Pada 16.7.2001 Noh Omar ,Ahli Parlimen Tg.Karang
berkunjong ke Surau Kg.Sg.Kajang
Baru,Tg.Karang,Sel.Kunjongan-nya hanyalah
semata-mata untok mengulangi amaran dan ancaman
kepada pendudok Kg.Sg.Kajang Baru yang kebanyakanya
menyokong BA.
Pendudok kampong ini adalah pendudok yang tinggal di
tanah simpanan JPS sejak zaman Datok
Kamaruzzaman.Dengan kuasa politik dan untok meraih
undi ,Datuk Kamaruzzaman telah membenarkan mereka
tinggal dikawasan resef JPS itu.Walau bagaimanapon
Datok Kamaruzzaman bersikap lebih jujor kepada
pendudok ini,dengan menyatakan bahawa mereka boleh
tinggal di tanah resef ini selagi tidak di usir oleh
JPS .Tanah ini tidak akan diberi hak milik (geran )
atau tanah TOL ( Lesen tumpangan sementara) sebab
tanah resef JPS.
Tetapi olih kerana Umno kalah di DUN Sg.Burung
ditangan Datuk Hasan Ali (PAS) maka pendudok ini telah
diancam dan diberi amaran olih Noh Omar.Noh Omar
sangat cemas dan panik atas kemenangan Datuk Hasan Ali
di S.Burung.
Olih kerana itu, atas dasar MALAYSIA BOLEH,maka Noh
Omar telah memaksa pejabat Tanah Kuala Selangor
mengeluarkan lesen TOL keatas tanah resef JPS ini
kepada pendudok tepi parit JPS.Adalah dipercayai
bahawa resef JPS Tg.Karang adalah satu-satunya tanah
yang diluloskan pejabat tanah untuk TOL
.Tempat-tempat lain belom pernah berlaku.
Justeru itu Noh omar telah terus mengancam penerima
tanah TOL ini bahawa:
a). Tanah lesenTOL ini diberikan hingga 2004. Bayaran
tahun pertama RM 100.00 dan tahun berikutnya RM 80.00.
b). Mereka akan terus diawasi olih ketua-ketua
cawangan. Sesiapa yang menyokong BA akan ditarik balik
lesen TOL.
c). Kiranya ia ( Noh Omar) kalah pada pilihan raya
2004,TOL ini akan ditarik balik.Kiranya dia
menang,pendudok tanah TOL tersebut akan diberikan
geran.
Kasihan penyokong Umno.Tiap kali berjumpa pemimpin
Umno khususnya Noh Omar, mereka sama ada diberi amaran
jika tidak sokong Umno atau mereka ditipu hidup-hidup
supaya sokong Umno.
Kepada penduduk tanah resef JPS,cuba-cubalah
bertanyakan kepada pegawai tanah Kuala Selangor
apakah janji-janji bahawa tanah resef JPS boleh
dikeluarkan geran oleh pejabat tanah mengikut
undang-undang. Jangan jadi seperti pendudok Kg.Kunci
Air Buang,Tg.Karang,pilihanraya demi pilihan
raya,janji Umno untok berikan geran tanah masih tak
jadi kenyataan.Janji tinggal janji , tanah Kunci Air
Buang tetap tak dapat geran sebab kawasan tanah
adalah tanah resef JPS dan kawasan tadahan air.
Datok Kamaruzzaman sekolah lulos darjah 6, jadi wakil
rakyat tidak berani tipu rakyat.Noh Omar, lulos
undang-undang,jadi wakil rakyat berani tipu rakyat dan
tipu undang-undang tanah.Tradisi Umno,dulu,kini dan
selamanya.
Kampong.