Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Selepas isu enam syarikat yang dapat tanah tapi hanya dikuasai seorang pengarah terdedah, kini isu Talam Holding pula gugat Khir Toyo

Sumbangan:
Laman Detikdaily

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor yang dikatakan cukup ghairah dan gelojoh meluluskan permohonan tanah kini mencari-cari siapa dalang di dalam kerajaan negeri Selangor yang mendedahkan rahsia bahawa beliau meluluskan tanah kepada enam syarikat berbeza tetapi mempunyai pengarah yang sama baru-baru ini.

"Orang-orang kanan Khir cukup terkejut dengan pendedahan akhbar Cabaran dan Detikdaily. Mereka ibarat cacing kepanasan dan gelisah menunggu pendedahan selanjutnya seperti yang didakwa seorang veteran Umno," kata sumber yang dekat dengan Ibu pejabat Umno Selangor.

Bagaimanapun Khir tentunya tidak perlu terkejut kerana hampir semua Exco kerajaan negeri daripada Umno tidak senang dengannya sejak sekian lama, terutama dari segi bagaimana beliau mengagihkan tanah.

"Khir mahu membolot semua kuasa berkaitan pemberian tanah kepadanya. Exco-exco lain langsung tidak dirundingi. Dan tanah di Selangor yang mahal bagaikan emas itu pun bukannya tinggal banyak lagi. Takkan dia mahu makan sorang," tambah sumber itu lagi.

Satu maklumat baru yang dapat dikesan ialah berkaitan Talam Holding dan pembinaan Universiti Selangor. Banyak cerita menarik tentang apa yang Khir dan orang-orangnya dapat daripada taukeh Talam Holding itu ekoran timbal balik kawasan tanah yang begitu luas diberikan kepada Talam.

"Saya cukup terkejut apabila diberitahu Khir begitu gelojoh dan ghairah merebut kekayaan di atas kelulusan tanah-tanah ini. Ramai orang menyalahkan pegawai-pegawai kanan Khir tetapi saya tetap mahu memfokuskan segala penyalahgunaan kuasa ini kepada MB termuda itu," kata seorang pemimpin kanan PAS Selangor.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]