Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Lee Kuan Yew Celupar Lagi

Bismillah.

Kali ini beliau menyerang PAS pula dan lagi. Memang dari dulu, PASlah yang beliau takuti berbanding dengan parti pembangkang lain di Malaysia. Takutnya beliau kepada PAS ini samalah dengan takutnya Mahathir kepada parti Islam ini.

Katanya semalam bahawa kalau PAS masih tidak dapat memperoleh sokongan bukan Islam, dan apabila PAS berkuasa nanti, tentu berlaku kacau-bilau, seterusnya rantau ini akan kacau sama.

Pelik juga...bagaimana PAS nak memerintah negara kalau tidak turut mendapat sambutan bukan Islam? Kalau sekarang ini PAS masih dikatakan tidak mendapat sambutan menyeluruh bukan Islam, namun hakikatnya PAS terus bekerjasama dengan Keadilan, PRM dan DAP untuk mendapat kuasa. PAS sedar untuk mendapat kuasa dalam waktu terdekat ini, perlu wujud satu gabungan dengan faksi yang boleh diterima bukan Islam. Kemenangan gabungan ini pastinya akan membawa kepada perkongsian kuasa secara bersama. Maknanya, untuk PAS sahaja yang berkuasa dalam negara ini, memang tidak nampak langsung kemungkinannya akan berlaku dalam waktu terdekat ini. Jadi apa yang apek tua ni takut sangat?

Sebenarnya inilah satu lagi contoh orang-orang yang telah dirasuk Islamophobia. Secerdik mana dan sebanyak mana pun pengalaman seseorang di dalam sesuatu bidang ilmu atau pemerintahan, apabila dihinggapi Islamophobia, kecerdikan dan keintelektualannya hilang dalam sekelip mata. Analisa mereka mula menyerewang tak tentu arah.

Tetapi pesakit-pesakit Islamophobia ini berlainan sebab dan puncanya dengan pesakit yang sama di tempat lain, walaupun asasnya serupa, iaitu takut hilang kepentingan diri.

Apek tua ini (apek: sebab tak ada standard, dan tua: sebab dah nak mamp*s) sendiri mengakui bahawa beliau lebih senang berurusan dengan UMNO sebab sejak dulu lagi (40-an katanya) beliau sudah mula berurusan dengannya. Takpalah, memang begitulah adatnya manusia ini. Kita lebih senang berurusan dengan orang yang sudah kita biasai.

Tetapi apakah kerana itu sahaja sebabnya maka beliau lebih senang dengan UMNO? Atau apakah tidak lebih tepat lagi kalau kita katakan bahawa beliau lebih senang dengan UMNO daripada PAS/BA kerana sejak sekian lama, mereka berdua sudah terbiasa dengan konsep "I scratch your back, you scratch mine"? Cumanya dalam mengamalkan konsep tersebut, nampaknya si apek tua ini yang lebih banyak mendapat menfaatnya dari si mamak tongkang.

Begitu banyak hak rakyat negara ini telah dihadiahkan kepada rakyat sebelah sana sejak sekian lama. Dan yang paling kontroversial sejak kebelakangan ini ialah tanah di Johor, yang kemungkinan besar akan lenyap dari pegangan anak bumi ini dalam masa satu dekad lagi. Kita semua sudah maklum bagaimana seorang polis berpangkat korporal sahaja di sana sudah boleh membeli sebuah rumah teres dua tingkat di Johor, dengan gaji lumayannya (tanpa rasuah) dan peraturan longgar pembelian hartanah di negara ini kepada orang asing.

Dari segi "kerjasama" ketenteraan pula, kapalterbang pejuangnya sudah berapa kali menceroboh ruang angkasa sini. Sepatutnya sudah lebih 10 buah jet tersebut ditembak jatuh sahaja, tetapi hairan juga sehingga kini semua beritanya lenyap begitu sahaja.

Siapa tidak tahu bahawa amalan "scratching" itu akan mula dimainkan oleh kedua-dua buah negara menjelang sahaja pilihanraya umum. Satu isu akan diletupkan oleh masing-masing pihak untuk menyemarakkan semangat patriotik yang kosong tanpa tujuan di kalangan rakyat agar mengundi semula parti pemerintah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan, yang sebenarnya tidak tergugat sedikit pun sebelum pilihanraya itu.

Kita kerap juga terserempak dengan kereta-kereta mewah sebelah sana yang menuju ke arah sebuah bukit di Genting. Ehm..apa agaknya nasib bukit tersebut dan aktiviti yang berkaitan dengannya apabila "PAS berkuasa"? Itu kan pusat perjudian antara yang terbesar di rantau Asia? Terang-benderang setiap malam dalam perjalanan ke Taman Melewar, mungkin juga akan malap terus apabila "kejadian yang tidak diingini" itu berlaku. Taukey judi kan sinonim saja bunyinya dengan calon pilihanraya, khususnya dalam BN?

Yang jelasnya, si Apek tua ini lebih senang berurusan dengan UMNO kerana UMNO adalah lambang rasuah negara. Bagi saja wang pada UMNO, tentu dapat tanah, air, udara, manusia dan sebagainya. Kalau PAS yang berkuasa bersama BA, tamatlah riwayat kesenangan itu. Mungkin boleh lumpuh juga sebahagian besar daripada tulang belakang negarabandar itu yang sekian lama bergantung kepada kelonggaran beberapa peraturan negara ini. Sebagaimana lumpuhnya England dan Soviet sebagai satu kuasa besar dunia apabila terbebasnya jajahan-jajahan takluknya.

Kuan Yew sedar nasib malang yang bisa menimpa negaranya berdasarkan nilaiannya yang bergantung kepada simtom Islamophobianya. Sebenarnya Singapura boleh menjadi semakin makmur jikalau berurusan dengan sebuah negara jiran yang jauh lebih bersih dan cekap pentadbirannya. Tetapi beliau lebih memilih sebuah kerajaan yang rasuah dan tidak popular sebagai rakan sepemerintahannya. Inilah yang memelikkan banyak pihak. Dan dari sinilah kita tertanya-tanya, apakah yang telah berlaku di belakang tabir kini dan selama ini di antara dua parti yang memerintah dua negara ini sehingga Kuan Yew sanggup membuat pilihan yang tidak rasional ini dan dipandang sebagai sudah nyanyok.

Semua orang tahu keakraban Singapura dengan Israel, pembunuh orang Arab dan bangsa paling tidak beradab dalam dunia itu yang mahu diajak berkriket di sini untuk tujuan dakwah, kunun. Tukang baca politik dan ketenteraannya memanglah puak bangsat ini seawal tercabutnya daripada Tanah Melayu dulu lagi. Apakah kata-kata yang diucapkan oleh apek tua ini telah didiktatkan oleh puak pembunuh ini, langsung hilang segala nilai keintelektualannya? Sebab memanglah puak bangsat inilah yang sebenarnya merasa tergugat dengan kemenangan PAS dan BA, lebih daripada si apek tua itu.

Kemenangan PAS dan BA akan menyebabkan kebanjiran pengaruh Islam ke seluruh Nusantara dan Singapura khususnya. Dalam keadaan sekarang ini pun, pengaruh Islam sudah terserlah di sana. Permintaan untuk ke sekolah agama dilaporkan begitu tinggi sehingga terpaksa dikawal oleh pemerintah. Fenomena sebegini tentu akan lebih menyukarkan usaha pemurtadan oleh Persatuan Melayu Kristian Singapura ke atas umat Melayu Islam, contohnya. Bayangan KMM juga mungkin akan menyerap masuk, dan oh, entah apa lagi yang ditakuti oleh mereka itu mengenai Islam.

Kesombongan Lee Kuan Yew sudah begitu sekali hebatnya apabila beliau dilaporkan pernah berkata satu ketika dahulu bahawa jikalau PAS berkuasa di Malaysia, tentera Singapura akan menyeberangi Tambak Johor. Mungkin untuk membeli-belah kot? Kita sangka baiklah.

Tetapi satu senda yang sentiasa dalam nostalgia ambo apabila seorang sahabat sekuliah dari Indonesia menyuarakan pandangan beliau mengenai kesombongan Lee Kuan Yew ini, katanya: "Ellleh...kalau dibariskan kesemua rakyat Malaysia dan Indonesia di sekeliling pulau itu, dan dikencingkan, tenggellem!"

Salam,

HC

...................................................
Petikan Forum Gerak Reformasi






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]