Orang Amno kini sangat phobia untuk duduk bersama
orang Melayu khususnya orang PAS dan Keadilan.Mereka
takut dan malu sebab tidak ada hujah jika diajak
berbincang.Yang mereka mampu hanya jadi burung kakak
tua. Apa saja Mahafiraun kata,mereka akan ulang
berulang-ulang di kampung-kampung.Burung kakak tua ini
ada berbagai kategori seperti kategori menteri,ketua
bahagian ,ketua cawangan dan ahli bahlol.Kerja kakak
tua menteri beri tahu ketua bahagian Amno,ketua
bahagian kepada ketua cawangan seterusnya kepada
ahli.Ahli Amno telan bulat-bulat.
Tetapi ada orang bukan Melayu,baik Cina dan India
lebih berani mengatakan yang benar walau dia pemimpin
parti MCA dan MIC.
Sebagai contoh,salah seorang Timbalan ketua bahagian
MCA dipantai barat Selangor mengatakan:
1. Jika Malaysia ingin maju dan aman,semua pemimpin BN
terutama Mahafiraun Mahatir,Ling dan Samy kena
berundur diganti dengan yang muda.
2. Pemimpin PAS lebih jujur dan amanah.Dia mengakui
selalu kerumah MB Selangor mulai Mat Taib hingga Khir
Toyo dan juga pernah mengikut rombongan ke Kelantan
dan singgah ke rumah TG Nik Aziz,MB Kelantan.
3. Di rumah MB Selangor,minuman teh tidak pernah
dihidangkan oleh MB tetapi oleh pembantu yang
ramai. Sebaliknya di Kelantan, MB Kelantan,TG Nik Aziz
sendiri yang mengangkat hidangan teh menjamu tetamu
yang hadir.Ia sangat terharu akan layanan yang
diterima daripada MB Kelantan.
4. Semua Exco Kelantan katanya tidak membawa balik
kenderaan kerajaan kerumah masing-masing untuk urusan
peribadi dan parti.Kenderaan ditinggalkan di
pejabat.Sangat berbeza dengan sikap Exco Selangor yang
menggunakan kereta kerajaan seperti milik sendiri dan
buat kerja parti.
5. Mempunyai pandangan supaya MCA juga boleh
mengadakan perbincangan dengan pemimpin PAS untuk
mengetahui dan memahami kerajaan Islam seperti
Kelantan.
6. Berharap orang PAS tidak terus memandang serong
terhadap orang Cina. Hanya pemimpin tingkat tinggi
sahaja yang tidak suka pemerintahan cara TG Nik Aziz.
Sekian untuk renungan pembaca semua.
GEGHAM.