Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


SUHAKAM dalam kajian perbandingan?

Baru-baru ini SUHAKAM sebuah badan suruhanjaya hak-hak asasi Malaysia telah mengeluarkan keputusan siasatannya berhubung kejadian KESAS yang rumusannya telah menyalahkan pihak polis di atas keganasan mereka terhadap rakyat yang mempraktiskan hak-hak mereka.

Seperti yang dijangka laporan setebal 60 muka lebih itu dianggap telah menyimpang daripada definisi hak-hak asasi yang diamalkan oleh kerajaan yang memerintah. Walaupun pada mulanya laporan berkenaan tidak dikritik di awal penerbitannya, tetapi setelah si Mahaprak balik dari Afrika maka berbondong-bondonglah puak-puak pengampu mengambil bahagian menunjukkan daya kreativiti mereka dalam melemparkan kritikan terhadap SUHAKAM.

Si Mahaprak yang terkenal dengan hujah berdasarkan perbandingan, telah membandingkan 'budi bahasa' pasukan polis kesayangan beliau dengan polis di Itali yang dikatakan lebih 'brutal'... dan kita sepatutnya 'bersyukur' dengan sopan santun polis di Malaysia jika dilihat berdasarkan pemikiran perbandingan si Mahaprak berkenaan.

Tidak dinafikan seperti yang ditunjukkan dalam siaran televisyen yang hampir bangkrup itu, polis di Itali nampaknya seolah-olah sepasukan lanun yang menyerang orang-orang kampung seperti di Sabah suatu ketika dulu. Sudah semestinya aksi yang disiarkan itu merupakan scene yang 'terbrutal' sekali dilakukan oleh pihak polis Itali.

Malangnya pemikiran perbandingan si Mahaprak tidak dianuti oleh penerbit di stesen TV tempatan. Mereka gagal untuk menyiarkan aksi polis Malaysia dalam scene yang 'terbrutal' untuk dibandingkan dengan aksi polis Itali.

Kita percaya jika pihak penerbit TV mempunyai asas dalam melakukan analisis perbandingan secara saintifik dengan menggunapakai teknik statistik, sudah tentu rakyat sekeliannya akan mampu menganalisis tahap 'kebrutalan' kedua-dua pasukan polis yang menjadi subjek perbandingan tersebut.

Ketiadaan dan kelemahan perbandingan berkenaan membuatkan rakyat terpaksa membandingkan aksi-aksi 'terbrutal' polis tempatan yang pernah mereka lihat atau alami secara sendirian tanpa sebarang kawalan. Ini akan menjejaskan keputusan analisis perbandingan yang diharapkan oleh si Mahaprak berkenaan.

Rakyat pasti masih ingat bagaimana berbudi bahasanya polis Malaysia menangani kes Memali, penahanan DSAI ala gestapo dan insiden-insiden lain berikutnya dalam gelombang reformasi... dan saya kira pembaca boleh mengagak apakah yang boleh dirumuskan oleh rakyat yang membuat perbandingan tersebut.

Dalam mengajak rakyat terjun dalam bidang analisis perbandingan yang digemarinya, si Mahaprak terlupa untuk mengajak rakyat membandingkan unsur-unsur lain yang tidak kurang pentingnya jika dikaitkan dengan kegiatan kepolisian tersebut, iaitu akta atau undang-undang.

Di Itali, saya berani potong jari kalau ada ISA, tetapi di Malaysia kita ada ISA. Dari satu sudut jika dikatakan polis Itali brutal, rakyat mereka tidak dikongkong oleh ISA. Mereka boleh berhimpun, berceramah, menjual VCD politik dan sebagainya yang tidak boleh rakyat Malaysia buat. Jadi apakah hasil rumusan analisis perbandingan si Mahprak berkenaan jika faktor ini turut diambil kira?

Salah satu hujah yang boleh dikatakan popular walaupun tidak logik yang sering digunakan si Mahaprak dan konco-konconya ialah berkenaan acuan. Acuan yang dimaksudkan bukanlah acuan kuih, tetapi acuan budaya tempatan atau kata lainnya yang sering digunakan oleh para akademis IPT penjilat yang semakin popular kerana sering keluar TV, iaitu jati diri.

Kata mereka SUHAKAM telah melihat kejadian KESAS dan tindakan polis terhadap para pehimpun menggunakan acuan Barat, bukannya acuan tempatan. Mungkin itulah sebabnya rumusan SUHAKAM telah menyebabkan polis kelihatan bersalah sedangkan mereka kononnya telah bersopan santun berdasarkan acuan tempatan meredakan perhimpunan tersebut.

Gelihati saya bila mengenangkan akan 'geniusnya' hujah si Mahaprak dan konco-konconya berkenaan acuan tersebut. Terbayang di kepala saya bagaimana acuan kuih baulu seolah-olah menghempap kepala otak mereka yang penuh berselut itu.

Jika diambilkira akan tindakan polis terhadap pehimpun KESAS tersebut sebagai mengikut acuan tempatan dan sudah semestinya dianggap bersopan-santun berdasarkan perspektif ini, apakah pulak salahnya para pehimpun berkenaan jika dibandingkan skala kesopanan yang ditunjukkan oleh para polis kita?.

Menghormati daya intelektual para pembaca reformasi sekelian, saya tidak ingin menggunakan hujah berdasarkan acuan tempatan yang dibangga-banggakan oleh penyokong Mahaprak untuk isu ini. Sebaliknya marilah kita lihat dari sudut yang lebih intelek untuk membincangkan rasional mengapa polis kita sebenarnya bersalah berdasarkan laporan SUHAKAM.

Jika dilihat dari penubuhannya, SUHAKAM berperanan mengawasi perjalanan hak-hak asasi rakyat di bumi Malaysia berdasarkan peruntukan-peruntukan perlembagaan yang dipersetujui oleh semua pihak termasuk si Mahaprak semasa penubuhan negara ini. Perlembagaan Malaysia dijadikan kayu pengukur (scale of measurement) oleh pihak SUHAKAM dalam membuat penilaian tentang hak-hak asasi rakyat yang dimaksudkan. SUHAKAM pula telah ditubuhkan dengan akta tersendiri yang diluluskan dengan pengetahuan dan persetujuan ahli dewan termasuklah si Mahaprak ini dulu.

Dalam konteks ini kita semua sudah tentu maklum yang perlembagaan Malaysia yang dimaksudkan tersebut bolehlah dianggap acuan walaupun ia berbentuk buku tidak seperti acuan kuih baulu tadi. Saya percaya SUHAKAM telah menggunakan 'acuan' ini dalam menyediakan laporannya yang diterbitkan minggu lalu.

Hujah yang mengatakan SUHAKAM telah menggunakan acuan barat oleh puak-puak berotak selut berkenaan hanyalah boleh diterima sekiranya SUHAKAM telah menggunakan perlembagaan AS atau sebagainya di negara di barat dalam menyediakan laporan mereka. Kalaupun tidak SUHAKAM ditubuhkan menggunakan peruntukan perlembagaan negara lain. Jika benar SUHAKAM sedemikian, maka suruhanjaya ini tidak sah dan laporannya boleh ditolak.

Bagaimanapun realitinya tidak begitu. Yang menggunakan acuan barat atau tidak beracuan langsung sebenarnya ialah puak-puak penyokong Mahaprak. Mereka inilah yang sepatutnya ditolak bukannya SUHAKAM. Rasional yang membolehkan mereka ini ditolak dibuat berdasarkan dua faktor :

1. Golongan ini tidak tahu apa itu acuan atau tidak faham acuan yang boss mereka maksudkan tersebut (sebenarnya acuan tersebut adalah Mahaprak sendiri.. lihat hidungnya);

2. Golongan ini tiada atau tidak tahu menggunakan otak selut yang mereka miliki. Mereka sepatutnya bersyukur kerana memiliki selut di otak jika dibandingkan dengan golongan reformis yang meletakkan selut di belakang jamban sahaja.

Akhir kata saya berharap pembaca semua dapat memahami 'kuliah' berkenaan teknik-teknik 'comparison study' yang sebenar jika dibandingkan dengan teknik kelentong si Mahaprak tadi.

Sekian, teruskan perjuangan.
Allahhuakbar!

..::: http://www.hackerzparadize.f2.com :::..






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com