Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Bersabarlah Tuan Guru Nik Aziz

Kewujudan ISA sudah lama tidak dipersetujui oleh banyak pihak tetapi yang menjadi persoalannya tahap penolakan itu sendiri. Ada yang menolaknya secara terang-terangan seperti pihak reformasi keadilan dan secara diam-diam dengan alasan masih mengkaji menurut perspektif Islam seperti orang-orang kuat agama yang takut bersuara.

Dua, tiga bulan lepas kita dapat lihat dan dengar penuntut-penuntut pengajian tinggi ditangkap di bawah ISA tetapi dua tiga hari kebelakangan ini beberapa orang yang disyaki pernah melibatkan diri dalam Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) pula ditangkap. Semua ini adalah motif politik. Wujudkah kumpulan sebegini atau pun sekadar gimik sahaja. Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Suka dinasihatkan kepada Tuan Guru supaya bersabar, ini adalah salah satu ujian Allah. Tetapi Allah tetap tahu siapa yang benar dan salah. Allah tidak akan menguji seseorang itu, melainkan mengikut kemampuannya. Hidup ini tidak selalunya indah dan orang bertakwa adalah orang yang cintakan kepada kebenaran. Sebenarnya Haji Mahathir lupa bahawa dia bukan dapat hidup 1000 tahun lagi. Apa gunanya sembahyang 5 waktu kalau sentiasa menyakiti hati sesama umat Islam.

Sebagai saudara sesama Islam marilah kita bersama-sama mendoakan supaya Haji Mahathir dapat petunjuk dan hidayah daripada Allah sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semoga dia berada dalam keadaan bihusnil khatimah dan bukan bisuil khatimah.

ctomyam






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com