Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Masih terdapat emas di Lubuk Mandi

Kerajaan negeri yakin masih terdapat emas yang boleh dicarigali di kawasan Lubuk Mandi berasaskan kepada laporan yang disediakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia negeri, Dato' Mustafa Ali berkata, hasil kajian menunjukkan 30 kawasan potensi emas di negeri ini di mana Marang adalah daerah yang paling berpotensi bagi emas primer dan emas plaser.

Jelasnya, walaupun kawasan Lubuk Mandi adalah tinggalan lombong tetapi masih lagi terdapat emas di lapisan atas kun (plyltite) yang terletak di antara 4.5 hingga 7.5 meter bawah permukaan bumi.

Beliau juga memberitahu bahawa kerajaan negeri tidak berhasrat untuk memberhentikan sekarang kerja mencari emas di kawasan itu setelah terbukti bahawa usaha-usaha yang dilakukan oleh pencari dan kerajaan tidak sepadan dengan hasil yang diperolehi kerana kawasan kerja sekarang adalah fasa pertama yang masih di peringkat percubaan.

"Beberapa cara kerja yang efisyen untuk memberi pulangan kepada kerajaan dan pendulang telah dirancang dan akan dilaksanakan," ujarnya semasa menjawab soalan wakil Seberang Takir, Dato' Abdul Rashid Ngah.

Ketika menjawab soalan wakil Ajil, Rosol Wahid, beliau memberitahu, berdasarkan rekod yang ada, sehingga sekarang tiada satu pun hutan simpan kekal yang telah diwartakan di negeri ini yang telah dikecilkan sempadannya untuk tujuan pembalakan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]