Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Negara Islam Ala Pas ?

Kamu mengunakan pendekatan dan pemahaman Astora Jabat dan Institut Kefahaman Islam Mahathir (IKIM).

Kita yng mengaku pemegang mazhab Imam Shafie rahimakumullah sudah pasti mengikut apa yang dihukumkannya mengikut Al-Quran dan Sunnah. Imam Shafie telah menyatakan "Apabila kamu berhujah dengan ayat Al-Quran dan Hadith dan titentang oleh orang dengan menggunakan 'akal, maka tinggalkanlah mereka bagitu sahaja". Lalu ditanya oleh murid-muridnya "Bukankan lebih baik kita terus berhujah dengan Al-Quran dan Hadith kerana kebenaran terletak disitu dan pasti 'akal mereka tidak dapat menandingi Allah melalui Al-Quran dan Hadith?"

Maka dijawab oleh Imam Shafie, "Sesungguhnya sesiapa sahaja yang menggunakan 'akalnya untuk menentang Al-Quran dan Sunnah, maka murtadlah dia dan terkeluarlah Islam dan imannya serta-merta dan mereka menjadi kafir yang nyata. Oleh itu aku tidak mahu kamu menjadi penyebab manusia sebagini menjadi kafir".

Lihatlah sahaja keadaan umat yang mengaku Islam hari ini seperti fpfrahman, astora jabat, mahathir dan lain-lain yang begitu mudah menangkis Al-Quran dan Sunnah dengan 'akal. Ruangan Bicara Agama oleh Astora Jabat tidak langsung mengandungi nas naqli melainkan hujah 'akalnya yang dangkal.

Mahathir laknatullah mengunakan 'akal Freemason dan Yahudinya dengan mengatakan tidak ada satu negara pun didunia yang menjalankan Hukum Islam maka PAS tidak ada contoh untuk diikuti dalam niat menubuhkan Negara Islam. Mahathir juga mencabar umat Islam beberapa kali "siapa pernah tengok janggut nabi? Mana dia bukti bahwa nabi berjanggut? Mana gambar nabi?" Saya bukan memfitnah sebab kami ada bukti dan rakaman ucapannya.

Bagi Mahathir laknatullah dan penyembah-penyembahnya, sesuatu yang tidak boleh dibuktikan melalui 'akal, mata, teknologi dan fizikal, maka benda itu tidak ujud dan boleh ditolak. He is short of declaring that Allah, Malaikat, Syurga dan Neraka tidak ujud.

Mahathir laknatullah juga mengatakan dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Pertubuhan Kebangsatan Melayu Bersatu bulan lepas "Apakah PAS akan memansuhkan Civil Court dan menggantikan dengan Mahkamah Syariah? Kita tunggu dan lihat PAS memanshuhkan Civil Court nanti!!"

Sedangkan Hukum Jenayah Islam terbahagi kepada 3 kategori iaitu Hudud, Qisas dan Ta'zir. Hudud disebut secara mutlak dan nyata didalam Al-Quran dan terdapat 7 jenayah yang mesti dihukum mengikut perintah Allah. Qisas ialah bunuh dibalas bunuh melainkan dimaafkan oleh keluarga mangsa dan dibayar kifarahnya. Manakala Ta'zir ialah hukum mengikut keadaan kehidupan masyarakat dan zamannya. Takzir ini mengandungi beberapa jilid kitab yang dikarang ulama muktamar sejak zaman-berzaman. Dan (ini yang UMNO tak tahu selama ini.....) Takzir merupakan perundangan Civil Court pada dasarnya melainkan jika Mahkamah Syariah (mahkamah tertinggi didalam Negara Islam) mendapati bahwa terdapaat elemen Hudud atau Qisas didalamnya, maka akan dibicarakan dimahkamah Syariah. Jika tidak, akan dibicarakan dimahkamah Civil.

Maka fitnah dari bapa pemfitnah yang disembah oleh pencacai UMNO bahwa PAS akan memansuhkan Civil Court adalah fitnah jahat yang besar.

Contoh yang boleh menyebabkan Astora Jabat murtad ialah ruangan Bicara Agamanya. Saya menyimpan keratan Mingguan Malaysia tahun 1998 yang menyiarkan jawapannya tentang soalan pembaca mengenai aurat. Dia menjawab bahwa dia telah tinggal berbelas tahun di Mekah dan sepanjang itu dia lihat ramai anak gadis Arab dan anak-anak Sheikh (bukan ulama!!) yang tidak menutup aurat. Oleh kerana kes ini berlaku di tanah Arab, maka Astora Jabat mengatakan "Oleh itu menutup aurat bukanlah menjadi satu kemestian kerana keadaan berubah".

UMNO sudahlah anti-Islam, sengaja tidak mahu faham Islam dan sekarang menyekat segala bentuk ceramah, tazkirah, kuliah dan majlis 'ilmu. Saya masih ingat kenyataan dan surat edaran Ketua Bahagian UMNO Meru 4 tahgun lepas yang jelas menyatakan 'Kejahilan rakyat menguntungkan UMNO'.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]