assalamualaikum.
Mungkin ramai berpendapat prkara ini kecil saja tetapi
cubalah renungkan dosa kecil yang acumulatif selama 10
tahun misalmya ,kalau telah berkhidmat 10 tahun di
wisma negeri Kuala Terengganu.
Hari-hari terpaksa berasak-asak dalam lif dengan
lelaki yang ajnabi. Bayangkan lah lif yang begitu
sempit bercampur baur lelaki dan perempuan . Setakat
manakah daruri nya hari ini walhal kuasa telah ada
ditangan mereka yang hendak perjuangkan daulah islam.
Mungkin sebab dianggap kecil jadi tak nampak. Tapi
sapa nak tanggung dosa muslimat yang setiap hari
bergelumang dalam lif dengan lelaki ajnabi dan tiada
pilihan ni.