahim Abu Shah dah bincang dengan Dolah untuk singkirkan semua orang-orang yang pro Mahathir. Konon nak buat macam Fauzi di UUM lah. Antara yang jadi mangsa ialah Master Sabree, pakar taekwando kita. Apapun rasakanlah Dato Sabree sebab masa jadi dekan dulu terlampau berlagak dan anti Islam. Sampaikan student Sains Sukan pakai tudung pun tak boleh, dia nak failkan student tu? Apalah nak jadi dengan UiTM nie. Penyingkiran geng-geng Mahathir nie sedang berjalan rancak atas alasan "trimming" dan "merging" antara fakulti.

4. Berahim nie nak tunjuk bahawa dia pandai jaga UiTM. Dia tak nak jadi macam U lainlah kononnya. Jadi diapun buatlah macam-macam agar nampak keUmnoannya. Antaranya ialah mengerah dan mengarah student UiTM untuk bertugas di Persidangan Agung umno. Tak kiralah Persidangan Agung Khas ke, yang tak khas ke, termasuklah semasa penubuhan Puteri umno. Sebab itulah dalam persidangan yang baru lalu, Berahim Abu nie keluar lebih dari sejam di media perdana kononnya untuk menerangkan dasar dan jasa-jasa kerajaan dalam membela orang melayu. Berahim jadi alat untuk umno.

5. Berahim nie juga nak jadi hero. Semua pensyarah dan kakitangan diminta untuk tidak menggunakan warna-warna alternatif dalam majlis-majlis rasmi. Background papan kenyataan tidak boleh hijau dan biru keadilan. Tudung hijau dan biru keadilan juga akan diberi amaran. Yang paling hina sekali ialah dalam majlis rasmi, Berahim boleh minta sampai kalau boleh, kuih gulung (kuih ketayap isi kelapa) yang warna hijau itu diganti dengan kuih lain. Kuih lapis kut? Ada merah putih...

Saya cabar Berahim untuk istihar dia ahli umno dan memang ditugaskan memegang jawatan Vice Chancellor untuk menjaga kepentingan dan kedudukan umno demi masa depan dan survivalnya.

Ketua Pemuda BATU






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]