Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


2001 – ISA ( Ikut Suka Aku ) MAHATHIR YANG MERBAHAYA

Semuanya bermula dari keputusan pilehanraya kecil DUN Lunas. BN kalah dan BA menang. Ini adalah satu tamparan hebat kemuka mahathir seperti hidungnya yang besar terkena penampar Jepun semasa bangsa itu menakluki Malaya dulu. mahathir tentu tahu bagaimana dikatakan penampar Jepun. Mahathir dengan parti BN/UMNO amat yakin boleh memenangi pilehanraya tersebut kerana strategi penipuan. Tetapi kecekapan BA dan Keadilan yang diketuai oleh Ezam Mohd Noor menyebabkan terbantutnya rancangan mahathir. Rancangan penipuan seperti kesemua rancangan yang diamalkan oleh mahathir dalam mana mana pilehanraya samaada kecil atau umum. Dari saat inilah mahathir mula tersedar yang dia telah ditipu oleh kuncu kuncunya yang dikepalai oleh dollah bedwi dan syed razak Menteri Besar Kedah. Mereka telah memberikan lapuran perjalanan kempen pilehanraya yang menyenangkan hati mahathir tetapi semuanya tipu belaka.

Lunas adalah ‘Black Memory’ bagi mahathir, dia mula sedar bahawa rakyat Malaysia telah mula menolak kepimpinannya. Kalau dulu dia boleh berharap kepada undi kaum cina tetapi mulai saat itu orang orang cina sudah bosan dan meluat kepada ‘auta kelingnya’. Lidahnya terlalu banyak cabang. Dia sudah nyanyok. Yang paling membuatkan dia resah dan tercabar ialah orang orang melayu juga sudah tidak percaya kepadanya lagi. Sudah sekian lama orang orang melayu buat buat lupa atas apa juga yang dikatakan olehnya, apa yang dijanjikannya, apa yang dilakukannya, sudah tiba masanya orang melayu orang orang cina melunaskan semua perasaan mereka di Lunas.

Sepanjang bulan bulan Januari hingga April tahun 2001, pelbagai kontroversi telah timbul yang membabitkan mahathir dan Malaysia. DS Anuar Ibrahim yang mengalami kecederaan akibat latihan tinju rahim noor, bapak anjing peliharaan mahathir semakin menjadi kritikal dan memerlukan rawatan segera. Mahathir dengan penuh angkuh masih tidak mahu membenarkan DS Anuar Ibrahim mendapatkan rawatan diluar negara. Alasan yang diberikan oleh mahathir ialah DS Anuar Ibrahim tidak akan kembali menjalani hukuman penjara setelah mendapatkan rawatan. Dia sebenarnya memang berharap supaya DS Anuar tidak kembali ke Malaysia dan dia amat bimbang sekiranya DS Anuar kembali ke Malaysia selepas mendapat rawatan. Ini akan memusnahkan kredibilitinya di mata rakyat Malaysia dan masyarakat dunia. DS Anuar akan dipandang sebagai wira agung oleh rakyat Malaysia malah sekarang pun beliau adalah wira rakyat Malaysia.

Pada 18 Januari 2001, Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong telah membuat satu kenyataan berhubung layanan kerajaan Singapura kepada orang orang melayu yang didakwanya mendapat dari layanan lebih baik dari yang diterima oleh orang melayu di Malaysia. Kenyataan PM Singapura ini menjatuhkan kemaluan mahathir. Ramai menteri terutamanya syed hamid albotak dengan kedeke salam dan mangkuk hayun mahathir bertindak menyanggah kenyataan itu. Pada masa yang sama juga BA/PAS dan Keadilan terus menerus membuat tekanan kepada mahathir dengan merancang untuk mengadakan lebih banyak perarakan dan perhimpunan raksasa. Sokongan dari orang melayu dan semua masyarakat Malaysia kepada BA dan Keadilan serta PAS semakin bertambah. Setiap kali perhimpunan akan menjangkau ratusan ribu kehadiran penyokong. Perhimpunan oleh BA ini telah melemahkan semangat orang orang UMNO. Mereka tidak berkeupayaan untuk membuat serangan balas. Semua agenda perhimpunan oleh BN/UMNO menghadapi kegagalan. Keadaan bertambah mencemaskan mahathir apabila Keadilan merancang untuk mengadakan perhimpunan besar besaran bagi menyambut ‘The Black 14’, hari DS Anuar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara kerana tuduhan nyanyok dari mahathir.

Dalam kegelisahannya sambil memujuk rayu kepada orang ramai supaya tidak menyahut seruan BA/Keadilan, pada 11 April 2001, mahathir telah memulakan siri keganasan Kerajaan kepala taiknya keatas parti yang membangkang dengan melaksanakan akta ISA. Maka bermulalah siri akta IKUT SUKA AKU. Sepuluh orang telah diserkap oleh anjing anjing cawangan khas atau singkatannya SB. Ezam Mohd Noor, Saari Sungip, Tian Chua, Hishamudin Rais, Dr. Badrul Amin,Lokman Adam, Pak Din, Raja Petra Kamarudin, N.Gobalakrisnan, dan Ghani Harun. Dua yang terkemudian ini dibebaskan oleh keputusan hakim Mahkamah Shah Alam yang prihatin sementara Pak Din dan Raja Petra dibebaskan tanpa syarat. Enam orang lagi telah diberi cuti rehat untuk bersantai di ‘The Palace’ milik mahathir’ di Kemunting.

Alasan penangkapan dan penahanan kesemua mereka ini ialah cubaan mengulingkan kerajaan secara kekerasan dengan menggunakan bom tangan, molotov cocktail dan rocket launcher dan berpakat dengan puak puak militan pembebasan Pattani diselatan Thailand dan GAM di Acheh Indonesia.

Siri kedua keganasan akta ISA mahathir ialah penangkapan keatas dua orang pelajar IPTA. Mahathir mengambil kesempatan dari kejadian kebakaran Dewan Tunku Cancelor, UM. Untuk bertindak. Presiden Persatuan Perwakilan Mahasiswa UM (PPMUM) Mohd Fuad Mohd Ikhwan dan Kharil Anuar adalah mangsa mahathir kali ini. Para pelajar IPTA sebelum kejadian ini telah membantah penggunaan ISA keatas reformis dengan mengadakan demontrasi disekitar Kuala Lumpur. Mahathir juga mengambil kesempatan peristiwa kebakran DTC, penangkapan dua pelajar IPTA bagi memulakan agenda untuk mengugut orang orang melayu dan bakal bakal pelajar IPTA dengan sistem meritokrasi yang sekian lama dipertahankan oleh UMNO. Kekecewaan mahathir kepada orang orang melayu semakin terserlah baik yang tersirat atau yang tersurat pada dirinya. Dia masih tetap dengan kepala batunya untuk meneruskan agenda busuknya walaupun banyak pihak termasuk pemuda UMNO membantah hasratnya.

Siri ketiga keganasan akta ISA ini diteruskan lagi dan pada Jumaat 4 Ogos 2001, 10 orang lagi telah diserkap, kali ini terdiri dari Ketua Ketua Pemuda PAS telah ditahan di bawah akta ISA atas tuduhan terlibat dalam Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM). Nik Adli Dato' Nik Abdul Aziz (Kelantan), Noor Ashid Sakid (Johor), Ahmad Pozi Darman (Johor), Abu Bakar Che Doi, Asfawani Abdullah, Zainun Ismail (Kedah), Tajuddin Abu Bakar (Perak), Solehan Ghafar dan Alias Ngah (Terengganu).

Alasan penangkapan dibawah akta ISA siri ketiga ini seperti yang dituduh oleh oleh Inspektor-General Polis, IGP Norian Mai bahawa "Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM)" (yang tidak pun wujud sebelum ini) mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan ahli DUN Lunas Dr.Joe Fernandez tahun lalu, juga dipercayai (belum pasti) bertanggungjawap keatas pengeboman sebuah gereja dan tokong hindu dan serangan keatas balai polis Guar Cempedak pada 4 Februari 2001 yang lalu dan rompakan bersenjata disebuah bank diPetaling Jaya.

Kesemua tuduhan yang dikemukakan oleh IGP norian mai ini merupakan kes kes yang diketegorikan sebagai jenayah dan lebih tepat lagi jika pertuduhan mengikut akta akta yang tepat dengan perlakuan jenayah itu. Kenapakah dan perlukah tindakan penangkapan dan penahanan mereka ini diletakkan dibawah akta ISA yang kejam dan dikecam oleh seluruh masyarakat dunia ini.

Apakah mahathir, dollah bedwi dan norian mai benar benar boleh menyakinkan rakyat negara ini dan seluruh masyarakat antarabangsa bahawa semua kejadian kejadian yang disebut itu bukannya satu fabrikasi skrip yang direkacipta oleh pihak pihak yang tertentu untuk kemudiannya disandiwarakan untuk tujuan politik taik umno/bn. Apakah terdapat bukti bukti awal yang membolehkan polis menahan kesemua mereka ini dengan tuduhan jenayah seperti yang disebut oleh norian mai atau hanya main serkap jarang saja. Rakyat dikelirukan oleh kenyataan mahathir yang menuduh mereka yang ditahan ini mendapat latihan ketenteraan di Afghanistan dengan tujuan untuk MENGULINGKAN KERAJAAN secara kekerasan. Kenyataan yang berputar putar dan berbelit sudah menunjukkan bahawa segala kerja penginayaan yang dilakukan oleh mahathir, dollah bedwi dan norian mai adalah satu fabrikasi murahan demi menahan kekuasaan yang sedang dilanda arus kebangkitan rakyat.

Kesemua tindakan penggunaan akta ISA yang dikuatkuasakan keatas parti Barisan Alternatif dengan alasan murahan ‘menjejaskan Keselamatan negara DENGAN MEnggulingkan kerajaan secara militan’. Segala tuduhan yang dikenakan kepada Pemuda Keadilan dan Pemuda PAS terlalu banyak diragui. Siapakah yang membantu dan bersimpati kepada semua puak puak militan yang bergerak di selatan Thailand, Acheh, selatan Mindanao Filipina, Sudan, Nigeria dan Yaman. Siapakah yang membekalkan senjata senjata kepada puak puak pejuang di wilayah wilayah ini. Siapakah yang menjual senjata di Sudan dan Yaman di pasaran gelap dengan pertukaran konsessi minyak negara itu. Siapakah yang membantu segala keperluan lojistik seperti ubatan dan makanan kepada puak puak pemisah Pembebasan Pattani di selatan Thai. Berapa banyakkah bayaran yang diisytiharkan sebagai wang tebusan tetapi merupakan wang bantuan yang dibayar kepada puak Abu Sayaf. Siapakah yang memberi perlindungan kepada puak pembebasan Acheh-GAM di Malaysia. Hanya mahathir yang boleh memberikan jawapan. Hanya mahathir yang tahu jawapannya.

Persoalan yang perlu direnungkan oleh semua rakyat Malaysia pada hari ini ialah adakah kita mempercayai tentang kejujuran atas segala tindakan yang dilakukan oleh mahathir, dollah dan norian mai bahawa tindakan tindakan dengan menggunakan ISA bertujuan demi keselamatan negara. Apakah tidak diperlukan bukti dakwaan ketiga tiga yang berkepala beruk, berkepala babi dan berkepala anjing ini ditunjukkan kepada rakyat Malaysia seperti mana yang lazim dilakukan oleh polis berhubung dengan kejayaan mereka menumpaskan penjenayah.

Senario keganasan ISA terhadap parti politik yang membangkang dengan sendirinya mengambarkan bagaimana mahathir dengan menggunakan orang orang yang bersikap dan berpendirian ‘ as long as my boss is happy, I am happy’ melaksanakan sebarang kerja kerja konspirasi dan fitnah terhadap sesiapa saja yang tidak sejalan dan sependapat dengannya. Inilah cara yang digunakan kepada DS Anuar Ibrahim, Inilah cara yang akan digunakan kepada mana mana orang pun di Malaysia ini. Bagi mahathir persoalan haram atau halal, baik atau buruk, dosa atau pahala sudah tidak lagi menjadi pegangan nya. Baginya matlamat menghalalkan cara.

Bersesuaian dengan makna ISA itu sendiri ( Ikut Suka Aku ) akta ini sudah menjadi senjata utama untuk mengekang kemaraan dan serangan politik parti BA. Semua ini dilakukan oleh mahathir dan kerajaan taiknya kerana kuasa yang ada padanya sudah ada bisa dan berkesan. mahathir sudah kehilangan kuasa pemerintahan dengan asas asas demokrasi ‘his way’ yang sentiasa dilaungkan dan dibanggakan sebelum ini. mahathir sudah tidak berdaya lagi sama seperti umurnya, dia telah kehilangan tenaga, hanya nafsu sahaja yang terasa seperti masih kuat. Serangan politik yang dilakukan oleh mahathir dengan mengunakan senjata terakhirnya iaitu ISA membuktikan dia sudah kehabisan kekuatan dan kemampuan untuk terus mempertahankan kesinambungan usia UMNO/BN dan kerjaya politiknya. Saki baki usaha terakhirnya ialah sedaya upaya mempengaruhi polis dan tentera supaya terus berdiri dibelakangnya. Dia telah berjaya mempolitikkan pasukan polis dan dia cuba mempolitikkan Angkatan Tentera. Kahakiman dan perkhidmatan awam telah mula mencabar kekuasaannya. Ahli ahli politik UMNO telah mula bermain kayu tiga dengannya. Hanya kuasa dan jawatan menteri perdana saja yang masih membolehkan dia bebas mengikut kemahuannya.

Percakapan dan ucapannya diakhir ini dapat sudah tidak berinti dan tidak diambil pusing oleh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia. Dia sentiasa tersasul cakap dan cakap berulang ulang kerana dia sudah nyanyok. Ucapannya sekarang lebih banyak ulang tayang sejarah yang dia lakunkan selama dua puluh tahun yang lepas. Kenyanyokan dalam dirinya semakin serius. Mahathir sudah tidak layak untuk terus menjadi menteri perdana kerana kenyanyokan yang semakin serius dalam dirinya. Orang yang nyanyok akan bertindak mengikut kenyanyokannya. Orang yang nyanyok akan bertindak tanpa pertimbangan. Orang nyanyok akan membuat keputusan sendiri tanpa pandangan orang lain. Orang yang nyanyok akan meletakkan keadaan negara ini dalam bahaya. Orang orang melayu dalam bahaya, orang orang cina dalam bahaya dan rakyat Malaysia dalam bahaya. Mahathir mestilah di isytiharkan ‘imbalance capacity’ dan Parlimen mestilah mengundi tidak percaya kepada kepimpinannya. Syor untuk memecatnya mestilah dipersembahkan kepada Majlis Raja Raja Melayu supaya kemudiannya mensyorkan kepada Yang DiPertuan Agung.

DONMONTOYA






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]