Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Veteran Umno ingatkan Khir supaya jangan gelojoh sangat luluskan tanah

Sumbangan:
Laman Detikdaily

SHAH ALAM: Dr Khir Toyo yang menyambut ulang tahun pertama menjadi Menteri Besar Selangor diingatkan supaya lebih telus dan terbuka dalam proses meluluskan tanah-tanah di negeri ini. Khir sendiri mengakui dalam wawancaranya dengan Utusan Malaysia bahawa hampir dua pertiga kerjanya berkaitan permohonan tanah dan projek. "Beliau harus meneliti apa yang dilakukan Setiausaha Politiknya, Dr Karim buat selama ini berkaitan permohonan tanah. Jangan terlalu golojoh sangat mahu mengaut segala kekayaan daripada tanah-tanah yang diluluskan itu," tegur seorang veteran Umno dekat sini yang tidak mahu namanya disebut.

"Semua orang sudah tahu perangai orang keliling Khir yang cukup rakus untuk meraih komisyen dari kelulusan tanah-tanah itu. Exco-exco pun sudah meluat dengan Khir sendiri. Mereka cuma takut nak bersuara.

"Bukan orang tak tahu ada Exco yang berani hempas fail depan Khir, dalam mesyuarat Exco kerana tak puas hati caranya mengendalikan kes-kes permohonan tanah," tambah veteran politik zaman Datuk Harun Idris itu lagi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]