Nampaknya umno...dulu,kini dan selamanya haprak menggunakan pelbagai kaedah dan jentera kerajaan untuk menghalang dan menggagalkan kebangkitan rakyat. Jentera kerajaan yang terang-terang (tanpa punya rasa malu ) diperalatkan dan diperkudakan ialah pasukan polis. Mereka gunakan polis (SB) mengintip gerak-geri dan perancangan kita. Mereka gunakan polis untuk menakut-nakutkan dan membelasah kita walaupun tidak seorang polis pun yang pernah kita jentik jauh sekali dipukul. Mereka gunakan polis mereka-mereka tuduhan palsu bertujuan untuk mengaitkan kita dengan keganasan dan militan. Polis digunakan untuk menangkap dan seterusnya mengISAkan pejuang-pejuang rakyat. Dan yang terkini polis digunakan untuk menghalang dan mengharamkan ceramah- ceramah kita. Memang polis ( norian mai ) dan ' Si haprak ' juga ' Si jahat ' benar-benar manusia muka tembok. Langsung tidak punya rasa malu kepada rakyat. Dia sangka rakyat
Malaysia semuanya macam ahli umno, punya mata tapi tak melihat, punya telinga tapi tak mendengar dan punya mulut tapi bisu.
Saya sedang membaca semula sejarah Nabi Muhammad. 10 tahun setelah diangkat menjadi Nabi dan Rasul dua ' figure' penting dalam perjuangan baginda meninggal dunia . Mereka ialah pamannya Abu Thalib dan isterinya Siti Khadijah.Untuk menguatkan semangat baginda dalam menegakkan seruan Allah , maka Allah mengangkat baginda ke langit.
Di Malaysia kita terpaksa menghadapi tekanan, ancaman dan kezaliman para penguasa umno. Mereka ini tak ubah kaum Quraisy yang menggunakan apa cara sekalipun menghalang dakwah Nabi. Segala yang terlintas dalam otak mereka yang dikira menguntungkan umno akan mereka gunakan. Soal ' maruah ' dalam benak 'Si haprak ' ,
'Si jahat' dan pengikut-pengikut tidak timbul . Matlamat menghalalkan cara. Sewaktu pilihanraya kecil Lunas sibuk dengan isu pengundi hantu. Lalu seorang teman mengajukan persoalan ini kepada ketua cawangan umno di tempatnya untuk mendapatkan
reaksinya. Jawapannya ialah " Biasalah tu . Janji kita menang !" Oleh itu adalah sia-sia kita membahaskan soal ' maruah ' dengan orang-orang umno. Adalah sia-sia kita mengingatkan mereka akan dosa dan balasan di akhirat nanti . Hati mereka telah tertutup.
Bagaiman pemimpinnya begitulah pengikutnya. ' Bapak borek anak rintik . '
Kadangkala rasa buntu dalam menghadapi mereka. Mampukah kita bertahan ? Atau akan
mengendorkah semangat kita ? Sama-samalah kita renungi bersama .
Keris Taming Sari