Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kerajaan Barisan Nasional harus menghentikan amalan 'Lidah bercadang'

Kerajaan Barisan Nasional harus menghentikan amalan dwistandardnya, di satu sisi menyeru supaya ceramah politik dihentikan sepanjang sambutan Hari Kebangsaan selama sebulan manakala di sisi lain terus meruahkan kepalsuan dan bisa terhadap pihak Pembangkang melalui saluran propagandanya

Petaling Jaya, 17 Ogos – Kerajaan Barisan Nasional harus menghentikan amalan dwistandardnya, di satu sisi menyeru supaya ceramah politik dihentikan sepanjang sambutan Hari Kebangsaan selama sebulan manakala di sisi lain terus meruahkan kepalsuan dan bisa terhadap pihak Pembangkang melalui saluran-saluran propagandanya, khususnya radio dan televisyen.

Sebagai contoh, dalam beberapa hari lepas, DAP telah dijadikan bahan serangan oleh saluran-saluran propaganda Barisan Nasional ini. Namun, DAP bukannya sasaran tunggal. Pada Isnin, semasa siaran berita tengah hari Radio 5 Cina, para pendengar telah diberikan suatu ‘bayangan sekilas sejarah’ tentang peristiwa Hari Kebangsaan ke-44, yang mengatakan bahawa apabila Parti Perikatan ditubuhkan pada 1957, PAS tidak diterima oleh UMNO kerana PAS ‘hendak menafi dan menghapuskan’ harta dan kekayaan orang Cina.

PAS sendiri perlu membalas komentar berita Cina Radio 5 berkenaan tentang soal kebenaran atau kepalsuannya. Akan tetapi, adakah ‘bayangan sekilas sejarah’ berita Cina Radio 5 akan mengingatkan para pendengar tentang Perhimpunan Pemuda UMNO pada Oktober 1987 di mana sepanduk dengan perkataan-perkataan ‘SOAK IT (KRIS) WITH CHINESE BLOOD’ telah dipaparkan dan demonstrasi Pemuda UMNO Ogos lepas yang mengugut untuk membakar Dewan Perhimpunan Cina Selangor di atas permintaan pilihanraya Suqiu?

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah menyeru semua rakyat Malaysia supaya mengenepikan perbezaan-perbezaan mereka bagi menyambut Hari Kebangsaan tanpa halangan perkauman, keagamaan atau politik.

Adalah jelas bahawa beliau telah lupa untuk menujukan seruannya kepada rakan-rakan sejawatnya dalam Jemaah Menteri.

Bolehkah beliau mempastikan bahawa tiada sebarang ucapan Hari Kebangsaan, sama ada oleh Perdana Menteri atau mana-mana pemimpin kerajaan, yang dibuat tahun ini akan memperkecil-kecilkan perpaduan rakyat Malaysia, sebagaimana yang berlaku tahun lepas, bilamana ucapan Hari Kebangsaan Perdana Menteri merupakan salah satu takat paling rendah dalam proses pembangunan Malaysia selama lebih empat dekad?

......................................................
Kenyataan Media oleh Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]