Gerakan Eksekutif Mahasiswa Alternatif (GEMA) memandang serius beberapa perkembangan kurang sihat yang berlaku di UiTM. Keprihatinan ini diperkuatkan lagi dengan sikap pihak pengurusan UiTM yang seolah-olah tampak gelojoh lagi merapu terutamanya dalam menangani isu Taufik Abdul Halim. Apatah lagi, pelbagai dasar yang di kemukakan sentiasa tidak terlepas dari eleman yang berbau ugutan dan berniat jahat terutamanya kepada aktivis siswa UiTM.
Justeru itu GEMA berpandangan bahawa keadaan unstable yang berlaku di UiTM adalah berpunca daripada beberapa kelemahan dalam pentadbiran Naib Canselor UiTM yang mana di lihat - membawa agenda yang songsang dengan penekanan Kerajaan Malaysia dan etika-etika akademik. Tambahan pula, beberapa perubahan posisi penting UiTM dibuat secara drastik dimana telah menempatkan pegawai-pegawai yang langsung tidak berkelayakan di samping ada usaha untuk cuba menyingkirkan pegawai-pegawai yang komited dalam mendukung aspirasi Kerajaan serta Prinsip Tugas.
GEMA juga menyedari, Naib Canselor UiTM sebenarnya sudah sebati dengan sikap hipokrit dan biadap terhadap entiti-entiti penting negara. Bermula dari penderhakaan kepada Insitusi Raja-Raja, meminggirkan Islam, Pencabulan Hak Asasi Manusia, menghina Integriti Makhamah, menentang arahan Parlimen dan semua ini terangkum padu dalam pakej tindakan beliau yang mengharamkan nama Islam, mengurangkan subjek Pendidikan Islam, mengongkong siswa berpersatuan, mengantung Sdr. Rafzan Ramli dan menlenggah-lenggahkan Pilihanraya Kampus tanpa sebab yang kukuh. Ini belum termasuk beberapa lagi rancangan beliau yang cukup tidak masuk akal atau istilah yang lebih tepat lagi, sangat merepek !
Daripada deretan insiden yang dinyatakan, GEMA membuat kesimpulan bahawa masalah UiTM hanya boleh ditangani sekiranya Kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad segera dapat mengesan anasir radikal Naib Canselor UiTM ini dan lantas mengambil tindakan wajar yang bertepatan dengan semangat "menghapuskan musuh dalam selimut". Kegagalan Kerajaan bertindak segera akan memungkinkan situasi di UiTM bertambah kronik untuk di selesaikan. Tindakan tegas seperti menyoal siasat, menyemak prestasi kerja dan menangkap pegawai-pegawai yang songsang dengan aspirasi Kerajaan perlu dibuat bagi mengelakkan keadaan yang lebih mengharukan di UiTM. GEMA mewakili mahasiswa Malaysia merasa amat gembira jika taktik kotor Naib Canselor UiTM untuk merosak kedaulatan undang-undang berjaya dibongkar dan dihebahkan seterusnya beliau dihadap dan dihukumi dengan seadil-adil mengikut perundangan negara.
Sekian,
Salam Perpaduan Untuk Semua.
RA'IZZ MUHAMMAD
Jurucakap GEMA
raizz_gema@yahoo.com