Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PAS komunis: Jangan ulangi kegagalan Mahathir

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Hrkh) - Langkah Presiden Gerakan, Lim Keng Yaik mengaitkan PAS dengan komunis akan menemui kegagalan sebagaimana gagalnya Dr Mahathir mengaitkan Suqiu dengan komunis sebelum ini.

Ketua Penerangan PAS, Azizan Abdul Razak berkata, mana ada logiknya sebuah pertubuhan yang beragama dikaitkan dengan satu gerakan yang anti agama seperti komunis.

"Dia cuba menakutkan orang Cina kepada PAS setelah melihat kecenderungan orang-orang Kristian, Buddha dan Hindu sekalipun untuk memahami PAS," katanya kepada Harakah.

Sehubungan itu, Azizan meminta semua rakyat negara ini melihat dan mengenali PAS secara dekat dan buatlah penilaian terhadaop PAS berdasarkan pemerhatian mereka sendiri bukannya dari kacamata musuh PAS.

"Bagi saya, ini adalah kebimbangan Lim Keng Yaik kalau-kalau kehilangan pengikutnya sahaja. Dia sudah tertinggal keretapi sebenarnya.

"Ketika semua orang bercakap soal hak asasi manusia, hak untuk dibicara secara terbuka, hak untuk bebas beragama, dia masih lagi cuba melebelkan orang dengan pelbagai lebel dan terpengaruh dengan tindakan Umno yang kehilangan pengaruhnya sekarang," kata Azizan.

Menurut Azizan, tindakan kerajaan menggunakan ISA untuk menahan pihak yang dikatakan militan ini menunjukkan apakah sebenarnya tujuan kerajaan itu.

"Kalau dia jujur, hadapkan semua mereka yang ditahan di bawah ISA itu di muka pengadilan, bukannya cuba melebelkan orang dengan pelbagai unsur negetif tanpa memberikan buktinya dengan tindakan tersebut.

"Jangan merendahkan pemikiran rakyat negara ini," kata Azizan lagi kepada Harakah.

Azizan memberikan analoginya tentang apa yang berlaku kini.

Menurutnya, beberapa penyokong PAS di tahan bawah ISA kerana berjuang bersama mujahidin menentang komunis Soviet di Afghanistan.

Di tanah air pula, kerajaan menggunakan ISA yang diperkenalkan oleh British dulu untuk menghadapi komunis untuk menangkap mereka yang melawan komunis.

"Yang si Lim Keng Yaik ini pula datang kata PAS komunis. Mana betul ni," kata Azizan.

Azizan juga memberikan amaran kepada Lim Keng Yaik, dalam keghairahannya menyerang PAS itu jangan sampai menyerang Islam.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]