Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


ISA – AKTA POLITIK UMNO

PAS AKAN DIHARAMKAN, BA AKAN DILUMPUHKAN.

 

Tidak semua orang melayu faham sefaham fahamnya dan benar benar teliti dengan kuasa penentu yang diberikan kepada kita melalui sistem pemerintahan demokrasi yang diterima pakai oleh banyak negara didunia ini. Semenjak tahun 1955, orang melayu dan rakyat Malaya telah melaksanakan kuasa penentu ini dengan ditunjuk ajar oleh bapa tiri UMNO iaitu Inggeris. Pada tahun 1959, kali kedua rakyat Malaya telah melaksanakan kuasa penentu itu. UMNO dan perikatan yang telah menjadi parti politik dominan sedang berkecamuk dengan kebangkitan parti parti pembangkang PAS dan PSRM. Kuasa penentu rakyat pula di kelabukan dengan propaganda, hasutan, penipuan dan rasuah oleh UMNO dari satu pilehanraya umum ke satu pilehanraya umum yang lain.

 

Bermula era ISA sebagai Akta untuk UMNO

Kegawatan politik yang dihadapi oleh UMNO selepas pilehanraya 1951 amatlah genting. PSRM adalah parti alternatif yang berjaya menggamit sokongan ramai gulungan rakyat. Kawasan seperti Ipoh dan Pulau Pinang telah menjadi kubu kuat PSRM. Untuk melemahkan kebangkitan PSRM, UMNO mendapat tunjuk ajar dari British untuk menjalankan kerja kerja espionage. UMNO mempelajari ilmu selok belok kerja provokasi dan konspirasi. Dengan cepat dan pantas UMNO menuntut ilmu politik busuk itu malah berjaya mencipta teori teori baru untuk membuat penginayaan keatas PAS dan PSRM.

 

Segala taktik kerja kerja provokasi, konspirasi, konfrontasi dan espionage dengan tunjuk ajar oleh bapa tiri UMNO iaitu Inggeris dilaksanakan keatas parti PAS dan PSRM yang juga dikenali sebagai Front Sosialis. Ideologi parti Front Sosialis lebih terbuka berbanding dengan PAS dan tidak disenangi oleh UMNO.

 

UMNO telah menggunakan fakta fakta bahawa PSRM bersubahat dengan PKM dan berideologi komunis untuk menuduh dan memfitnah PSRM. Dengan tuduhan liar yang keluar dari mulut UMNO, ramai pemimpin pemimpin Front Sosialis dan PAS mula ditangkap dibawah akta ISA. Alasan dan tuduhan palsu yang dibuat oleh UMNO ialah menjejaskan keselamatan negara dan percubaan untuk menubuhkan kerajaan dalam buangan di Pakistan.  

 

Tangkapan demi tangkapan dilakukan keatas pemimpin PSRM dan PAS. Ada juga yang terlepas atau sengaja dibiarkan terlepas. Tangkapan berpilih ini membolehkan UMNO menafikan kepada rakyat Malaya bahawa tangkapan dibawah ISA yang dilakukan bukan bermotifkan politik tetapi demi keselamatan negara.

 

Tuduhan bahawa parti PSRM bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya telah membuatkan sokongan rakyat kepada PSRM merosot. Rakyat menjadi kurang senang dengan ideologi dan cara Parti Komunis Malaya. Persepsi serong dari rakyat terhadap PKM telah berjangkit kepada PSRM kerana dakyah dan hasutan jahat UMNO untuk menahan kebangkitan PSRM dan untuk terus berkuasa.

 

Pada pilehanraya 1959, UMNO dengan segala ilmu penipuan yang dipelajari dari Inggeris telah berjaya menguasai kerajaan. Dari satu dua ilmu busuk yang dipelajari, UMNO telah berjaya mengembang biakkan ilmu ilmu penipuan seperti ulat taik.

 

Dengan kekalahan teruk pada pilehanraya 1959, Datuk Ahmad Boetamam memberitahu semua ahli ahli Front Sosialis bahawa dengan kekalahan dalam dua pileharaya, Front Sosialis tidak akan dapat hidup berkembang sebagai parti politik yang sihat dan jujur kerana permainan politik UMNO terlalu kotor. UMNO tidak ada ideologi perjuangan, UMNO tidak ada peraturan berpolitik. UMNO amat mementingkan kemenangan hingga sanggup menghalalkan cara. Politik UMNO adalah politik taik, politik kudakayu dan politik berkonfrontasi.

 

Pada masa Malaysia menghadapi konfrontasi dengan Indonesia, Parti front sosialis telah dituduh bersubahat dengan pihak Indonesia dan dituduh menerima wang bantuan dari Kerajaan Indonesia.

 

Pada masa itu mahathir amat mengkagumi ideologi sosialis. Banyak ideologi sosialis yang cuba diketengahkan tetapi mendapat tentangan daripada Almarhum Tunku Abdul Rahman. Selepas pileharaya 1969 dan berlaku trajedi 13 Mei 1969, mahathir yang digelar ‘ultra malay’ telah menyelar dan menyerang Tunku melalui pelbagai forum dengan berbagai tuduhan liar. Ini menyebabkan mahathir dipecat dari UMNO. Dia kemudiannya menumpang dipentas PAS untuk menyerang dan menentang UMNO.

 

Pada pileharaya 1974, UMNO sekali lagi dilanda ambang kemusnahan. UMNO menggunakan taktik lembut tengkoknya dengan memujuk PAS untuk membentuk kerajaan dibawah BN. Kemudiannya apabila UMNO merasakan kedudukannya bertambah kuat, tindakan membelot kepada persepakatan dengan PAS dinodai. PAS bertindak keluar dari pakatan BN dan terus menjadi pembangkang. 

 

ISA satu akta yang dicipta oleh Inggeris untuk menahan kebangkitan dan pemberontakkan PKM diMalaya telah digunakan oleh UMNO untuk mengukuhkan kedudukan parti haprak itu dari sejak awal kemerdekaan negara ini lagi. ISA digunakan untuk melemahkan parti pembangkang dan seterusnya membunuh terus parti tersebut.

 

Mahathir punca akta ISA keatas DS Anuar dan Pemimpin Gerakan Pelajar 

Mahathir memainkan jarum dengan menghasut pelajar IPTA untuk menentang kerajaan kerana perkara perkara yang dianggap tidak benar, telus dan adil. Gerakan kebangkitan pelajar pelajar IPTA telah dilancarkan diketuai oleh DS Anuar Ibrahim. Mahathir lah orang yang berdiri dibelakang gerakan ini. Mahathir tidak berani berdiri didepan. Dia hanya bertindak sebagai Tok Dalang memainkan agenda wayang kulitnya. Dia menyembunyikan tangan setelah membaling batu.

 

Apabila DS Anuar Ibrahim dengan pemimpin pelajar lain termasuklah Dr. Syed Husin Ali di tahan dibawah akta ISA, mahathir hanya mendiamkan diri seperti tikus yang ketakutan kehadiran kucing, seperti ayam ketakutan helang. Mahathir juga nyaris nyaris dibaham oleh akta ISA tetapi dia berjaya melarikan diri kerana otak penipunya dan kerana simpati orang ramai kepadanya. Dia adalah seorang yang penakut dan pengecut. Dia menggunakan darah dan airmata orang lain untuk naik keposisi yang sedang dia duduki sekarang ini. 

 

Agenda taik mahathir

Kelicikan mahathir dengan membuat adunan ideologi sosialis, komunis dan ideologi demokrasi diseluruh dunia telah berjaya menarik DS Anuar Ibrahim kelembah UMNO yang penuh dengan najis dan taik politik. Kemasukkan DS Anuar Ibrahim ke dalam pelukan mahathir dan UMNO adalah untuk membolehkan mahathir menyekat PAS dari berkembang kukuh mengatasi UMNO. Mahathir memperdaya DS Anuar Ibrahim dengan ideologi ‘penerapan nilai nilai Islam’nya. Kejujuran DS Anuar Ibrahim telah diambil kesempatan oleh mahathir. Mahathir sanggup menanti selama 17 tahun untuk menyiksa DS Anuar dan memusnahkan Islam di Malaysia.

 

Black September ‘98

Tanggal 2 September 1998, adalah ‘The Black September’ kepada DS Anuar Ibrahim dan juga kepada mahathir. Gandingan selama 17 tahun ibarat ‘like father like son’ telah musnah. Hari inilah DS Anuar Ibrahim telah di inianya oleh mahathir. Hari inilah juga bermula detik dan titik ‘ the beginning of the end’ puncak kekuasaan mahathir dan UMNO/BN dalam sejarah Malaysia.

 

 

Barisan Alternatif cabaran kepupusan UMNO.

Pileharaya 1999, adalah detik pahit dalam lipatan sejarah politik mahathir. Dia tersedar dari khayalan dan mimpi enaknya. Dia telah ditipu oleh orang orang UMNO yang dibelai dan manjakan. Perpaduan bangsa melayu yang begitu mantap selama ini adalah hasil dari kerja kuat DS Anuar Ibrahim. Tidak ada lagi mana mana melayu dalam UMNO yang akan dapat menyatukan orang orang melayu selain daripada DS Anuar Ibrahim dan Tan Sri Musa Hitam.

 

Dengan ketiadaan kedua dua tokoh ini dalam arena politik UMNO. Tidak ada lagi mana mana butoh melayu UMNO yang mampu menyatu padukan orang orang UMNO apatah lagi menyakinkan orang orang melayu terhadap UMNO. Kita cukup gumbira.

 

Menyesal dan malu nak tunjuk.

Ibarat melontar seketul batu besar kedalam air menyebabkan kocakan airnya bergelombang, pemecatan dan kezaliman mahathir kepada DS Anuar Ibrahim telah memulakan era konfrontasi rakyat Malaysia terhadap dirinya dan UMNO. Kekesalan dan gundah gulana dihati mahathir kerana tindakan menyingkirkan DS Anuar Ibrahim dari UMNO amat lah meninggalkan kesan dihatinya tetapi disebabkan sikap ‘recalcitrant’ yang tertanam dalam darah dagingnya, mahathir tidak sanggup meluahkan perasaanya apa lagi mengaku kesilapan kepada sesiapapun hatta kepada isterinya yang terbotak itu.

 

Kekesalan atas penyingkiran DS Anuar Ibrahim lebih terasa daripada penyingkiran Tan Sri Musa Hitam kerana mahathir sudah tidak mempunyai mana mana pun melayu UMNO yang berkeupayaan menyatu padu melayu UMNO apalagi kepercayaan orang orang melayu amnya kepada mahathir.

 

ISU ISU YANG DIREKA CIPTA

Pengharaman Ceramah Politik.

Sokongan kepada BA semakin menjulang dan UMNO sudah kepupusan tenaga. Konspirasi dan agenda subversif terhadap BA dipatahkan melalui program ceramah gerak gempur. Setiap tindak tanduk, Penyelewengan, Kegagalan Dasar, Rasuah, Kronisma, Nepotisma amalan UMNO/BN dan kerajaan taik mahathir didedahkan oleh BA. Rakyat sudah semakin jelas mendapat penerangan. Ceramah kempen pilehanraya kecil DUN Lunas telah berjaya mematahkan agenda konspirasi dan subversif UMNO/BN. Oleh itu tindakan mengharamkan ceramah politik telah dikuatkuasakan semasa pilehanraya kecil DUN Likas.

 

Mengharamkan CD dan Keset Ceramah Politik BA.

Masih didapati tidak memberikan kesan dengan kuatkuasanya arahan pengharaman ceramah, semua saluran penyampaian maklumat kepada rakyat seperti CD dan kaset politik BA juga diharamkan. Pada masa ini CD dan kaset ceramah politik BA sudah sama setaraf dengan kesalahan dadah dan bahan bahan lucah. 

 

Menghadkan keluaran Akhbar Harakah

Tindakan terlebih awal dulu ialah menghadkan pengeluaran akhbar Harakah dari empat kali seminggu ke dua kali sebulan. Semua tindakan dan usaha busuk serta keji oleh UMNO ini ialah untuk menyekat penyampaian maklumat yang benar dan telus kepada rakyat. Media arus perdana memainkan agenda subversif dengan melapurkan maklumat dan berita yang diputar belit hasil kerja unit perang saraf UMNO/BN dan “Polis(i) anjing”.

 

 

ISA 2001 - Konspirasi terhadap Keadilan.

Tindakan untuk melemahkan Parti Keadilan ialah dengan menahan ketua ketua pimpinan Keadilan dibawah akta ISA dengan alasan ‘percubaan untuk mengulingkan kerajaan’ secara militan. Tuduhan AKAN menggunakan senjata senjata dan bahan letupan untuk memulakan huruhara dan bermuafakat dengan kumpulan pembebasan wilayah Selatan Thai dan Acheh- GAM.

 

 

 

ISA 2001 – Ugutan kepada Pelajar IPTA

Tangkapan dibawah akta ISA keatas dua pemimpin pelajar dengan alasan menjejaskan keselamatan negara. Punca tangkapan ialah dari kebakaran DTC UM. Cuba mengaitkan PAS dan Keadilan bertanggung jawap melaksanakan kerja kerja espionage. Tindakan ini sebagai ugutan kepada pelajar pelajar IPT supaya tidak bertindak menyokong parti Barisan Alternatif.

 

 

Meritokrasi - Ugutan terhadap pelajar melayu dan orang melayu.

Tindakan radikal untuk menyekat kemasukkan pelajar melayu ke IPTA kerana pelajar dirasakan sudah tidak menyokong UMNO/BN. Lapuran dari Puteri UMNO tentang sambutan dingin keatas kempen keahlian Puteri UMNO dan UMNO. Mengaitkan PAS dan Keadilan menghasut pelajar IPTA. Tindakan ini adalah ugutan kepada orang melayu untuk menarik balik keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan. Semua keistimewaan lain orang melayu boleh ditarik balik jika tidak menyokong mahathir dan UMNO/BN.

 

Black Metal

Membangkit dan menimbulkan gejala Black Metal yang telah ujud bertahun tahun sebelum ini. Menyalahkan guru guru ugama dan pelajar sekolah ugama kerana gejala Black Metal. Cuba mengaitkan PAS yang menyebabkan perkembangan gejala Black Metal. Menyalahkan ugama Islam sebagai tidak dapat membentuk sahsiah remaja melayu. RTM dan TV3 dan NTV7 digalakkan terus mengiklan semua kegiatan hard rock dan gejala gejala pengaruh yahudi dan songsang. Iklan untuk menarik pengunjung ke Pesta Pop dan Rock artis luar negara dan barat terus giat dijalankan disamping terus memperkecilkan dan mencemuh Islam dan orang orang Islam.

 

 

ISA 2001 – KMM - Konspirasi terhadap PAS

Memulakan konspirasi terhadap PAS dengan penangkapan dibawah akta ISA terhadap 10 orang ketua pemuda PAS kerana KONONnya menjadi anggota Kumpulan Mujahidin Malaysia yang diketuai oleh anak YAB Menteri Besar Kelantan. Membuat tuduhan KMM cuba mengulingkan ‘kerajaan dengan cara militan’. Kesalahan yang dituduh ialah anggota KMM pernah berjuang di Afghanistan menentang Russia. Menuduh anggota KMM telah pernah mendapat latihan tentera di Pakistan. Membuat tuduhan kepada sesiapa yang pernah belajar di Pakistan sebagai terlibat dengan KMM. Cuba mengaitkan PAS merestui tindakan militan untuk menggulingkan mahathir dan UMNO/BN. Menuduh perjuangan PAS dan Islam adalah perjuangan militan. Cuba menuduh KMM ada berhubung kait dengan gerakan militan di selatan Mindanao. Cuba menuduh KMM terlibat dengan gerakan militan di Maluku dan Ambon.

 

 

 

 

Tindakan Militan – Pengeboman di Indonesia.

Beriya iya mengesahkan bahawa pengeboman di Indonesia adalah dilakukan oleh rakyat Malaysia yang ada kaitan dengan KMM atau puak militan di Malaysia. Fakta yang sebenar masih belum dapat disahkan. Menuduh Islam menjalankan perjuangan berbau militan. Cuba mengaitkan tragedi di Indonesia dengan perjuangan militan untuk mengulingkan mahathir dan UMNO/BN. Cuba mengaitkan PAS sebagai memperjuangkan ISLAM yang militan.

 

Isu Isu yang hendak dikaitkan dengan PAS.

Cuba mengkaitkan isu isu lama seperti Trajedi Memali, rampasan senjata Sauk, serangan balai polis Guar Cempedak, serangan balai polis Batu Pahat, Rompakan bersenjata Bank di Petaling Jaya dengan PAS. Cuba menyakinkan rakyat bahawa peristiwa dan tragedi ini semua disokong dan direstui oleh PAS. Cuba menuduh PAS yang bertanggung jawap keatas semua kejadian dan tragedi ini semua.

 

Tuduhan kepada ISLAM

Mahathir semenjak dari mula hilang kewarasannya dan timbul kenyanyokan dalam dirinya telah mula menyerang Islam. Ini adalah kerana benci dan dendam kesumat kepada PAS. Kerana ideologi politik PAS yang berlandaskan kepada Islam, AlQuran dan Hadith. Pada peringkat awalnya dia mula membenci dan menyerang ulama ulama tidak kira ahli PAS atau bukan ahli parti. Mana mana ulama yang menegur tentang kesilapan lakunya terhadap Islam akan diserangnya. Mana mana perempuan yang memakai tudung dianggap tidak berguna dan tidak bermunafaat. Semua pesalah yang dihadapkan dimahkamah dipakaikan dengan ketayap putih untuk mempropagandakan bahawa penjenayah dan pesalah adalah penyokong PAS dan orang Islam. Mempertikaikan perlaksanaan hukum hudud dan memperkecilkan perlaksanaan mahkamah syariah untuk pengadilan mengikut hukum AlQuran dan Hadith.

 

Fasa kedua kenyanyokan mahathir ialah perasaan bencinya kepada Islam, mencaci dengan lantang dan terus terang terhadap Islam, AlQuran dan Rasullulah. Kemudiannya mencaci tentang cara hidup dan amalan Islam yang kononya menyekat pembangunan dan kemajuan duniawi seperti yang dikehendakinya. Dia juga mencaci tentang amalan amalan oleh para pelajar seperti Qiamulail dan khemah ibadat yang kononya menganggu pelajaran.

 

Lanjutan penyakitnya menjadi lagi serius dengan tidak boleh melihat warna putih dan hijau.  Semua ulama UMNO yang hendak berada dibawah ketiak nya tidak dibenarkan memakai serban atau kopiah berwarna putih. Ulama UMNO dan media diarahkan supaya mengeluarkan fatwa dan dalil dalil yang menyokong pendapat dan persepsinya tentang Islam.

 

Fasa yang paling serius kebencian mahathir kepada Islam ialah apajuga pertuduhan dan kesalahan yang dilakukan oleh apa apa juga penjenayah akan dikatakan dilakukan oleh ustaz atau ustazah atau imam atau pelajar sekolah ugama atau oleh orang yang berpendidikan ugama Islam akan diperbesarkan oleh media massa dan eletronik.

 

Bagi mahathir sekarang ugama Islam dan orang orang Islam tidak sebagus ugama Kristian dan Budhha. Islam pada fikiran mahathir terlalu mengongkong sementara Kristian dan Budhha amat liberal dan bebas. Didalam Malaysia dia akan mengeji dan mengatakan Islam tidak sesuai dijadikan ugama resmi dan apabila arena negara negara Islam dia akan mengatakan Malaysia adalah negara Islam.

 

PARTI PAS DAN BA AKAN DIHARAMKAN.

PAS akan diharamkan, KEADILAN akan diharamkan. DAP akan lumpuh. Inilah arah tujuan yang terakhir KONSPIRASI DAN AGENDA SUBVERSIF mahathir dalam mempertahankan konflik karier politiknya dan politik UMNO. Sebab itulah semua perkara yang berhubung dengan Islam telah mula dipropagandakan sebagai tidak baik, militan, tidak membangun, tidak maju, penjenayah, jahat dan maksiat.

 

Mahathir sudah tidak berdaya lagi untuk bercaturan dengan suasana politik Malaysia. Mahathir sudah tidak mampu menyerang dan bertahan kebangkitan semangat orang melayu dan rakyat Malaysia yang diterajui oleh PAS dan Keadilan dan BA.

 

PAS AKAN DIHARAMKAN, KEADILAN AKAN DIHARAMKAN, DAP AKAN DILUMPUHKAN. Inilah yang akan dilakukan sebelum timbul menjelmanya fajar subuh 1hb Januari 2004. Semuanya kerana politik taik, kerana UMNO taik, “keranamu haram jadah mahathir”.

 

Kedudukannya sekarang hanyalah kerana rakyat Malaysia sedang menanti ketibaan masa dimana dia akan terpaksa turun atau dipaksa turun setelah sekian selama dua puluh tahun berada dipuncak pemerintahan dan kekuasaan. Niat dan hasrat dihati hendaknya biarlah mati dipucuk seperti dia yang telah mati pucuk.

 

Mahathir sudah menjadi tiang kayu tua yang sudah reput dimakan anai anai. Hanya masa akan menentukan dia untuk rebah. ‘Demi Masa’ dia akan rebah, InsyAllah.

 

DONMONTOYA

 

 

 

 

 

 

 

 

 






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]