Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


DAP berasa bimbang mengenai cara kerajaan bertindak keras terhadap pelajar

DAP berasa bimbang mengenai cara kerajaan bertindak keras terhadap pelajar dan pensyarah universiti dengan polisi-polisi seperti meritokrasi dan cadangan perjanjian kelakuan baik baru-baru ini

Petaling Jaya, 16 Ogos – DAP berasa bimbang mengenai cara kerajaan bertindak keras terhadap pelajar dan pensyarah universiti dengan polisi-polisi seperti meritokrasi dan cadangan perjanjian kelakuan baik baru-baru ini.

Adalah agak jelas bahawa langkah-langkah ini bersifat politik memandangkan ia bertujuan untuk menyekat pelajar dan pensyarah dengan ketara di atas penglibatan mereka di dalam politik.

Adalah satu fakta juga bahawa baru sekarang kerajaan cuba untuk menguatkuasakan langkah-langkah ini oleh sebab ia menyedari daripada pilihanraya lalu bahawa sebahagian besar bakal pengundi terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedia wujud yang terjejas secara langsung oleh sistem meritokrasi dan masih terpengaruh oleh pensyarah mereka – yang secara tiba-tiba masing-masing mesti ‘berkelakuan’.

DAP membuat seruan kepada Menteri Pendidikan untuk memberikan penjelasan.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kelakuan baik?

2. Siapakah yang menentukan maksud kelakuan baik?

3. Siapakah yang akan menguatkuasakan perjanjian berkenaan sekiranya ia dilanggar?

4. Sama ada pensyarah telah diberikan peluang yang mencukupi untuk memberikan pandangan mereka sebelum disuruh menandatangani perjanjian berkenaan?

5. Apakah yang akan terjadi kepada pensyarah yang enggan menandatangani perjanjian itu?

6. Siapakah yang akan membayar gantirugi kepada mereka bagi tahun-tahun yang mereka akan kehilangan akibat daripada keengganan untuk menandatangani perjanjian yang dipaksa ke atas mereka, sekiranya mereka tidak dapat mencari pekerjaan?

7. Siapakah yang akan menentukan maksud kelakuan baik bagi guru-guru di sekolah Cina dan Tamil?

8. Adakah perjanjian ini akan melibatkan guru-guru agama dan siapakah yang akan menentukan maksud kelakuan baik bagi mereka?

Sudah tentunya terdapat sebab-sebab untuk berasa risau mengenai apa yang kerajaan cadang untuk lakukan melalui langkah agak ‘samar-samar’ ini. Bukankah ia bersifat politik?

DAP tetap berpegang kepada pendiriannya bahawa ia tidak menyetujui demonstrasi ganas. Akan tetapi, mengapakah guru dan pensyarah tidak dibenarkan untuk menghadiri perjumpaan aman untuk bertukar-tukar pandangan mereka mengenai perkara-perkara yang bersifat politik?

DAP menyeru Menteri Pendidikan untuk menumpukan perhatian kepada langkah-langkah yang lebih berguna seperti meningkatkan semangat di kalangan guru di negara. Kerajaan sepatutnya berusaha mencari jalan untuk meningkatkan gaji guru dan menyediakan peluang lebih kepada mereka untuk menguasai mata pelajaran yang mereka minati serta melanjutkan komitmen mereka dalam jurusan masing-masing.

Adalah tidak keruan untuk mencadangkan bahawa guru dan pensyarah akan berkelakuan dengan adanya suatu perjanjian kelakuan baik. Sudah pastinya mereka tahu bagaimana untuk berkelakuan. Sebaliknya, kerajaan harus bertindak dengan lebih berhaluan dan mengesyorkan langkah-langkah untuk mengukuhkan guru-guru kita selanjutnya dan bukannya meletakkan mereka di bawah langkah berbentuk ugutan.

Sepertimana keadaan yang sedia wujud kini, langkah-langkah sedemikian tampaknya bermotivasi politik atau jika tidakpun, tanpa apa-apa asas sama sekali.

DAP mengecam langkah-langkah seumpama itu seandainya ia sekadar bersifat politik.

............................................................
Kenyataan Media oleh Setiausaha Biro Publisiti Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]